Pages

Thursday, May 12, 2011

How U Doing?

Am back to blogging world after so long!


Bukan x nak update blog, but I´m still stuck with this DiGi Edge Broadband yg kadar coverage nya didaerah Durian Tunggal sgt la pathetic. Sy x salahkan DiGi juga, sbb bila pegi area bandar (cth: Shah Alam/KL), fulamak...mmg mantop! Klik2 terus load! Tp rumah kami kt Durian Tunggal, kelajuannya mcm siput :(


Oh, by the way, kami dah menetap kat Durian Tunggal, Melaka skrg ni. Dulu pon sebelum ke Jerman, kami dok kat Durian Tunggal, la ni pon masih di Durian Tunggal, cuma taman lain aje. Ada la juga awal2 tu berura-ura nak dok kat Ayer Keroh sbb rasa lokasinya lebih strategik dr berbagai aspek tp masa cik HB mencari2 rumah sewa kat area tu, yg available, sewanya semua not within our budget. Then option diperluaskan - cari kat Bukit Katil la, Batu Berendam la n termasuk la Durian Tunggal. So rumah kat Durian Tunggal ni la the best he could find to suit our budget & situation.


Berdasarkan pengalamana kami, skrg nak cari rumah sewa (area yg dekat2 ngan bandaraya Melaka la), yg cantik yet murah agak susah la. Thn 2007, masa kami pindah dr KL ke Melaka, cik HB hanya amik masa 3 hari aje utk dptkan rumah sewa yg sesuai. Masa tu choices pon byk. Sewa RM300 pulak tu. La ni, kami membayar RM500 utk standard rumah yg lebih kurang sama, cuma bahagian dapur aje ada extension.


Tapi sebenarnya itu semua rezeki, ye tak? Elok2 aje dah bayar deposit segala, dah pindah masuk semua, ada pulak rumah sewa RM450 kat Ayer Keroh Heights!


Hmmmm....


Takpe la, walaupun Durian Tunggal ni area kampung, the environment rumah sewa ni is not bad. Jiran sebelah ni nampak gayanya baik. Surau cuma selang beberapa rumah aje (so, ada la motivasi utk cik HB gi solat jemaah!), dan surau tu pon ada kelas mengaji utk kanak2 which kami dah register dah pon. Then sekolah rendah pon just about 1km away. Tempat keje cik HB pon x jauh, so lunch time dia balik makan kat rumah :)


As for me, since ramai rakan bertanya - yes, sy masih belum bekerja. Masih surirumah seperti masa sy di Jerman.


Another question - akan kembali bekerjakah?


Well, rasanya ye. Cuma masih belum mencari dgn agresif. Hanya intai2 peluang here & there. Kot2 ada sesapa yg ada job opportunities yg sesuai utk ditawarkan di daerah melaka ni, sila la contact sy ye :)

0 comments: