Pages

Tuesday, May 17, 2011

Our Last Days in Germany - Part I

Dah lebih sebulan kami meninggalkan Jerman dan kembali ke tanah air. tapi ada byk memori di hari2 terakhir kami disana yg belum sempat sy blogkan. Dan haruskan diblogkan kerana memori2 tu semua adalah amat bermakna dan indah utk dikenang terutama kpd mereka2 yg byk membantu kami, mengambil berat pasal kami dan mendoakan kesejahteraan kami. Pertolongan dan kebaikan mereka2 ini, xkan mampu kami balas walaupun berjuta2 terima kasih diucapkan dan sy berharap semoga memori ini kekal diingatan dan dihati kami semua kerana ianya kenangan terindah kami hidup diperantauan.

Minggu terakhir disana, adalah minggu yg sgt sibuk sbb ada mcm2 hal diuruskan. cik HB pulak sgt sibuk dgn urusan thesis & qolloqium, makanya dia tak dpt nak bantu sgt hal2 dirumah dan urusan perpindahan. Tapi sy ada Kak Liza & Liza yg tolong sy all-out. Kak Liza siap amik cuti dan berkejar kesana kemari menguruskan hal kami. Liza pulak tolong jagakan sikembar waktu sy sibuk berkemas dan pegi sana sini. Mat pulak tolong review all kontrak2 utiliti dan rumah dan bgtau apa perlu dibuat. Cik dee, awie & zurina pon sama, byk hal2 yg diorg tolong here and there.

Isnin - 28/3/2011


Hari kami mengasingkan perabot2 dan sampah2 besar yg perlu dibuang sbb kami dah dpt appointment dgn lori sampah keesokan harinya. Sampah2 ni perlu ada di tepi jalan depan apartment kami seawal pukul 6 pg. So malam tu, adik2 Rüsselsheim, Mat, cik Dee, awie dtg membantu angkat2 brg2 ke bawah. Kalau takde diorg semua, x tau la cemana kami nak uruskan sbb barang besar2 dan berat2.

Adik2 were having simple dinner prepared by Kak Liza & me

Then, waktu yg sama kami kebuntuan cemana nak settlekan isu barang2 elektrik yg dah berhari2 kami fikirkan solutionnya sbb brg2 elektrik tak boleh dibuang dgn perabot, kena buat termin lain. Masalahnya termin yg ada sgt lambat, kami dah kena keluar rumah dan brg2 yg nak dibuang tu tak tau nak letak mana. And kami pon nak bg washing machine dan peti ais to kak liza tapi takde transport nak hantar. Kos sewa lori pulak mahal.

Alhamdulilah malam tu, masa kami sibuk2 turunkan perabot2, cik Dee yg kebetulan baru balik keje terserempak dgn org yg sedang meronda2 mencari metal scrap. So cik dee buat arrangement ngan org tu, diorg boleh amik electric cooker & kabinet sinki kami tapi as a payback, tolong hantarkan washing machine & mesin basuh ke rumah kak liza. So settle masalah kami! Sgt2 bersyukur dgn bantuan yg Allah s.w.t kurniakan ini.

Malam tu juga malam terakhir kami tido di An der Lache 17A.

Selasa - 29/3/2011

Sy kembali menyambung keje2 mengemas dan mencuci rumah dan seawal kul 10 am, kak liza dah pon sampai menolong. Lori sampah tu cuma dtg kul 2 ptg. Sedih je rasa bila tgk perabot2 yg stil elok2 tu di remuk2 ngan lori yg ada compressor tu. Kalau ada org nak, bg free pon takpe. Tp takde org nak, juniors nak amik pon, diorg takde transport. Nak sewa lori lak mahal.

ni ler brg2 yg dibuang

sekejap je brg2 besar dihancurkan si cik compressor

Kami buat cleaning all-out aritu sbb dah janji ngan tuan rumah nak bg kunci keesokan harinya. Dan rumah harus la dlm keadaan tip-top utk mengelakkan tuan rumah mencari alasan utk cut duit deposit atau x bg langsung.

Malam tu kami dah start tido kat rumah Mat & Liza walaupun masih belum bg kunci kat tuan rumah.

bersambung....

0 comments: