Pages

Thursday, June 21, 2012

Konsep Sabar

Semalam, sy posa. Try nak cuba ganti posa yg sebulan tinggal tahun lepas dek kerana mengalami hyperemis gravidarum. Tapi takat ni baru 4 hari berjaya diganti. Rasa mcm x sempat la nak abiskan sebelum Ramadhan dan nampak gayanya kena la bayar fidiah. Kena gak monitor production susu sbb notice bila posa, pengeluaran adalah sedikit drop. Walaupun ini bukan alasan x ganti posa, kena gak bagi priority kpd penghasilan susu sbb susu ibu adalah hak anak kita. Sedaya upaya x mo la bg dia minum susu formula mcm sebelum ni. Lagipon Islam mmg memberikan kelonggaran kpd ibu yg menyusu anak utk meninggalkan puasa, kemudian gantikan puasa dan bayar fidiah.

So smlm, balik rumah lepas keje, cepat2 masak dan bila maghrib terus buka posa dgn sikembar. Cik HB x join sbb dia menjaga Insyirah yg nak berdukung. Sikembar mcm biasa, mkn punya la lambat, so sy dah abis mkn, nak kejar mandi n solat maghrib, sy tinggal je la budak berdua tu mkn kat dapur.

Tup2 elok je habis mandi, Nabihah dtg minta maaf sbb dia kata dia dah tumpahkan nasi yg ditinggalkan  untuk Abah. Aduhhh...rasa mcm berasap je telinga dgr tapi nasib baik la of late ni selalu dgr ceramah2 Prof. Dr. Muhaya so berjaya la kawal diri dr nak terus marah. Lagipon dia bukan sengaja nak tumpahkan, niat dia baik, dia nak kemas meja and tutup lauk2 ngan tudung saji tapi terlanggar periuk nasi, so nasi sudah tumpah.

Terasa cam 'aduh, tambah lagi keje aku....nak kena sapu nasi yg tumpah pastu nak masak nasi lain utk cik HB' tapi abaikan perasaan tu and then solat Maghrib dulu. Lepas tu masuk dapur, konon nak masak nasi tapi rupanya sikit je nasi yg tumpah. Ada lagi nasi dlm periuk cukup utk Abah mkn. 

Alhamdulilah, sbb sy x payah masak nasi lain dan nasi yg tumpah tu sikit je so senang nak sapu. Alhamdulilah, sy berjaya sabar x marah anak atas sbb remeh-temeh ini. 

Nabihah pon dtg dapur ckp dia bukan x nak sapu tapi dia kata 'Kakak x pandai la sapu nasi ummi, sbb nasi tu melekit2 kat penyapu'.

Sejuk hati dengar :)

Senang kan gini? Imagine la kalau sy bertindak marah2, sy stress, anak pon stress. Mesti keadaan jadi lagi teruk kan?

Makanya, mari kita amalkan konsep sabar :)

0 comments: