Pages

Wednesday, October 10, 2012

Insyirah Solehah @ 7 months

Hari ni sikecik dah 7 bulan! Hari ni jugak ada check-up dan kena injection. Tapi berat dia x progress byk, naik 300g aje. Yg kelakar, tinggi 71.5cm, sedangkan bulan lepas baru baru 65.5cm. 

Takkan boleh naik sampai 6cm???????

Kisahnya kat klinik kesihatan hari ni, yg amik data berat dan tinggi adalah jururawat2 pelatih. Masa timbang i notice la, tapi masa ukur ketinggian tu I x tgk sbb nak pujuk insyirah baring diam2.

Bila dah masuk bilik check-up, nurse tu la yg highlight - apsal ketinggian boleh tambah byk sgt dlm masa 1 bulan???

Mmg x logik...hahahaha.

So kita tunggu la bulan depan, tgk bape tinggi dia. Sy malas nak ukur sendiri............

Kena injected jugak hari ini sbb bulan lepas dia demam, so x leh cucuk. But she has been very good, nangis sikit je masa kena cucuk tu. First time jugak sy jumpa jururawat pelatih budak lelaki. Tabahnya dia keje dlm environment yg penuh ngan pompuan! Anyway, somehow dunia mmg perlukan jugak jururawat lelaki kan?

On the milestone, Insyirah sudah pandai buat posisi merangkak tapi masalahnya x gerak2 kedepan. Asik tonggeng punggung depan-belakang. Sgt comel ok bila dia buat camtu....hihihi

Dan dia sudah mkn solid yg pelbagai skrg. Sy buat potato puree, ada yg campur ngan cauliflowers, then pumpkin puree dan juga pear + kiwi +dates puree. She eats a lot tapi akibatnya dia x menyusu byk during daytime. Skrg paling kuat pon dia menyusu 3 botol of 5oz.

Anyway, as long as she is healthy, I am grateful enough :)

May you always as cheerful as you are now my sweetheart :)



0 comments: