Rumah sewa ni kan, cam tau2 aje kitorg nak pindah, jadik mcm2 benda pon nak rosak.
Sebenarnya dr last year rumah ni bermasalah dgn atap bocor and tangki rosak. Atap bocor one round pakcik tuan rumah dah penah dtg repair tapi kemudian bocor lagi malah lagi teruk sampai dah berapa spots dah. Dah call pakcik tuan rumah tapi dia x dtg2.....
Tangki tu disebabkan bocor teruk sgt sampai bil air kami naik dekat RM60 sebulan, pastu lantai dapur asik banjir dgn dinding semua naik kulat, cik HB pon usahakan la buat keje McGyver sendiri. Solve sekejap tapi skrg cam ala2 bocor balik but with slow rate la sbb x byk air menitis dr tangki tu. Yg boleh menitis sampai ke dapur kami sbb I guess rumah tu dah salah design la. Rumah ni before kami masuk, tuan rumah renovate bahagian dapur then dia buat cam open space antara dinding dapur bahagian atas dgn roof top yg ada tangki air. So bila tangki bocor, air pon masuk la ke bahagian dapur.
Yg atap bocor, kalau hujan lebat pon mmg banjir la dapur kami sampai x larat dah nak tadah ngan besen. Baru2 ni, maybe sbb hujan lebat sgt, satu spot yg bocor ni telah dripping along the ceiling dan menitik kat bahagian kitchen cabinet yg ada electrical apparatus. So rice cooker sudah tamat riwayatnya selepas kejadian itu. Mujur blender (yg usianya sama cam umur perkahwinan kami) masih bertahan. Agaknya sbb blender cam Philips, rice cooker cap ayam, jadik blender masih panjang umur.
Terbaru, paip dlm dinding pulak disyaki pecah!
Sy dok notice nape la lantai berair walaupun x hujan dan situ bukan kawasan air tangki menitik. Makin lama makin teruk sampai skrg ni kami tutup valve kat luar bila malam nak tido and the next morning buka kejap, then tutup balik bila pegi keje. Sebab kalau biar agaknya jadi kolam la kot dapur kami...huhuhu
Cik HB kata cam nampak gaya kami x berjaya nak pindah rumah baru hujung bulan ni sbb byk keje2 nak masuk rumah belum settle dan dia mungkin nak mintak tuan rumah extend sewa kami for another month.
And I say "TAK MAU!!!!!!!!!!"
Makanya, kena la usahakan sampai boleh pindah hujung bulan ni ye!
2 comments:
ooh dpt ku bayangkan...betapa stress nyer nak mengadap benda2 yg di luar bidang tugasan harian..huhu..
gitu la durra! eh, aku belum lagi ckp congrats on ur pregnancy...hihihi. Aku doakan semuanya berjalan lancar and u take care ok!
Post a Comment