Nama je cam cuti sekolah start awal November sampai awal Januari 2013 bunyi cam lama tapi hakikatnya haku rasa cam kejap aje. Tau2 dah kena buat preparation anak2 nak masuk sekolah...huhuhu.
Ni pon baru balik dr sekolah beli buku2 sikembar. Mujur terjumpa list buku masa kemas beg sekolah diorg smlm. Hajat dihati nak mula membalut buku2 teks Tahun 2 yg diorg dah dpt sebelum cuti bermula. Bagus gak sbb terjumpa list buku dan baru perasan cuti sekolah dah nak abis x sampai 2 minggu lagi!
Dan mujur juga terjumpa smlm sbb kalau x beli hari ni alamatnya dah start sekolah baru mokcik boleh beli buku sbb kedai buku sekolah buka dr Isnin - rabu dr kul 8.00 pg to 1 ptg. Kot x perasan, minggu depan dah la cuti sampai Selasa, pastu Rabu ada meeting, xde maknanya la sempat nak gi sekolah beli buku!
Baju2 and kasut sekolah pon dah selamat beli Sabtu lepas. Sbb cik HB x ikut pasal sibuk ngan urusan umah baru, penatla jugak rasanya nak membeli utk 2 anak, apalagi org yg ada 4-5 anak! Tapi mission accomplished somehow!
Dah lega la sikit tang situ....beg sekolah x payah beli sbb still elok lagi. Stationeries je la nak kena beli few items tapi stationeries mana2 pon ada, so tak risau. Lain la baju sekolah, beli last minute - silap2 takde saiz!
Skrg ni dok fikir nak cari masa nak balut buku, nak jahit lencana, nak amend tudung sekolah, bla..bla... I wish sempat buat sebelum pindah masuk rumah. Nanti dah pindah, serabut kepala nengokkan rumah bersepah2, mesti nak balut buku pon xde mood...
Kita tengok malam ni...kalau Insyirah x mengacau, boleh kot membalut buku!
0 comments:
Post a Comment