Pages

Tuesday, April 16, 2013

Cuti Umum di IKEA

Melaka cuti umum semalam, cuti Melaka Bersejarah. The one and only cuti umum yg cuma Melaka sahaja yg cuti, yg lain tu xde beza dgn cuti umum kebangsaan.

So kami pon amik kesempatan gi IKEA dgn harapan boleh shopping ngan aman damai tatkala org KL/Selangor kena keje...hehehe. IKEA on typical weekends and national public holidays amat la sesak ye! Kalu menolak troli, mmg kena tabah sbb asik jem. Kata la terlepas something kat section yg dah lalu, nak patah balik, menongkah arus mmg tak sanggup la. Belum citer lagi bab nak makan kat restoran dia - queue nak beli makanan panjang, meja mkn fully occupied, kena tunggu lama nak dapat space kosong. Karipap n ice-cream seringgit yg kat bawah tu mmg xde hati langsung nak membeli bila tgk queue punya la berjela2.

Konon la IKEA sunyi sepi....

Tapi takde sunyinya. Tetap juga penuh cuma x sesak seperti hujung minggu la. Cik HB kata mungkin org Melaka pakat dtg IKEA cam kitorg kot...hahaha. Which quite right sbb cam nampak byk je kereta plate Melaka...hihihi. Semua koya cam kami! 

Anyway, maybe sbb kami sampai mmg lunch time jadi restorannya agak penuh la. Still, boleh dapat meja dan queue beli makanan pon kejap aje. Cuma pilihan makanan di hari biasa x byk cam weekends. Nabihah frust sbb takde fish n chips. Sy amik meatballs but somehow sy rasa ianya x sesedap sebelum ni.

Pas makan, parked sikembar kat children play area utk 1 jam. Lega jugak sbb kami dapat jalan2 kat show area dgn aman damai. Insyirah sorang je ok nak layan kerenah dia. Can take our sweet time discussing item2 without being interrupted by the twins. Kalau x nanti, ada yg nak gi toilet la, ada yg bosan la...

IKEA, as always a nice place utk mencari idea, berangan2 and so on. Some people said IKEA is way too expensive but in my personal view and compared to local furniture stores, some IKEA's stuffs are cheaper. Pakkal la kami ni dok Melaka, dan kalau nak membeli bulky items, kena mintak IKEA hantar, thus delivery cost agak mahal. Kalau kami dok area Lembah Kelang, wahhhhhh..entah2 satu rumah ku IKEA kan...hahaha.

Kami sebenarnya pegi sana nak beli small dining table for 4 nak diletakkan kat dapur so that senang sy nak mengemas selepas makan. Dah survey kat kedai perabot kat Melaka tapi x suka dgn design dan materialnya dan x berbaloi ngan reganya. Ikea nya meja MELLTORP tu baru RM159. And also nak beli meja studi utk kembar. Along with that, benda2 kecik yg lain - kitchen accessories, decorative items, sampai anak pokok pon kami beli..hahaha. Sebab reganya murah dr yg kat nursery. Oh, bukan sy sorang je went overboard ye, cik HB pon sama jugak ye...tah hapa2 je yg dia grab along the way!

Kami berkenan kat design bilik tido ni. Campur2 rega perabotnya jauh lagi murah 
dr set bilik tido kat typical kedai perabot. Cik HB dok pk2 muat x almari tu 
(in packing box la!) nak masukkan dalam Exora...hahaha

Set up meja solek yg sgt simple but stylish! I like!

Kira hasil shopping kami smlm, penuh la Exora disumbat sana-sini. But with the price I paid and the things I bought, sangat puas hati. 

Takde ke ura2 IKEA nak dibuka kat Melaka??????

0 comments: