As requested by a friend, here I am updating the progress of our garden. Tak banyak mana pon yg ditanam but it's progressing from the last time I posted entry on gardening.
Cik HB dah tanam rumput kat laman depan. Masa bulan posa, balik dr Tg. Malim, gigih dia singgah Sg. Buloh beli rumput. I was not convinced rumput2 ini berjaya ditanam, maklum la bulan posa kan....Tp cik HB was very determined. So for a trial, beli 50 keping dulu. Harga sekeping RM1.80 - rumput carpet jenis Philipine. Termurah yg dijumpai setakat ini. Dan setelah 3 minggu (termasuk seminggu kami takde kat rumah), rumput naik dgn bagus sekali. Kalau upah landscaping contractor, diaorg akan buat tanpa ada gap cam cik HB buat, so nampak cantik. Tapi bersedia la ngan RM. Quotation yg kami dapat utk tanam rumput bg laman rumah kami paling murah pon RM1500. Tu pon rumput jenis cow grass. So xpe la, kita usaha sendiri dulu, tgk macamana.
Before bulan puasa, kami tanam pokok2 ini . Namanya tak tau tp beli kat nursery sepokok RM5. Beli dalam 5 pokok dan sekarang dah membiak.
Dan juga pokok bunga ini. Tanam 5 pokok. Satu pokok mati la pulak. Maybe sbb tanah tu penuh ngan cement waste kot. Jenuh cik Hb cangkul area ni sbb byk batu besar dan tanah penuh construction waste. Pokok ni senang jaga actually, dan yg bestnya ia sentiasa berbunga.
Our pokok halau nyamuk dan mengecik. Saya try nak pecahkan pokok ni sbb dah merimbun sgt dan transfer ke pasu lain. Tapi dah transfer, mati la pulak. Nasib baik pokok induk hidup lagi. Pokok lagi satu still subur.
I am hoping that pokok lilit2 ni akan membelit tiang rumah sampai ke atas :)
Pokok lidah sudah bertambah. Tapi nak tunggu besar kena la sabar sikit.
We still have a lot to do on landscaping the front lawn. Tapi dek kerana kos utk menghasilkan landscaping yg cantik agak mahal juga dan kami pon tak berapa ada byk masa terluang, maka kita buat slow and easy aje la.
Selalu skodeng rumah jiran belakang, cemburukan rumputnya yg hijau cantik...hehehe. They hired landscaping contractor so mmg cantik la...siap ada air terjun kat tepi brickwall tapi dalam gambar ni x nampak la. Well, ada duit byk semua pon boleh buat kan?
Ingat tak bunga2 yg kami beli dulu ? Habis mati semuanya...huhuhu. Tinggal marigold yg pon dah nyawa2 ikan. Takpe2, jgn putus asa. Pasni belajar pasal tanam/jaga bunga.
Our backyard: Dalam raised bed tu dah ada few things yg ditanam and thriving for life.
Pokok kunyit dalam poly bag yg x transfer2 lagi ke pasu. Juga pokok kantan dan lengkuas yg baik ngan baik.
Pokok halia bara. Sepatutnya ada cekur juga tapi cekur x naik2 lagi.
Pokok kari yg asalnya patch pokok pandan. Pokok kari ni walaupun kecil lagi tapi dah lepas la utk buat kari
Hah! Sedih! Pokok rosemary yg saya beli kat Nurseri Sg Buloh masa cik HB beli rumput. Balik raya seminggu, agaknya x dapat air, kering kontang dah pokok rosemary ni. Nak buang sayang. Biarkan la dulu
Pokok ulam raja paling subur setakat ni. Sebelahnya saya tanam pokok halau nyamuk sbb dr sumber website gardening, pokok halau nyamuk boleh halau makhluk perosak cam ulat bulu dan lalat buah.
Pokok limau purut dab belakangnya anak pokok betik. Anak pokok betik tu x tanam tapi naik sendiri sbb masa saya nak prep tanah, saya buang bahan2 organik kat sini termasuk la kulit betik/biji betik. Tup2 naik pulak. Sempit kat situ tapi biar la dulu. Pokok limau nipis tu awal2 jenuh nak jaga sbb ulat bulu punya la banyak melepak dtg makan daun.Putik2 buah pon gugur. Saya tanam pokok marigold kat sebelahnya baru la kurang sikit ulat bulu.
Ni cambahan pokok2 sayur pak choy dan sawi. Benih saya beli kat Tesco. Saya takde masa nak semai2 so campak je la dalam bed raised. Kalau hidup, Alhamdulilah.
Cik Kak kita ni rajin teman saya siram pokok. Ni dia pon nak inteprem jugak :)
Adoiii...stress tgk ini. Projek raised bed kedua yg asik tertangguh2. Nanti la cari semangat nak buat. I still have a lot to plant for my kitchen garden - serai, pandan, pokok cili, ulam2....amboi, cita2 kemain lagi kan?
So tu je la update setakat ini. Berkebun ni best rupanya, tapi memerlukan komitmen yg berterusan. Moga2 our garden would be thriving.


















3 comments:
cantik rumah ko neny
all the best kak!
AreT: Alhamdulilah, rumah pinjaman Allah :)
Liza: thank u laling :)
Post a Comment