Pages

Tuesday, August 27, 2013

Oh Budak Kecik!

Pagi tadi si budak kecik patahkan cermin mata saya...huwaaaaaa!!!

Ni bukan kali pertama, masa bulan posa tu dia dah buat sekali dah. Yg tu mmg salah saya la sbb letak atas katil, dia jumpa apalagi kan...

Pegi ke kedai cermin mata, diorg kata x leh buat apa, kena la tukar frame yg suit dgn lense. Terbang RM250 masa tu..abis bajet baju raya I...huhuhu

Yg pagi tadi saya letak atas ironing board, sbb nak sapu krim kat muka...sepantas kilat dia boleh capai dan tau2 dah prakkkkk....patah! Sama je ngan kejadian hari tu...

Mmg saya marah kat dia sambil tepuk sikit tgn tu. Biasa sgt!

Terus melalak2 cari Abah. Dia ni mmg x leh marah sikit pon, bila kena marah, teresak2 nangis dan selalunya Abah la tukang pujuk. Surprisingly at this age, sekali pon Abah x penah marah dia lagi padahal kembar dulu masa umur mcm ni dah kena marah dah.

Anak manja Abah sungguh!

Tadi masa anta dia ke rumah babysitter, dia tgk saya dgn muka berkerut. Selalunya rajin gak babai2 saya, tp pagi tadi dia jeling2 aje. Amboi!!!

Ni saya kat opis, teringat kat dia, rasa kesian gak marahkan dia. By the way, umur dia baru setahun 5 bulan. Walaupun nampak gaya dah paham macam2 tp tak boleh la nak salahkan dia atas kejadian spek patah kan?



Maka Ummi redho je la....

Jadi nak ubat hati sbb menyesalkan marahkan Insyirah Solehah, ni nak tepek gambar2 aksi comel dia:

Suka dok dalam bakul baju...sila abaikan persekitaran umah yg bersepah ye

Ni masa kena angkut dia dtg opis, makcik bbsitter amik EL!

Mcm ni la aksi dia selalunya kalau menonton rancangan kegemaran 



Ni pulak video masa kakak2 dia ada sukan tadika, diorg buat persembahan, si Insyirah pon sibuk nak join...hahahaha




0 comments: