Masih belum terlambat utk ucapkan Selamat Hari Bapa utk semua bapa2 di luar sana, kan?
Buat my Abah, Ramli Husin, abah yg sgt cool dan supportive. Terima kasih Abah atas semua yg telah diberikan kepada anak2 mu dari sejak kami dalam kandungan sampai la ke usia sekarang. Takkan mampu dibalas dengan wang ringgit dan harta benda. Semoga Allah s.w.t merahmati Abah, dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa bahagia dunia dan akhirat hendaknya
Abah on his 70th birthday this year with my sister
Untuk Abah anak2 saya pulak, juga didoakan semoga menjadi seorg bapa yang mampu mendidik, membimbing ahli keluargamu hingga ke Syurga dan bertabah dengan dugaan untuk membesarkan anak2. Tanggungjawabmu bukan la mudah, malah bapa juga penentu syurga dan neraka keluarganya.
So sempena Father's Day dan birthday cik HB yg bakal menjelang tiba 3 hari selepasnya, ummi belanja semua org makan kat Seoul's Garden, Mahkota Parade. Ni first time kami makan kat sini....dari dulu lagi nak pi makan but somehow tak penah sampai.
Konsepnya steamboat/grill buffet dan ada juga ready cooked foods mcm nasi goreng, fries, wantan goreng dan battered fried fish and chicken. Food selection for steamboat and grill pon ok la, ada mcm2 jenis marinate of chicken, beef, lamb dan juga seafoods. Also dessert and variety of drinks. Boleh la untuk harganya dan Seoul's Garden Melaka mmg ada promosi utk hari Ahad, kanak2 dibawah ketinggian 1.3m FOC. So Nabilah dan Insyirah x perlu bayar tapi Nabihah sbb dia tinggi, maka kena la bayar.
Budak tecik ni awal2 je excited makan fries lepas tu jenuh la pujuk nak suh makan
Pose istimewa anak-beranak eh?
Kanak2 berdua ni seronok makan kat sini sbb katanya mcm main masak2....hehehe
Ni la main masak2 katanya
Puas la jugak makan the seafood here
Budak tecik ni nak main je kejenya...x aman nak makan dibuatnya.
Selfie anak-beranak...izinkan la ye? hehehe








0 comments:
Post a Comment