22 Ogos 2014.
Genap 10 tahun ulangtahun perkahwinan kami.
Honestly, tak rasa sudah begitu lama. Sudah melepasi dekad pertama rupanya. Alhamdulilah.
Being married for 10 years now, I wouldn't say kami sgt bahagia. Tipu la kalau kata kami tak pernah bergaduh, x bermasam muka, x berselisih faham dan sebagainya.
Tapi Alhamdulilah, gaduhnya takat perkara remeh-temeh dan takde la sampai berperang besar. Kalau perang dingin pon mungkin sehari dua lepas tu baik mcm biasa. What I've learned all these years, belajar la memahami pasangan kita. Dan sebagai isteri, fahami betul2 tuntutan agama peranan, akhlak dan tanggungjawab kita. Perbaiki diri dari masa ke semasa dan jangan mengharapkan saja yg pasangan kita berubah ikut apa yg kita harapkan. Kita perlu ubah diri kita dulu sebelum kita berharap org berubah utk kita.
Sentiasa la cari ilmu rumahtangga. Zaman sekarang ilmu boleh dicari dgn hujung jari saja. Pada saya Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Ebit Lew sangat la terkesan ceramah2nya utk bab2 munakahat (rumahtangga).
Us after 10 years of together
Doa saya semoga Allah SWT melimpahkan rahmah dan mawaddah kedalam rumahtangga hingga ke Jannah. Semoga saya mampu menjadi isteri yg solehah yang terbaik buat cik HB walaupun saya tidak sesempurna mana. Semoga cik HB menjadi suami dan ayah yang dapat membimbing kami semua ke syurga Allah.
Dan 22 Ogos 2014 juga adalah hari rakyat Malaysia berkabung sempena pulangnya 20 jenazah mangsa MH17 ke Malaysia. Walaupun tak kenal mangsa2 yg terlibat secara peribadi, melihat berita2 dan gambar2 mangsa, pon mampu membuatkan saya menitiskan air mata.
Allahyarham Mohd Hakimi, the first officer,
doted as a loving husband and father and pictured here with his one and only son.
Anak lelaki Allahyarham Mohd Hakimi turut sama serta dalam solat jenazah ayahnya, didukung oleh sahabat baik ayahnya.
Allahyarhamah Mastura Mustafa, salah seorg pramugari yg terkorban
Anak Allahyarhamah Mastura yg menangisi jenazah ibunya....
I guess a lot more heart-wrenching pictures shared here and there. Kita doakan semoga mereka yg terkorban di tempatkan bersama org2 yg beriman dan dirahmati Allah. Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada ahli-ahli keluarga yg terlibat.
Innalilahiwainnalilahirojioun....daripada Allah kita datang dan kepadaNya juga kita semua akan kembali.






0 comments:
Post a Comment