Dah berhari2 mengarang entry ni....jenuh nak update blog sekarang...
This CH trip was few weeks ago. It was an ad-hoc trip actually. Baru perasan ada cuti umum hari Jumaat utk negeri Melaka. Then terfikir kalau gi CH time ni bagus jugak sbb it's a long weekend dan weekend biasa utk org2 negeri lain. So bajet CH tak sesak la. Our last visit to CH back in 2012 mmg sakit jiwa dibuatnya sbb pegi masa cuti umum kebangsaan. Jem yg amat kat CH, so kami tak berjalan sangat, byk sangkut dalam jem.
So sepantas kilat la mencari hotel yg available dan amik Hotel Rosa Pasadena kat Brinchang through Agoda.com. Sebab ada family room yg sesuai utk kami 5 beranak at reasonable price kalau dibandingkan dengan hotel2 lain.
Kami bertolak ke CH pagi Jumaat tu dan sampai CH ngam2 utk cik HB solat Jumaat. Lepas tu kami check-in hotel dan makan lunch yg ditapau dari rumah. Masa tu hujan lebat, ingat kalau hujan berhenti nak la pusing2 CH. Rugi kalau dok saja dalam bilik hotel. By 4pm, hujan tak berhenti jugak tapi dah kurang la lebat so kami pon keluar pusing2 CH.
CH ada banyak ladang2 bunga/sayur/buah along the roads so kami pilih je nak berhenti kat mana2 ikut suka. First stop singgah Butterfly Farm kat Brinchang ni. Bayaran masuk RM10 utk kami satu keluarga. Not bad jugak la isi dalamnya. First time tgk leaf insect dan stick insect yg mmg sebiji mcm daun dan ranting kayu kalau tak tengok betul2.
Then pegi Cactus Valley.
Lepas Cactus Valley kami jalan2 sekejap kat Pasar Malam Brinchang survey barang2 yg ada tapi tak beli apa2 sbb nanti tak fresh pulak nak simpan lagi 2 hari. Lepas tu terus dinner steamboat kat satu restoran Muslim kat Brinchang. Honestly tak lah impressive sangat. Biasa2 aje steamboatnya. I was expecting dapat banyak jenis sayur segar tapi takde apa sangat pon.
Lepas dinner, lepak2 aje dalam bilik hotel layan movie. Tak tau apa nak buat in CH bila dah malam sbb ladang2 semua dah tutup. Yang ada cuma kedai barang2 saja dan pasar malam. Lagipon hujan so lagi sedap lepak dalam bilik.
Next morning Alhamdulilah cuaca cerah. Lepas breakfast kat hotel, kami pi Taman MARDI kat Tanah Rata. Taman MARDI ni memang best especially utk org2 yg suka berkebun.
At MARDI's taman dapur - I asked cik HB 'can we have this kind of pergola at home?"
And he said "ala, senang aje, nanti cari kayu2 tepi jalan, buat la"
Hmmmm...ye la tu.
Taman MARDI CH ada playground utk kanak2, kawasan arnab dan burung so budak kecik ni quite occupied la dengan mcm2 aktiviti. Siap tak nak balik lagi!
Lepas MARDI, kami menuju Sungai Palas mencari ladang teh BOH yg dikatakan pemandangan sangat cantik tu. Trip dua tahun pon kami mencuba nak ke situ tapi malangnya jalan nak masuk sangat jem, maka kitorg lupakan saja hasrat. Kali ni perjalanan lebih smooth tapi half way tersangkut jugak. Sebab jalan Sg. Palas tu kecik aje. Kalau takat kereta berselisih kereta, lepas la jugak....ini bas dengan kereta. Mujur la ada orang awam yg bertindak sebagai manouver, berjaya la jugak bas tu nak lepas. Lepas tu sampai kat ladang teh BOH tu kereta tak dibenarkan naik ke menara tinjau dia. Kena parking kat bawah lepas tu menapak la naik. Takde la jauh sangat tapi sbb kita org Malaysia ni kan jarang jalan kaki so mengah2 jugak la mendaki bukit....hehehe
The spectacular view of BOH plantation
Dah adventurous journey nak sampai menara tinjau BOH ni cik HB kata kita mesti jugak makan scones! Tapi queue punya la panjang berjela nak beli makanan kat cafe dia. Bab2 ni mokcik gigih sikit dr cik HB so mokcik yg gi beratur dan cik HB jaga anak2. Setengah jam ada kot queue! Mat/minah saleh depan mokcik ni pon gigih beratur. Takat nak makan scones, kek bukan negara diorg pon ada ke? Hehehe...tapi rakyat tempatan pon sama, takat nak makan scones byk je kedai bakery biasa jual, ye tak?
Dapat la jugak scones gebus yg diidamkan....yang 'mahal'nya (tapi mmg mahal pon in RM) makan scones ni sbb makan sambil menikmati pemandangan ladang teh. Tapi tak lama lepas tu, hujan lebat turun, so takde makna la kan nak tgk view cantik.
Lepas BOH plantation, kami dah agak kepenatan so balik hotel dulu utk berehat. Siap ketiduran lagi...hahaha. By pukul 5 lebih baru keluar pi pasar malam cari makanan. Seronok pasar malam dia sbb banyak betul makanan.
Pagi Ahad - last day in CH. Lepas dah breakfast, kemas2 barang dan terus check-out. Kami nak cari ladang strawberi pulak sbb budak2 ni teringin nak petik sendiri. Tapi bila tengok harga dia, kami rasa tak payah la. Sebab you have to pay RM35 and kena petik at least 500g (lebih kena bayar extra), then 2 org saja boleh masuk utk petik. Sedangkan kalau beli strawberi yg dah siap pek, harga 500g baru RM10-RM15 gitu. Besar2 pulak tu.
So sebagai alternatif.....
Beli pokok strawberi ni pada harga RM10 kat pasar Kea Farm. So petik je la dari pokok ni...hahaha. Sempat la makan buahnya dalam 10 biji kot sebelum ianya mati kekeringan. Yeah....we are cheapskate people...but when you think of your hard-earned money, I think we are just trying to be logical.
Then kami pon ada pegi nursery2 yg ada sekitar Brinchang. Yg kami pegi ni ambientnya sangat best. Ada cafe dan boleh makan2 dalam taman. Very cozy. Cuma kami tak makan la sbb baru lepas breakfast.
Best kan kalau ada macam ni kat rumah sendiri?
Rasa juling2 mata tgk pokok2 semua
So cantik!
Disebabkan kesuntukan masa kami tak pegi la banyak nursery walaupun saya geram je nak pi melawat semua nursery yg ada. Singgah pasar Kea Farm pon sekejap aje sbb takde tempat parking, so cik HB tunggu dalam kereta, saya sorang2 pi beli barang. CH, even on weekend biasa2 pon dah sesak begini, kalau public holidays or cuti sekolah tak tau cemana.
Sebab kami nak lalu Simpang Pulai utk balik Melaka (tak tahan laluan CH-Tapah sbb too winding roads), berhenti kejap kat cafe Ladang Teh Bharat. View kat sini kureng la sikit dibandingkan BOH plantation Sungai Palas dan Bharat Plantation kat jalan Tanah Rata-Ringlet tu.So sempat la minah berdua ni posing kejap :)
Nampak jugak Lavender Farm yg baru je dibuka beberapa tahun lepas dan tarikan terbaru kat CH. Tapi kalau berhenti alamatnya lambat la sampai Melaka nanti. Till next trip la...I asked cik HB "can we make visit to CH as our annual event?"...hehehehe
Antara tangkapan kat Kea Farm Market - bunga2an. Dua jambangan yg saya gubah ikut sukanya berharga RM20 aje. Berbunga2 hati tengok bunga segar dalam rumah :)
Lovely, isn't it?
So 3D2N trip to CH macam tak cukup aje. But at least the short trip rejuvenated my mind and body. Cause CH is a cool place, lots of flowers and surrounded by natures.
So let's see kalau2 lepas ni boleh pegi CH lagi ^_^


















2 comments:
saya pon dh lama tak pegi. tak silap last masa haziq kecik lg. selalu berangan nak pegi tak mengenangkan jem.. hmmm.. btw, cantik fresh flowers tu neny!
kena pegi weekend biasa mis...tp tu pon jem jugak cuma x setteruk public hols or cuti sekolah. Better gi weekdays tp xkan nak pontengkan anak2 kan?
Post a Comment