Recently, on the way to work saya ada terdengar Motivasi Pagi ustaz Ebit Lew kat radio IKIM tentang ganjaran bersedekah.
Bukan tak pernah tau ganjaran bersedekah tapi nak mendidik hati tu supaya rajin bersedekah kadang2 liat juga. Tapi perkongsian Ustaz Ebit Lew tentang ganjaran bersedekah dalam motivasi pagi tu benar2 terkesan dalam hati terutamanya bila bersedekah di kala kita susah.
Kisah Saiyidina Ali r.a yg hanya ada sebiji epal saja yg dia mampu beli utk Fatimah, si isteri yg sedang mengidam nak makan epal. Tapi dipertengahan jalan ada orang yg lapar sangat lalu sebiji epal tu disedekahkan ke orang itu. Pulang dirumah, Fatimah cakap ada orang hantar 10 biji epal!
Allahuakbar!
Dan pagi ni, Allah Maha Besar mengizinkan saya sendiri merasa nikmat ganjaran bersedekah itu.
Kisahnya, semalam di FB WargaKilang (NGO yg banyak membantu golongan asnaf dan miskin), announced yg mereka sedang melancarkan kutipan Kembali ke Sekolah dengan 1 kupon RM100 utk setiap murid dari golongan miskin. Tapi sbb diorg dah ada target berapa murid yg akan disponsor, maka yg nak menderma kena la book kupon itu. Warga Kilang ni mmg jujur dan amanah dalam menjalankan aktiviti2 mereka. Selalunya diorg tak nak kita derma duit kalau nak bantu projek2 diorg. Diorg lebih prefer kita sediakan sendiri barang2 yg disedekahkan dan join sekali bila mereka pi hantar bantuan kat org2 susah ni.
Nak tau lebih lanjut aktiviti Warga Kilang boleh baca di SINI
I wanted to take part tapi teringat duit dalam bank nyawa2 ikan dah. Maklum la dah hujung bulan, gaji pon belum masuk lagi. Tapi teringat2 takat RM100 boleh kot. So saya pon terus book satu kupon.
Pagi ni bila saya login Maybank nak transfer duit RM100, Allahuakbar....dalam akaun saya ada extra RM1000....rasa nak menitik air mata. Sebabnya itu adalah duit gaji saya bulan lepas yg company skrg tersalah kira dan bagi saya gaji kurang dari sepatutnya bulan lepas. Saya ingatkan diorg cuma akan bayar hujung bulan ni bersama gaji bulan ini tp rupanya diorg dah masukkan lagi awal!
Allah...Allah...Allah...sungguh benar janjiMu!
Saya share kisah ini supaya yg membaca akan mudah tergerak hati nak bersedekah. Juga buat motivasi utk diri sendiri. Kadang2 ganjaran tu mungkin kita x nampak dari segi wang ringgit tapi dalam bentuk lain.
Mudah2an kita semua terus istiqomah ke arah kebaikan.
0 comments:
Post a Comment