Pages

Friday, February 13, 2015

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat: Ulama& Pemimpin Yang Tiada Gantinya


Perginya seorang ikon hebat, seorang ulama dan pemimpin yang tiada galang-gantinya. Seorang yang sgt sederhana, sgt tawadduk, sepanjang hayatnya dihabiskan untuk memperjuangkan agama. Walau pernah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun, dia tetap memilih utk hidup sederhana, tanpa rumah besar dan mewah, juga protokol ketat utk rakyat berjumpa dengan dia.

Saya tak pandai menilai politik. Selalunya mual rasanya bila membaca tentang politik. Tapi untuk Tuan Guru Nik Aziz, kekaguman saya adalah kerana cara hidupnya yang sederhana. Sedih bila memikirkan masih ramai yg mencaci dan menghina dia, yang kata mereka, dia hidup zuhud tu lakonan semata, padahal mengumpul harta sebanyak2nya secara diam2. In my personal view, berapa lama seseorang tu boleh berlakon? Takkan mampu berlakon sepanjang hayatnya 84 tahun? 

I believe he was what he was.....dia mungkin bukan manusia yang maksum, bersih tanpa sebarang dosa tapi dia adalah hamba Allah yang saya percaya ikhlas dalam perjuangannya...yang memang mengharapkan hanya syurga Allah menjadi ganjarannya. Bukan kesenangan dan kemewahan kehidupan dunia.

Semoga Allah ampunkan dosa2nya dan merahmatinya, serta dikurniakan ganjaran yang tinggi atas kebaikan yang telah dilakukan.

Al-fatihah.

0 comments: