Hampir sebulan rupanya saya tak update blog.
Sejak balik cuti raya dan beberapa minggu selepasnya, mmg saya agak sibuk. Urusan kerja, urusan rumahtangga, pulak tu laptop pulak selalu buat hal. Kadang2 hang. So mmg membantutkan hajat nak update blog.
Kami baru saja pulang dari KB smlm. Ayah mertua saya yg kami panggil Ayoh kembali ke rahmatullah seminggu yang lalu.
Mulanya pukul 2.30pm Isnin tarikh 3 Ogos itu, kami terima mesej di WA dari adik ipar yg minta kami semua pulang segera sbb Ayoh dah nazak. Saya baru je sampai opis waktu tu selepas jemput sikembar dari sekolah dan hantar diorg ke rumah. Then mula terima call sana sini dan terus balik Durian Tunggal, amik Insyirah dari babysitter, sambil2 call rumah suruh sikembar pack baju dan get ready.
Sampai dirumah around 3.15pm, main sumbat aje kain baju dalam beg, cik HB terima call mengatakan yg Ayoh dah pon meninggal.
Innalilahi wainna lilahi rojiun....
Innalilahi wainna lilahi rojiun....
Juga diberitahu yang jenazah Ayoh akan disempurnakan dan dikebumikan secepat mungkin sbb mmg ini lah wasiatnya dari awal dia sakit dulu. Tak perlu tunggu siapa2. Ye lah, kalau nak tunggu, let say kalau yang memandu dari KL, ambil masa 7-8 jam jugak untuk sampai KB.
Jenazah Ayoh selamat dikebumikan pukul 10.30 malam. Kami tiba pukul 1 pagi. Abang di Seremban juga berusaha nak sampai secepat mungkin, dia dan family amik flight tapi itu pon tak sempat nak melihat jenazah Ayoh sebelum dikebumikan. Kiranya 6 anak Ayoh tak sempat nak tengok Ayoh sebelum dikebumikan. Takpe lah, semua pon redho sbb dah tau keadaan Ayoh yang tersangat uzur sebelum ini dan menghormati permintaannya utk dikebumikan secepat mungkin. Lagipon kami semua dah balik menjenguk dia masa cuti hari raya 2 minggu sebelum itu.
Mengenali Ayoh selama 11 tahun sejak berkahwin dengan cik HB, Ayoh mmg ayah yang baik dan disayangi anak cucu. Lepas Ayoh dah meninggal, abang kakak cik HB duduk bercerita kisah2 Ayoh membesarkan anak2. Ada yang gembira, ada jugak kisah sedih tapi banyak yang menggembirakan bila bercerita kisah Ayoh. He has raised 11 kids, walaupun pendapatan tak seberapa tapi Ayoh sgt tegas mendidik anak2 terutama bab pendidikan. Me as menantu mmg respect lah dengan didikan Mek Ayoh sbb boleh dikatakan anak2 Mek Ayoh berjaya dalam pendidikan dan punya pekerjaan yang baik tapi tak lupa diri dan tak sombong dan masing2 sgt rapat dan bekerjasama dalam urusan keluarga.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayoh dan dia ditempatkan bersama-sama para solihin dan mukmin. Ampuni lah dosa2nya dan lepaskanlah dia dari azab kubur dan seksa api neraka. Amin ya robbal alamin...
Gambar arwah Ayoh and cucu2 last year. Masa ni dah mula tak sihat tapi masih kuat lagi.

2 comments:
Ameen. Alfatihah utk arwah Ayoh
Al-Fatihah..moga arwah Ayoh ditempatkan kalangan yang diKasihiNya...he surely be missed by everybody who knows him..
Post a Comment