Pages

Monday, August 17, 2015

Raya 2015

I know, I know....raya dah pon abis...apa nak buat, banyak sgt halangan nak update blog.

Tapi mokcik tetap nak buat entry Raya 2015. Sebab setiap tahun ada entry raya, mcm tak best xde entry raya utk tahun ini. Kenangan di masa hadapan. 

Giliran hari raya pertama tahun ini adalah di KB. Kami pulang few days early before raya sbb kebetulan cik HB ada urusan kerja di Gua Musang dan KB. Anak2 kami pontengkan sekolah 1 hari. Saya pulak mujur senang dapat cuti.

Trafik was good, maybe sbb balik awal. Tapi according to org2 lain trafik balik raya tahun ni tak seteruk tahun2 sudah. Ramai yg kata maybe ramai x balik kampung raya tahun ni. 

Kesan GST dan kenaikan harga barang?

Apapon, buat anak2 yang diperantauan, cuba la sedaya upaya pulang di hari raya kalau berkesempatan sbb banyak keberkatan menziarah ibu-bapa dan kaum keluarga nak2 pulak di hari raya. 

Tahun ni juga rupa2nya merupakan raya terakhir kami bersama arwah Ayoh yang selepas itu meninggal dunia kira2 dua minggu selepas raya. Jadi kami sangat bersyukur diberi kesempatan menjenguk Ayoh disaat2 terakhir kehidupannya.

Giliran saya buat juadah buka puasa, saya masak soto ayam dan asam pedas (asam pedas takde dalam gambar). Kami masak ikut giliran bergantung kepada siapa yang offer nak jadi ketua masak2 hari tu. Yang lain2 akan membantu. Seronok keluarga ni sbb mmg tak berkira dan saling bantu-membantu.

Family Jalan Bayam yang besar, mmg meriah bila berkumpul beramai2. Buka puasa bersama2 dan solat jemaah bersama2. 



Tahun ni tema sedondon kami warna biru. 


This is photo of me and biras2. Alhamdulilah punya ipar-duai, biras2 yang baik dan mesra. Cuma biras sulung saja yang takde masa ni sbb dia belum sampai. Yang atas paling kanan is my biras yang dulunya isteri abang ipar saya kedua, dah meninggal since 2010. Tapi walau macamana pon, hubungan kak Ni and family Jalan Bayam tetap mesra walaupun dah 5 tahun arwah meninggal dunia dan kak Ni pon dah kahwin lain. Dia tetap rajin menjenguk Mek Ayoh dan mesti datang setiap kali adanya majlis2 keluarga. Sangat pemurah dan mengambil berat hal2 keluarga. 

Kami tak kemana2 sangat sepanjang raya di KB sbb ramai sedara mara dan kenalan berkunjung ke rumah ziarah Ayoh. Gambar family beramai2 pon x sempat amik sbb lepas solat raya aje dah bertali arus org datang ke rumah. Gambar family sendiri dan bersama biras tu je yang ada dalam simpanan saya. We will try next time amik gambar family yang lengkap.

Raya ke-3 kami gerak balik ke Tg. Malim dan saya pulak demam keesokan harinya. So tak beraya ke mana2 jugak masa di Tg. Malim kecuali rumah kakak. 

That's all cerita raya 2015 :).

0 comments: