Pages

Monday, November 30, 2015

Langkawi 2015 - Part 1


Ni percubaan nak buat entry guna handphone since now i am having courses and the topic is boleh menyebabkan saya tertido, sejuk pon iye macam dok dlm peti ais maka sy pon try la nak buat entry blog. Skrg pon tak banyak masa boleh update blog sbb mmg banyak kerja2 nak dibuat. Jadi sementara ni nak la jugak update.Susah sebenarnya menaip guna phone sbb screen kecik tapi mokcik gigih jugak nak cuba...hehehe

Trip to Langkawi ni betul2 adhoc punya trip. Friday b4 deepavali tu masa sy dok buat keje di opis tetiba dpt WA msg dari cik HB ckp "esok jom gi langkawi".

And i was like "hah????"

Being me yg jenis suka plan ahead dan suka buat list, adhoc2 ni mmg la sgt tak disukai. Nak gi langkawi kot, xkan nak redah gitu je?

Tp cik HB ckp kalau plan2 mmg tak jadi la. Betul jugak, dah 2 kali buat plan nak gi langkawi tapi tak jadi2. Ada sekali dulu kitorg beli travel voucher yg bagi diskaun utk flight, hotel n mcm2. Konon nak pegi Langkawi la. Tapi sbb masa tu sy tak sihat sbb pregnant kan Insyirah langsung tak guna voucher tu sampai voucher tu expired.

Lepas tu sy pulak beli voucher hotel kat groupon utk Langkawi jugak. Berbulan2 plan nak gi siap ada excel spreadsheets utk itinerary and expenses. Pon x jadi jugak sbb masing2 tak dpt cari masa sesuai. Akhirnya voucher hotel tu pon expired jugak...huhuhu.

So balik pd plan adhoc ni, bila cik HB kata confirm kita pegi Langkawi, terus la saya apply cuti. Sini cuti kena apply online, kena apply at least 3 days before, ketua jabatan kata approve baru boleh cuti. Tapi saya dah terdesak, so apply je la online pastu email ke ketua jabatan tanya ada masalah x kalau nak cuti Monday, memandangkan Tuesday tu dah mmg cuti Deepavali. KJ cakap xde masalah, so cuti aje la..hehehe

Malam tu kelam-kabut cik HB booked motel, tiket feri dan kereta sewa. Mujur semua dapat. Kami amik the cheapest motel, the cheapest car rental. Sbb kos ke Langkawi ni mmg mahal2, jadi bab penginapan dan kereta ni amik yg murah2 aje la. Kami bertolak Sabtu tengahari sbb paginya cik HB pi servis kereta dulu. Mujur la PLUS hi-way tak sesak sgt walaupun dah nak Deepavali kecuali jem sekejap kat area Tapah-Simpang Pulai sbb ada accident.

Pukul 11 malam kami sampai Kuala Perlis dan mujur ada motel yg ada family room. Tido situ utk malam tu, then pagi2 terus gerak gi jeti Kuala Perlis. Tak jauh pon. Tapi nyaris nak terlepas feri sbb cik HB ingat tiket kami kul 8.45 am, tapi sebenarnya 8.15 am pagi. Nasib masa sampai terminal jeti pagi tu pukul 8.00 am and kami checked sekali lagi tiket. Terus kelam kabut beratur nak naik feri! Lagi satu mujur beli tiket online awal2 sbb kalau walk-in pagi tu dapat tiket pukul 1 tengahari!

1 jam naik feri, kami sampai jeti Pekan Kuah terus sarapan kat situ sementara tunggu org hantar kereta sewa. Kami sewa Myvi, bayar RM130 untuk 2 hari (ari balik dia x kira). Dah dapat kereta, pegi tgk motel yg letaknya 1km aje dr terminal jeti Kuah. Motel ni tak la cantik tapi selesa la jugak. Bak kata cik HB kita nak guna untuk bersiap dan tido aje. Most of the time kita akan jalan2. Still, murah2 pon RM100 jugak semalam. Kitorg booked thru trivago.com Tapi tak boleh check-in lagi sbb bilik belum ready (masa tu pukul 10 lebih). So kitorg pon gerak pegi Makam Mahsuri dulu.

Seronok jugak di Makam Mahsuri. Selain ziarah makam Mahsuri, bagus utk pengetahuan sejarah anak2, tgk rumah2 lama. Tengok salah satu rumah lama tu brought back memories zaman saya kecil2 sbb rupa rumah lama lebih kurang sama dgn rumah arwah Tok Wan.











Lepas Makam Mahsuri, kami pegi area Pantai Chenang. Singgah makan tengahari kedai biasa2 aje, lauk pon dah abis masa tu. Konon2 nak pi Underwater World tapi area Pantai Chenang punya la sesak, takde tempat pon parking. So kami terus aje la drive pusing2 Langkawi, kira mcm sight-seeing la. Dari Pantai Chenang drive menyusuri pantai lalu airport, then pantai Kok, pusing terus jalan menuju pantai Pasir Hitam, dan akhir sekali sampai balik ke pekan Kuah. Balik motel, solat dan mandi, pukul 5 lebih keluar balik pegi area Pantai Chenang.

 Parking kat Pantai Tengah, kat situ banyak aktiviti pantai. Cik HB usha2 parasailing (parachute yg ditarik bot), then di offer utk buat parasailing pada harga RM50 (harga asal RM100 kot). Sy la dok encourage cik HB suruh cuba, so dia pon buat la. Tapi tak naik sorang2 la, ada la guider yg jaga dia kat belakang. Boleh je nak naik sorang2, tapi cik HB kata mana la reti cemana nak take off dan landing.

Cik HB sebelum berlepas....


Bersambung....

0 comments: