Pages

Thursday, December 10, 2015

Kos Sara Hidup

Uh, x sempat nak update cerita Langkawi part seterusnya....dont have the luxury of time to blogging due to work.

Ni pon just nak bebel sikit aje, nak get it out from my system.

Smlm pi groceries shopping kat Mydin. Dah 2 minggu x groceries shopping. Banyak sgt urusan, dengan balik kampung bagai. And banyak beli makanan/makan luar.

So smlm la baru nak stock up brg2 dapur sbb nak masak mcm biasa. Sbb balik dari KB pon ari Isnin mlm, and then dinner selasa masak sardin kicap aje. Sup telur kentang for kids' lunch on Rabu. Kira guna semua whatever yg ada dan boleh dimakan. So malam tadi la baru ke Mydin.

Pegi kat bahagian barang basah, I really didn't know to buy. Mydin pon stok barang mcm x banyak. Ayam pon tinggal bape ekor je, tu pon x berapa segar. Bahagian makanan laut pon menyedihkan. Tapi yg marahnya biar la tak segar mana pon ikan2 tu harga tetap mahal!, Mcm ikan kembung yg saiz kecik, perut pon dah pecah2, masih dijual pada harga RM13.99/kg!!!! 

Kalau segar2, harga mahal gitu pejam mata jugak la beli sbb dah desperate kan....tp it really not worth buying.

Huhuhuhu.....

Then I decided beli je la ikan bawal emas yg harga dia RM7 seekor, beli 2 ekor utk masak tengahari esok. Sbb saya mmg bekalkan Insyirah makanan utk sarapan dan lunch dirumah babysitter. So somehow saya kena masak jugak. Jadi la lepas utk sehari punya makanan dan boleh memerangkap lunch/dinner kalau x abis. Hari2 lain nak gi jenguk kedai runcit dekat rumah kot2 ikan2nya lebih baik. Weekend nanti jenguk pasar pulak.

Lepas tu gi bahagian sayur2, satu sy perasan harga2 sayur hijau mcm bayam, kangkung, sawi mmg x berubah tapi seikat setiap sayur mcm makin mengecik aje. Dulu kalau beli 2 ikat cukup la kot sekali makan, tp tgk balik seikat sayur skrg, kena beli 3.

Kecewa betul!

Tu belum tgk harga sayur2 import mcm brokoli, cauliflower, capsicum lagi la jangannnnnn.....

Memang kos sara hidup obviously naik mencanak2 skrg ni. Macamana la nak makan secara sihat kalau keluaran tempatan pon jadi mahal?

Bila fikir mcm situasi saya yg bekerja suami-isteri dan dalam kumpulan professional (tapi gaji takde la banyak nau!) pon terasa  dgn kos sara hidup ni, apa kan pulak la mereka2 yg berpendapatan rendah dan anak ramai?

Lagi pulak yang duduk di Lembah Klang, dengan tol naik, public transport naik, segala pon naik?

Faham ke PM kita tu dengan situasi rakyat sekarang?

Atau masih lagi bermimpi di siang hari?

Sudah2 la tu gila kuasa....ini Malaysia bukan KAMU yg punya!!!!

0 comments: