Sedang berusaha nak sambung cerita Langkawi. Dah ingat2 lupa dah apa nak diceritakan. So cerita je la takat yg diingati.
Lepas paragliding kat Pantai Tengah, kami pi JJCM kat Pantai Chenang...sebelah je pon. Area Pantai Chenang mmg happening, penuh dgn pelancong2 asing, branded stores dan of course la bar2. Kami cari restoran ikan bakar yang katanya sedap kat sini - Restoran Haji Ramli. Masalah kat Pantai Chenang ni parking, nak cari parking mmg seksa. At last dapat juga walaupun jauh sikit dr Restoran Haji Ramli tu.
Not bad jugak la makanan dia, servis pon cepat dan harga pon berpatutan. Tak beza pon dengan harga makanan restoran ikan bakar kat Melaka. Kami order siakap goreng sweet sour, tomyam campur, sotong celup tepung dan sayur kailan goreng masin. Semuanya sedap :)
Muka2 lapar...hehehe
Another muka lapar
Let's dig in!
Lepas makan kami pusing keluar masuk kedai kat Pantai Chenang survey2 barang. Tak shopping pon sbb plan nak survey barang kat pekan Kuah jugak. Seronok cuci mata aje dan beli sikit coklat buat jajan anak2 kat motel dan jalan2. Lepas tu balik motel. Perjalanan antara Pantai Chenang ke pekan Kuah makan masa setengah jam la jugak.
Day 3:
Pagi2 dah gerak menuju Oriental Village sbb nak naik skycab yg popular tu. Tapi sampainya pukul 9 am jugak. Beratur dah sikit panjang tp tak la sepanjang org2 selepas kami. Dan tiket yg kami dpt pukul 10.30 am. So pegi la breakfast dulu kat cafe dekat2 situ. Pukul 10.30 am tu sebenarnya masa yg dibenarkan untuk anda mula beratur, so dr start point queuing, siap break 5 minit in between tgk 3D movie, akhirnya selepas 45 minit baru berjaya naik skycab. Cuak jugak la dgn ketinggian skycab travelling. Cik Insyirah tak takut langsung.
Sebenarnya ada banyak gambar2 lagi kat Gunung Mat Chincang tu tapi semuanya dalam kamera Canon kat rumah. Ini zaman dah x rajin dah nak transfer gambar dr kamera mcm dulu2. Nak2 kalau update blog kat opis. Skrg ni guna je la gambar2 yg ada kat handphone!
Kami berlegar2 kat atas Gunung Mat Chincang x sampai pon setengah jam lepas tu dah mula beratur untuk naik skycab turun bawah balik sbb org dah semakin ramai. Kami malas nak beratur panjang2 nak naik skycab. Mujur la beratur nak turun x lama mcm nak naik.
Terfikir jugak, kalau cuti sekolah dtg Langkawi ni cemana la sesak dia ye? Ini takat cuti Deepavali yg jatuh minggu depannya pon dah cenggini ramai orgnya.
Dah sampai bawah, kami pusing2 Oriental Village. Ada byk souvenir stores, ada jugak muzium 3D tapi tak masuk sbb rasa muzium 3D kat Melaka pon dah ada.
Lepas Oriental Village, kami merancang nak makan kat gerai Laksa Sekoq dekat dgn airport Langkawi sbb ramai yg kata sedap. On the way sempat singgah Kampung Beras Terbakar. Tapi tak banyak yg boleh dilihat kat sini. Tempat yg dulunya luas dan boleh kutip beras terbakar, dah dipagarkan dan saiz keluasannya pon kecik aje. Ada lah papan tanda sejarah dan sisa2 beras terbakar yg dipamerkan dalam kotak kaca. Juga rumah tradisi yg terletak di lokasi yang sama. The rest kawasan tu dah jadi tempat shopping barangan souvenirs dan makanan.
Dah sampai area airport, kami mencari2 la gerai Laksa Sekoq tapi malangnya tutup. Ada byk lagi gerai lain yg berniaga benda yang sama dan macam2 lagi so kami just picked any of the stalls. Laksa sekoq tu maknanya laksa yg ada seekor ikan goreng celup tepung atasnya. Kalau x nak ikan boleh amik sotong ka, udang ka. Saya amik laksa dengan sotong celup tepung. Kuah laksa dia rasa biasa2 aje. Takde la sedap sangat sampai teringat2 kot.
Laksa dengan sotong celup tepung
Selain laksa, ada banyak lagi makanan lain. Ada kepak ayam panggang, ada juga makanan panas goreng2 mcm nasi goreng, kueytiaw goreng etc.
Kakak makan kepak ayam panggang
Bestnya makan kat sini sbb ianya kawasan terbuka tepi pantai dan banyak pokok. So nyaman je rasa dgn angin sepoi2 bahasa walaupun cuaca panas terik. Cuma yang tak bestnya kawasan ni agak kotor. Maybe sbb peniaga x jaga sgt kebersihan kawasan dan takde pihak berwajib yg pantau. Tanah becak2 dek kerana peniaga basuh pinggan kat situ. Sisa makanan pon tak dibuang dengan sempurna.









0 comments:
Post a Comment