Lama kan blog ni menyepi? Last entry konon2 nak memeriahkan blog ni semula selepas sibuk urusan pindah rumah dan urusan2 lain yg penting, tup2 makin sunyi pulak blog ni jadinya.
Alkisahnya, bermula awal Julai onwards hingga la baru2 ni sy diuji dgn keadaan kesihatan yg sgt2 terganggu. Good news is, sy tidak sihat disebabkan bakal menerima kedatangan org baru, makanya walaupun tak sihat sampai kena masuk hospital, still sy gembira sbb hasrat kami nak menambahkan bilangan ahli keluarga insyaallah termakbul. So biar la mabuk sampai stage hyperesis gravidarum dan kena on IV drip, sy redha dgn doa mudah2an baby lahir sihat walafiat dan sempurna sifat hendaknya. Lagipun ini bukan pengalaman pertama kali, masa pregnant with twins, pon mabuk cam gini jugak cuma sbb itu pengalaman 6 thn lepas, so mcm ingat2 lupa cemana the whole experience.
Ada masa rasa mcm tak tabah juga bila muntah around the clock, sampai minum air kosong pon boleh keluar balik. Masa pregnant minggu ke-7, the night before sy decided nak pi hospital, I vomited dr pukul 3 am sampai 7 am. Dah la bukan ada makanan pon dlm perut, yg keluar lendir hijau, yg menunjukkan badan sudah dehydrated. So pagi2 tu sy ckp kat cik HB, hantar je la saya masuk hospital sbb sy betul2 dah lembik dan tau solutionnya hanya la put me on drip berdasarkan pengalaman masa mabuk mengandungkan sikembar dulu.
The day masuk hospital pulak, ada sikit bleeding so sy bgtau doktor. Risau la jugak chances of miscarriage sbb sy dah pernah keguguran sebelum ni. So doktor pon monitored my condition closely, bg ubat kuatkan rahim, ubat tahan muntah selain dr put me on drip. Suka tak suka, 4 hari juga la menginap kat hospital, sbb level ketone dlm air kencing tinggi so kena tunggu sampai ianya normal. Bosan teramat dok kat hospital tapi badan rasa sihat walafiat dan makanan hospital yg tak berapa sedap tu boleh pulak makan sampai habis!
But then, bila keluar hospital, lembik balik. Makan apa pon muntah tapi disebabkan sy tak mo masuk hopsital kembali, sy paksa diri minum air banyak2 dan cuba makan juga. Muntah pon takpe janji perut x kosong. Bulan puasa malangnya x dpt nak berpuasa disebabkan asik muntah. Nak buat cemana, jawabnya kena bayar fidiah dan ganti je la puasa yg ditinggalkan.
Bulan puasa dan raya tahun ni mmg agak menyedihkan. Makan-minum cik HB dan anak2 sgt la terabai. Cik HB yg mmg takde skill memasak (dia cuba gak masak, tapi ended up dia sendiri yg x selera nak makan), terpaksa membeli samada kat kedai makan atau bazaar Ramadan tapi malangnya bazaar Ramadan kat area rumah kami tak best. Selalu sgt makanan yg dibeli ntah apa2 rasanya. Persediaan raya lagi la sadis, apa pon x shopping. Mujur mak sy uruskan baju kurung sikembar dan baju2 lain sy sempat shopping masa J-Card sale sebelum sakit.
Kehidupan sosial mmg out. Sy masa tgh sakit langsung tak berdunia ngan org baik in reality or online world. FB and blog langsung tak dilayan. Nak keluar rumah pon x sanggup. Masa raya pon x kemana kecuali rumah adik beradik.
Skrg pregnant@17 weeks, things getting better. Sy hanya muntah sekali sekali, pagi terutamanya. Tp selera makan dah ok, dah makan sgt byk ok! Hari tu merasa la sekejap berat badan turun sampai 8kg tapi la ni rasanya dah naik lebih 8kg kot :). Cuma rasa mual dan air liur berlebihan still ada, dan cepat penat. Tp yg penting dah boleh la memasak (aritu masuk dapur pon x lalu!), dan buat keje rumah sikit2.
Skrg tengah happy browsing barang2 baby. Rasanya byk jugak brg2 baby yg nak kena dibeli memandangkan brg2 baby masa zaman sikembar, kami dah bagi2 kat org sebelum ke Germany dulu.