Pages

Thursday, March 22, 2012

Saat Itu

Alhamdulilah, sy dah selamat melahirkan anak ketiga kami, a baby girl seberat 3.51kg pd 10.3.2012 jam 4.00 am. It was a fast delivery tp ada la jugak some drama yg akan dikenang sampai bila2.


The whole story: Hari Jumaat, 9.3.2012 tu sy rasa contraction sikit2. Dua hari sebelum ada tanda darah tp sgt sikit and mucuous plug pon semakin byk. Tapi x layan sgt sbb takut false alarm. Dua minggu sebelum tu, in week 38, sy dah ke hospital sbb cirit-birit dan rasa contraction. Tak la kuat sgt tp takut la kot2 betul tanda2 nak bersalin. Turned out, setelah diperiksa, sy takde contraction pon tp based on CTG, heartbeat baby adalah tinggi and because of diarrhea, sy demam sedikit dan dehydrated. So doktor suruh stay utk semalam on IV drip.

Tu yg bila rasa sakit sikit2 aje, malas nak layan. Lagipon before that asik berharap baby cepat lahir sampai rasa stress. Cik HB lak dok berharap baby lahir on 29/2, tarikh tahun lompat tapi  after day by day as EDD approaching, baby masih sedap dok dlm perut. So dok fikir selagi tak sakit yg betul2 sakit, xkan ku pegi ke hospital!

So back to hari jumaat tu, dlm dok rasa sakit2 perut tu, sy layan movie Lord of The Ring. By kul 11pm, rasa makin sakit, so sy stop tgk TV and baring atas katil and start timing the contraction. At the time, contraction mcm 15-10 minit sekali. Sy ckp ngan cik HB, maybe kita kena ke hospital mlm ni tapi tunggu la sampai contraction is like 5 minit gitu. By pukul 1 am, contraction was 6 minutes apart, so sy siap2 pakai baju tapi still x mo gi hospital lagi. Sy on TV and pegang jam. By kul 2pm, dah makin cepat, so sy gerak cik HB suh siap2 nak gi hospital. At 2.30 am, elok2 nak keluar rumah, air ketuban pecah. On the way ke hospital, mmg rasa sakit tak tertahan sbb contraction continuously. Mujur la jalan kosong, cuma tersangkut2 kat traffic light, tu pon cik HB on emergency light dan x tunggu traffic light. 15 minit dah sampai hospital, terus gi wad O&G, masuk labor room, nurse tukarkan baju, check segala & call doktor. Nurse kata opening dah 6cm and progress sgt cepat. Bila doktor sampai (I don't know the time), terus they prepare me for delivery and tau2 dah disuruh push. As this is my first normal delivery, mmg x reti la cara pernafasan yg betul. But I had 4 'cheerleaders' - 1 doktor, 2 nurses and cik HB by my side so try push mcm nak rak, akhirnya baby keluar pukul 4am. Bunyinya mmg mcm senang sbb masuk labor room kul 3 am, bersalin kul 4 am tp sakitnya Tuhan aje la yg tau. Dulu masa kembar, sy bersalin secara caesarian, so walaupun sempat merasa contraction, sakitnya x intense mcm ni. Then tanggung sakit lagi masa doktor keluarkan uri and then jahit episiotomy.

Fresh from the oven!
ololo...dah nangis dah...

Lepas settle tu semua, while still in labor room utk observation, nurse bagi baby yg dah dibersihkan dan disuruh breastfeeding. Baby is so good, sucking reflection dah ada cuma tak berapa pandai sgt nak menyusu. Kul 6am, setelah minum susu and mkn painkiller sy dimasukkan ke wad and nurse kata if everything is fine, petang nanti boleh discharge. Cik HB pon masa tu balik rumah dulu.

Ingat nak tido sbb rasa penat sgt tapi perut rasa sakit sgt2. Ring the nurse and tanya nape perut rasa sakit walaupun dah makan painkiller, dia kata sbb rahim tgh nak kecut, that is why sakit. Kul 7.30, nurse dtg dan disuruh pi toilet utk buang air kecil. Tapi pi toilet x kencing pon, cuma darah keluar berketul2. Pad dua helai totally soaked together ngan pelapik sekali. Tak sangka darah byk camtu but then I thought 'oh, maybe ni normal utk vaginal delivery kot'.

Tuesday, February 21, 2012

Antara SPM & Degree

I´m in my 38th week of pregnancy now. Dah full term dah org kata. Tunggu hari je org kata. Preparation pon dah ready semua - dr barangan baby, beg nak ke hospital, beg baju salin sikembar (in case kena transitkan diorg kat mana2 while I´m at hospital), barangan postpartum - set jamu, bengkung, tungku, so and so.

Date utk check-ups pon byk - yg klinik kesihatan kerajaan punya, yg kat Hospital Pantai. I maintain both sides, walaupun plan nak bersalin kat private tp just in case kot2 terpaksa bersalin kat government, at least I´m all set.

Ckp pasal check-up kat gomen ni, I just wanna share suara hati I ni. Not really big issue, but just something I wanna ponder about.

When I first started going to klinik kesihatan kerajaan utk antenatal check-up, I was interviewed la utk buka file i.e buku merah. Among the question nurse tu tanya "sekolah sampai tingkatan berapa?" instead of tanya tahap pendidikan. But sy pon satu hal, buat2 bodo ckp "sampai tingkatan 5". Ye la, dah ko tanya aku sekolah sampai tingkatan bape, paling tinggi yg aku attend tingkatan 5 la. Kang jwb sy belajar sampai tahap ijazah,  kata berlagak pulak dak? So dia pon tulis kat ruangan "Tahap Pendidikan" tu SPM. Ok, fine, I didn´t bother pon to correct her sbb I wasn´t thinking there would be any impact, besides i wasn´t going for job interview, so what the heck la kan?

Little did I know, it matters somehow indirectly.

Like masa they referred to GH Melaka because I had caesarian case in my first delivery, again I had to go thru another interview sbb diorg nak buka file kat hospital tu. Masa mula2 interview, nurse tu kemain la sombong berckp, layan kita serupa hendak tak hendak and somehow cemana tah along the process, I mentioned I have degree, terus cara dia ckp jadi lain. Terus jadi ala2 lembut gitu and tanya nape kat buku merah tulis SPM aje. Like, seriously does this information make a lot of different?

Dan terus sembang ngan kita ala2 mesra, tanya nape tak kerja, rugi la ada degree tapi tak kerja, sebelum ni keje apa, bla, bla....

Today lak, as I was seeing the doctor kat klinik kesihatan, and she asked how I was doing, ada rasa sakit apa2 ke, I ckp la I ada la rasa contractions sometimes but since it was not consistent, maybe cuma Braxton-Hicks contraction.

And she was so shocked I knew about Braxton-Hicks and blurted out "awak ni staff-nurse ke apa?" and quickly tengok kat muka depan buku merah tu - nak tgk sy keje apa la tu....and then mumbled something like "suami yg pensyarah, awak tak keje...."

Pelik sgt ke if I know about Braxton-Hicks? Like, staff nurse je ke yg tau pasal Braxton-Hicks? Oh, iye la...kata tahap pendidikan sampai SPM je kan nok? Tetiba mention pasal Braxton-Hicks lak....

The thing is, sy dah naik hafal dah kandungan buku What To Expect When You Are Expecting since masa pregnant´kan sikembar lagi  and keep reading it from time to time eversince I got pregnant again. And besides, internet kan ada, so siapa2 pon boleh well-informed kalau rajin membaca.

So, moral of the story?

Ntah la...adakah sepatutnya sy insisted dr beginning that tahap pendidikan sy adalah ijazah instead of SPM supaya tidak dipandang rendah?

Or expect these people not to judge other people based on their level of education and occupation?

But seriously la, can we not be prejudice?

Cuti2 Cameron Highland

Early Februari, masa long weekend cuti Maulidur Rasul, my big family og Tg Malim clan gi bercuti kat Cameron Highland. Actually mak sy la dok mentioned yg dia dah lama sgt tak ke Cameron Highland. Kesian pulak kan dgr org tua ckp camtu and besides kami adik beradik pon x penah lagi pergi bercuti ramai2, so it would be nice to arrange a holiday in Cameron Highland.

I was the planner konon2 la sbb I kan surirumah yg tak bape sibuk and mmg suka planning. Adik beradik lain dgn senang hati pon serahkan everything utk I uruskan. So by end of December, I dah start cari2 homestay utk kami sekeluarga. Even kononnya dah awal dah buat persediaan, by then pon kebanyakan homestay within the budget yg I contacted, all booked much earlier! Ramai sungguh org suka pi Cameon Highland rupanya. Anyway, I managed jugak la booked 3-bedroom apartment yg agak murah ratenya compare dgn homestay lain. Lagipon kami cuma plan nak bermalam satu malam aje.

After all arrangement, nicely buat meal plans la, itinerary utk jln2 la (siap ngan tentative time and everything), kami pon bertolak pagi Ahad tu. Tapi nak gak jadi drama, baru je keluar dr bandar Tg Malim, kat stesen minyak, kereta abg ipar tetiba tak boleh start enginenya. Tapi mujur la lokasi kerosakan dekat ngan rumah kakak abg ipar, so dia pon pi la hantar kereta dia kat rumah kakak dia dan pinjam kereta kakak dia.

Kami   amik lalui Simpang Pulai utk naik ke Cameron sbb ramai yg takut pening & mabuk kalau amik laluan Cameron-Tapah. Simpang Pulai- Cameron jln ok lagi walaupun kenderaan agak byk tapi bermulanya masuk simpang Cameron- Kg. Raja, jln dah start jem. Kami ni kononnya destinasi pertama nak gi BOH plantation kat Sg. Palas. Udah la masing2 terlepas simpang Sg. Palas tu, nak buat U-turn punya la seksa sbb jln jem, campur ngan org suka2 je parking tepi jln yg mmg penuh ngan kedai2 jual bunga, sayur segala. Bila dah berjaya U-turn dan naik simpang Sg. Palas tu, pon jln jem sbb jln dia kecik aje. Kami baru je nak naik, kereta2 yg turun semua pakat bgtau x yah la naik sbb kat atas lagi teruk jem. Ada satu mamat ni kata 2 jam dia stuck half-way on the way up, dia pon decided utk patah balik. Kami pon bila dgr camtu, call semua our drivers and cancel kan trip ke sg. Palas but proceed aje ke Brinchang.

On the way to Brinchang, jem makin dashyat. Nak singgah Strawberry Farm ke, Cactus valley ke mmg mencabar. Org sgt ramai, parking pon takde. So as soon as kami nampak any kedai yg ada cukup parking utk kami 4 kereta, terus la stop. Apa tah nama kedai ni tapi boleh la utk buat toilet pit-stop and amik2 gambar sbb byk gak bunga2an, herbs dan sayur2an ditanam kat sini.

Kami semua tp x cukup korum

Atuk & cucu2
Me and my sisters and sorang sister-in-law

Me and mak. Sy yg dah kembang semangkuk @ 35 weeks

Tapi x lama la kat situ sbb masa tu dah tengahari dan masing2 dah lapar. Kat situ makanan takde dijual and besides kami ada tapau makanan dr rumah. So kakak sy kata better kita gi check-in dulu kat homestay and lepas mkn, solat, then keluar la balik.

But then, the road (both ways) were still in massive jam. Kedai yg kami stop tu, is not even kat Brinchang lagi. Nak sampai Brinchang pon jenuh. Then nak ke Tanah Rata lagi la parah. Jarak Brinchang-Tanah Rata cuma 5km aje but it took us 1 hour nak sampai ke Tanah Rata. Org homestay yg nak bg kunci tu pon berkali2 call tanya bila nak sampai.


Finally kami sampai kat homestay kat Carnation Park, Tanah Rata pukul 2ptg. Masing2 dah kelaparan, x sempat panaskan nasi & lauk2, terus makan. Lepas tu masing2 dah malas dah nak keluar, mengenangkan kesesakan yg sgt teruk. Cuma adik lelaki sy je yg sanggup keluar, bawa mak & abah keluar cari strawberry. Yg lain2 tido and layan tv! Petang sikit, sy n cik HB keluar jugak la bawa budak2 gi playground kat Tanah Rata yg dekat aje ngan homestay kami.

Budak2 ni dpt main playground dah happy dah!

Mlm, plan asal nak gi Pasar Malam Brinchang tp tgk traffic x jugak surut, maka kami hanya lepak2 and makan2 kat homestay aje la. Cameron waktu malam rupanya sejuk jugak la, ala2 autumn masa kat Jerman. Mmg kena pakai sweater and stokin and mandi pakai water heater. Dua adik sy yg mmg ada lelah, semput gak la malam tu walaupun dah pakai berlapis2. Sy yg mak buyung je rilek pakai t-shirt, maklum la pompuan pregnant kan sentiasa panas ^_^

Esok paginya, hasil dr siasatan abg ipar yg rajin meneroka area2 berdekatan homestay kami the day before, dia jumpa strawberry park yg tak berapa famous tapi boleh la kalau takat2 nak tgk strawberry farm, nak mkn aiskrim stoberi dan beli serba sikit cenderamata. So kami pon kesini la sbb´kalau nak pegi tempat2 yg famous, kebanyakannya kat area Brinchang tapi mahu menempuh jem, masing2 tak sanggup! Nak ke strawberry park kat Taman Sedia ni pon jenuh gak la sbb ada ramai gak org kesini tapi somehow kami dpt la jugak parked kereta dan lepak2 makan aiskrim´stroberi.


My bro & wife excited mkn aiskrim

cantik juga buah anggur yg ditanam kat sini

Nabihah & her cousin, Batrisyia

Lepas strawberry park Taman Sedia, abg ipar bawak pulak pegi another strawberry park yg agak terpencil tp x jauh dr situ. But another drama, actually hari tu jugak ramai antara kami yg kena cirit-birit. Culpritnya dipercayai rendang ayam yg kami mkn the day before. Bukan la nak salahkan kakak sulung yg dah susah payah masakkan rendang tu the day b4 kami travel ke Cameron but maybe rendang tak sesuai kot dibuat menu travel. Yg x kena, mak abah & abg ipar. Dan masa pegi 2nd strawberry park tu, sy ngan cik HB dtg lak urge nak membuang and kat situ lak toiletnya x berfungsi ke hapa tah. So kami pon excusekan diri nak pegi balik Tanah Rata dan cari toilet. Tp punya la nak seksa nak sampai Tanah Rata - again sbb jem! Tapi mujur la dpt guna toilet yg bersih kat masjid Tanah Rata.

Lepas tu kami semua terpisah2 sbb masing2 pon ada agenda sendiri. Ada yg nak shopping sayur la, ada yg mencari toilet cam kami la. So kami cuma update lokasi masing2 by phone. Awalnya kami nak balik ikut Simpang Pulai jugak tapi nengokkan jem yg sgt teruk menuju Brinchang, maka kami pasrah je la guna laluan Cameron- Tapah. Laluan Cameron- Tapah x la jem dan kami sempat singgah ladang Bharat Tea kat tepi jln bg mengubati kekecewaan x dpt gi ladang BOH kat sg. Palas.Walaupun org sgt ramai  dapat la jugak proper parking. Cuma nak mkn scones/strawberry cheesecake tu yg x dpt sbb queue nak membeli punya la panjang and seats kat cafe pon sgt penuh. Nasib baik mak buyung x ngidam sgt nak mkn scones ke cheesecake!
cik HB and anak2 sempat gak la bergambar kat sini

All in all, trip ke Cameron Highland kali ni x memuaskan hati sgt. Moral of the story, jgn la pegi tempat2 perlancongan camni ni dikala cuti umum, mmg sesak & padat. Nanti masa habis kat atas jalan aje. Insyaallah, lepas baby dah lahir nanti, kalau ada masa dan budget, rasa nak dtg lagi Cameron, nak lepak2 ngan aman damai sambil menikmati teh Cameron dan makan scones...hehehe

Thursday, February 9, 2012

Bila Waktu Telah Berakhir

Tuesday morning, I received a sad SMS, sent by my friend Zila.

Our ex-collegue from my previous company, Ida passed away, succumbed to cancer. She´s my age.

She was diagnosed with breast cancer in 2009, a few months after she went through a nasty divorce. From the time onward she went through several major operations, had chemo & radiotherapy treatments. But it´s takdir that she´s leaving this world at such young age, leaving behind a daughter, a beautiful girl now aged 6 years.

Al-fatihah to Allahyarhamah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

Saturday, January 28, 2012

Majlis Pertunangan Ana



Alhamdulilah, adik sy, Ana dah selamat bertunang ngan jejaka pilihannya 2 minggu lepas. Majlis buat ringkas aje tp cukup meriah la jugak kiranya. Insyaallah, majlis nikah & kenduri akan diadakan pd bulan Jun thn ni.


Hantaran dr pihak kami



Rombongan pihak lelaki

Ana & bakal mak mertua


Antara hantaran pihak lelaki that made me impressed! 
Rajinnya diorg susun puding ni!

Ni pon dr pihak lelaki. Ana kata bakal adik ipar dia yg buat. 
Simple tapi menarik! And sedap!!!

Ana & cik tunang dia...moga2 semuanya berjalan lancar hingga 
ke tarikh perkahwinan.

Saturday, January 21, 2012

Semoga Tabah!

I just logged in into FB and read my friend's status:

Terima kasih atas doa kwn2. Tp Allah lebih menyanyangi puteri sulongku, aisyah. Aku hanya sempat melihat puteriku beberapa saat shj. Dunia ini hanya pinjaman. Jenazah puteriku selamat disemadikan pg td. Pergilah puteriku, ibu redha. Al-fatihah.

I'm in tears now. Her statements sounds so melancholy. Though I knew about this news yesterday through her husband and felt sad, this status is much more saddening.

The day before yesterday, we visited her at the hospital. She was 5-months pregnant with her first child, after 4 years being married. She was admitted to the hospital because her amniotic fluid leaked and there was nothing the doctor can do except monitoring her condition. When we were there, she said she has already been induced for forced labour since the situation worsened. There was infection and she started bleeding since the day before.

I was told, later that night she went into labour and gave birth to a baby girl. But being so small and beyond anything capable to help her survive, she only lived for a few seconds. They named her Aisyah.

To Dylla and Mat Nur, sesungguhnya mmg ini satu dugaan yg amat berat utk ditanggung tapi Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk korang berdua. In my eyes, I see you both are strong dan tabah menghadapi dugaan ini. Insyallah, mudah2an akan ada rezeki lain yg menanti. Dan yang pastinya arwah Aisyah menanti kalian di syurga.

As for me, I can't help feeling sad. Being a mother and some more tgh sarat mengandung, dugaan kehilangan anak mmg tak dpt nak dibayangkan perasaannya. Dah la just few weeks ago, dpt berita yg lebih kurang sama, my senior lost her baby at 23 weeks of pregnancy - kes yg sama.

Semoga everything is well and safe for me and my baby.....

Wednesday, December 28, 2011

Family Vacation

Haih, lamanya x update blog, sampai rasa mcm dah bersawang dah blog ni. I miss blogging actually, sbb bila bosan2 baca balik entry lama2, rasa seronok. But in my condition now, again kemalasan adalah sbb utama nape tak update blog. Setgh org bila preggy lagi excited nak blogging sbb bila blogging it´s like writing the pregnancy journal. Entry ni dah quite sometime jugak drafted, event ni pon dah berkurun berlangsung, mokcik baru terhegeh2 nak masuk dlm blog.

Awal Disember aritu, family cik HB buat percutian keluarga buat julung2 kalinya. Selalunya keluarga besar cik HB berkumpul beramai2 kat rumah mertua kat KB bila time raya atau apa2 majlis keluarga. So atas usaha abg2 & kakak2 ipar/biras, saja la nak buat percutian keluarga. Venue asal di PD tapi atas sbb2 tertentu, akhirnya venue bertukar kat Spanish Villa Home Resort kat Senawang, Seremban. Alhamdulilah, mek-ayoh, semua 10 anak2 dan pasangan masing2 & anak2 dpt berkumpul kecuali family arwah Abg Mi yg x dpt nak join sbb ada hal and 2 org anak abg ipar sulung (sorang student kat Ireland, sorang lagi keje). All together, dekat2 50 org jugak la berkumpul! Ramai kan?

Cantik dan best juga resort Spanish Villa ni. Kami takde apa2 aktiviti sgt, cuma sembang2 dan layan anak2 mandi-manda kat swimming pool. But it was still fun sbb kami spent quality time with each other, makan berjemaah, solat berjemaah. Kebanyakan urusan percutian ni diuruskan oleh Abg Wa & Kak Na and they did excellent works. Nice accommodation, nice BBQ dinner, kami x buang masa dgn memasak sbb all foods utk percutian 3 hari 2 mlm tu, semua catered aje.

View yg sgt indah @ Spanish Villa

Swimming pool cantik and well maintained...and buka 24 jam.
Cuma takde life-saver guards so adults kena sentiasa jaga anak2 yg mandi-mandi

BBQ!
Buffet style dinner
Ada salad, buah2
Spot the huge prawn...sama besar dgn small ikan kembung!

Kembar & makcik2 kembar. Makcik2 kembar adalah kembar seiras.

Sempat buat majlis harijadi utk Abg Wa, Zulaikha dan
makcik2 kembar, Che Da & Che Ja
3rd day of swimming pool session!
Pagi yg sgt berangin dan sejuk tp anak2 tetap gigih berendam!

Meet the family of Haji Ibrahim!
Setelah beberapa kali attempts nak menyusun semua org
dan pastikan all kids sit still,
akhirnya gambar keluarga ni berjaya dirakam!

Since event ni dikira berjaya juga, kami bercadang nak buat family vacation ni as a yearly event utk merapatkan hubungan kekeluargaan. But next time, kerja2 pengurusan percutian ni perlu la di bahagi2 antara ahli2 keluarga so that takde la teruk sgt compare kalau cuma seorg dua yg uruskan.