Pages

Thursday, July 26, 2012

Breastfeeding while fasting...

Salam Ramadhan semua!

Alhamdulilah, it's the 6th day puasa, and as an exclusive-breastfeeding mother, I am still doing ok with breastfeeding while fasting.  Ada la sedikit pengurangan in pumping production. Selalu, non-fasting time I managed to get 5oz every pumping session. Tapi bila berpuasa, pumping in the morning ok, still dpt 5oz, cuma menjelang tengahari dan petang, boleh dpt lebih kurang 3oz. So far stok masih cukup and I am praying so hard semoga terus cukup tanpa perlu sy meninggalkan puasa.

A chinese lady engineer from contractor team was very concern about me fasting while breastfeeding. and she keeps asking 'ok or not?'. I told her, yes Islam allows a breastfeeding mother to skip fasting if she is worried that by fasting will do harm to her or her baby. But as for me at the moment, I feel ok, milk production is still doing well, so why would I skip fasting, right?

Actually, I try to follow useful tips for breastfeeding mothers who are fasting. The key point is, drink plain water (without ice) as much as possible during break fast and sahur and in between (kalau stay up la kan, tapi mak kul 8.30pm tu dah lalok/ngantuk sampai x leh nak buka mata. Dan juga makan kurma sebanyak mungkin. 

Sebelum ni ada amik VCO yg dikatakan supplement yg boleh menambahkan susu badan. Tapi dah abis sebotol. Nak beli lagi, supplier kata stok dah abis, kena tunggu dulu. VCO ni boost la sikit milk production tapi takde la byk sgt. Then ada terfikir nak amik Shaklee tapi since production xde la kritikal. Nanti dulu la. 

So menyusu dan berpuasa sebenarnya takde masalah kalau kita dah bersedia dr awal. As for me, selalu minta nasihat from my best friend, Linda yg dah dua kali berjaya exlusively breastfeeding anak2 dia sampai umur 6 bulan, then continue sampai umur 2 thn. Lagipon byk website penyusuan ibu yg membantu.

Insyallah boleh!


Monday, July 16, 2012

On Being Housewife

I'm on EL today. Nabilah bangun tido ngan muka kesian, kata rasa nak demam n muntah. Selalunya susah nak percaya because she always a drama queen but I checked her temperature and it was 38.5C. So ok la, x yah gi sekolah ari ni. Takut kang pengsan lak kat sekolah kan...So bg dia mkn ubat demam dan suruh tido balik.

Tapi sapa nak jaga dia kat rumah?

Nak anta kat daycare rasa mcm bersalah sbb anak sakit, xkan la nak letak kat org. Ubat mmg ada tapi x elok la kan. Sy mmg boleh aje cuti tapi dek kerana cuti yg ada ciput aje, nak save utk raya and so on, kalau boleh x mo la amik cuti. Cik HB cuti ada byk lagi tapi hari ni lak dia ada benda penting x leh skip. So i la terpaksa cuti kan...

After one hour Nabihah dah off to school, elok je si Nabilah terlompat2. Adehhh..geram tul ngan anak dara sorang ni, tadi kemain lagi aksi dia sakit, siap nak muntah2, berselimut bagai....alih2 siap main game, terpusing sana, terpusing sini!

But the good thing is, byk keje rumah boleh settle hari ni. Even weekend baru je berlalu, x siap sy nak siapkan semua keje2 rumah. Gi groceries shopping la, gi window shopping la, gi tgk sample house la...pendek kata susah nak lekat kat rumah (ok, cik HB ye yg suka ajak merayap ^_^)

But as per now, it's not even noon, sy dah siap masak bubur nasi (requested by budak yg kononnya demam), dah siap kemas bilik belakang @ store, dah gosok baju2 utk seminggu dan sempat lagi berblogging...hehehe. Thanks to Insyirah yg tido nyenyak since pagi. Insyirah pon sy x anta kat babysitter pagi ni sbb x sampai hati. Ye la, kita cuti dok rumah, xkan nak hantar kan....tapi Insyirah cerdik, x mo dia minum EBM yg sy reserved since Sabtu sbb Sabtu patut keje tp sy x gi, so ada satu botol EBM spare yg kalau x minum by today, kira expired dah. She rejected anyway walaupun dah dipanaskan seperti sepatutnya sbb dia tau yg fresh, direct from the breast is available! Nampak gayanya kena la jugak buang susu 5oz tu...huhuhu

Honestly, I love being housewife. Maybe it sounds boring to some people but as Ustaz Don Daniyal ckp : Pekerjaan terbaik utk seorang isteri ialah menjadi surirumah tangga sepenuh masa. 

I believe that walaupun sy seorg isteri yg bekerja. 

Teringat perbualan minggu lepas dgn seorg lady engineer, a chinese woman yg x paham kenapa sy sanggup berhenti bekerja keje 3 thn lalu n now just back to work on a contract basis. Sedangkan dia percaya, if I'm willing to move to KL, I would get an engineer position on permanent basis and good salary considering the experience I have.

The thing is, I'm not willing! Sy tak mahu jadikan seorg yg pentingkan kerjaya tapi takde masa utk anak2. Kalau boleh, sy tak mahu hidup berjauhan dr suami/anak2 disebabkan kerja. I know some people mmg terpaksa hidup begini, it's not a choice sometimes, it's more because of survival. Tapi alhamdulilah, kehidupan kami masih baik kalau cuma cik HB seorg shj yg bekerja. Cuma x boleh nak bermewah2 je la. Dan kerja yg sy ada ini mmg sgt convenient sbb tempat kerja yg dekat dgn rumah, waktu keje yg flexible, bos yg ok dan working environment yg menyelesakan. So ini lah sebab kenapa sy kembali bekerja.

To all housewives out there, be proud of what you are doing. No doubt, masyarakat kita in general suka pandang rendah pd wanita yg tak bekerja seperti yg penah sy alami. Tapi selagi kita lakukan yg terbaik utk keluarga kita dan dgn hati yg ikhlas, Insyaallah besar ganjarannya samada di dunia atau akhirat.

Wednesday, July 11, 2012

Bedroom Ideas

Maafkan sy sbb asik come out dgn entry featuring interior design. Can't help it! Byk sgt design cantik2 kat internet. Tak boleh stop tgk. So kita kumpulkan dulu mana berkenan. Cedok idea sana sikit, sini sikit. Kot2 ada budget boleh la apply kan?

Tak berapa berkenan dgn colour tapi sgt berkenan 
dgn plaster ceiling yg cover the top of curtain. 
Cantik je nampak langsir tu jatuh.

Colour scheme sama je ngan gambar atas but 
somehow this looks so cozy right? Katil cantik!

Haih...balik2 berkenan kaler coklat!

Berkenan jugak dgn katil kayu camni and 
yellow/orange colour paint

But the colour is too bright, no? 
mcm nanti rasa panas la pulak

Lawa jugak wall dgn kaler biru laut dak? 
But the bed of course too much for me. 
I like something simple aje

Love this too!!!

Aaaa....chanteknya!!!!

Ok, cukup la dulu. Nanti kita tgk lagi ye!

Monday, July 9, 2012

Living Room Ideas

Insyaallah, kunci rumah kami akan dpt Ogos ni. Tapi hapa pon kami x fikir lagi. Konsep hiasan ka, cat ka, renovation ka, semua x decide. Budget pon tadak...hikhikhik...

Anyway, meh berangan with all these ideas:

Warna oren2 pon lawa gak tapi sofa putih? Nehi!!!

Whoaaa...lovely green!

Warna mocha pon trend terbaru...cantik gak!

Cantik kan???

Pink!!! Tapi cik HB sure reject punya ah!



Tuesday, July 3, 2012

Trip to Penang

Awal bulan lepas, kami buat trip ke Penang. First, kami nak jumpa Mat, Liza & Liya yg pulang bercuti ke Malaysia sempena majlis perkahwinan adik lelaki Liza. Second, it was school holiday, so kira bawa anak2 memerangkap mak bapak pegi bercuti la. Sy dah lama x ke Penang. Last pergi was in the year 2000 kot masa ikut my parents yg buat jejak kasih dgn sedara mara Mak yg ada kat Penang. 
Kami start travel hari jumaat petang tapi bermlm kat KL sbb masa tu parents mertua ada kat rumah adik ipar, so kami singgah nak jumpa diorg. Pukul 5 pagi the next morning kami dah gerak bersama2 ngan parents mertua & adik ipar yg nak balik ke KB pagi tu. Pit stops mmg byk: singgah R&R Rawang for Subuh and cik HB took a nap sbb ngantuk sgt. Then R&R Tapah - budak2 mandi-manda & breakfast. Then singgah Chemor: melawat adik ipar sy yg baru bersalin & lunch. 
Dari Chemor, kami travel ikut jln biasa sbb b4 en route to Chemor, PLUS hi-way mcm sesak and kami pon saja nak rasa ikut jln biasa melalui Kuala Kangsar, Taiping sbb x penah lalu ikut situ. And kami nak singgah nak makan mee udang Kuala Sepetang yg famous itu. Oh, mee udang Kuala Sepetang Mak Teh mmg mantops!!! Harga considerably murah dgn saiz udang yg besar & byk.

Nasi goreng udang @ RM6
Mee udang saiz M @ RM10

Lepas mee udang, kami sambung travel ke Penang ikut PLUS balik. Mak aii, kereta still byk and start je border Penang @ Nibong Tebal, hi-way dah start jem. Since exit Bukit Mertajam jauh lagi, kami decide keluar hi-way dan ikut jln biasa. Pun sama gak, Penang mmg jem ah dimana2. Kami plan nak bermlm kat rumah kwn kami masa kat Jerman dulu - Zul Konti and rumah dia pon kat Bukit Mertajam. By the time sampai rumah Zul, dah kul 8.30 pm. Penat!
Tapi sbb nak merasa char kuey tiaw yg Zul kata sgt sedap di Penang, kami pon keluar for dinner. Kedai mkn ni cuma jual char kuey tiaw saja tapi besar & penuh! Kena tunggu nak dpt meja kosong. Tunggu makanan nak sampai pon agak lama but worth waiting sbb char kuey tiaw nya mmg sedap! Just lupa nak snap gambar char kuey tiaw yg marvellous itu.
Next day, kami gerak sama2 ngan Zul gi kenduri kahwin adik Liza kat Mengkuang, Bukit Mertajam. Dah setahun x jumpa Liya, she has grown up so fast, dgn ckp yg sgt keletah :).

Kembar & Liya
Another pose!
Sorry mama & papa Liya sbb x bergambar pon ngan uols!

Lepas kenduri, kami gerak menuju Butterworth nak naik feri ke Pulau. Queue nak naik feri agak lama tp xpe la sbb nak bg sikembar merasa dan kami pon dah lama x naik feri Pulau Pinang. Kembar sgt excited ok!!! Then sampai Georgetown, kami terus cari Hotel Sentral Georgetown yg dah booked siap2. Lega tengok hotel yg quite cantik & bersih though masa booking online is categorized as budget hotel. Hajat dihati mula2 nak stay kat Hard Rock Cafe Feringghi tapi tgk rate dia..mak aii...x mampu la...dah tu min. stay 2 malam pulak. Hmmm..xpe la, lenkali la ye kot ada rezeki lebih.

Family room yg sgt comfy & cantik

Berangan nak buat design camni kat umah sendiri...huhuhu

Lepas mandi-manda, solat kami keluar ke Padang Kota Lama nak cari mkn. Penang seperti yg dimaklumkan, mmg asik jem dan susah nak cari parking. Anyway, kami bernasib baik dpt jugak parked kereta kat Padang Kota tu walaupun kena menapak jauh sikit. Padang Kota mmg sgt lain skrg compare 12 thn lepas. Kami mkn kat medan selera kat situ: makanan sedap2 tapi agak kotor ye! Sedih la with this kind of attitude....

Lepas mkn, kami plan nak tgk Batu Feringghi at night. As usual, jln nak kesana agak jem tp dek kerana nak tgk sgt Batu Feringghi kami tempuh gak jem itu. The opposite way (patah balik ke Georgetown) lagi dasat, mcm x gerak je kereta. Penang mmg happening la, very much different from the last time I was here. High-rise buildings sana sini with 5-star condos. Patut la kata the locals can't afford to buy properties here.

Batu Feringghi pon sgt lain. Sgt penuh dgn tourists, ala2 Miama kot ye? I don't know, x penah sampai Miami. Tapi i can see a lot of expensive restaurants, bistro, 5-star hotels. Kitorg x turun pon, just sight-seeing dr dlm kereta. Then nak balik Georgetown, cik HB x sanggup nak go thru the jam, so dia kata "why dont kita try lalu ikut Balik Pulau since kita ada GPS".

So kita pon ikut la....

Aaaa...jln Teluk Bahang-Balik Pulau sungguh thrill and seram youuuu!!! Dah la sgt gelap, jln sgt narrow and windings gitu and sgt susah nak nampak kenderaan. Nabilah dah start takut. Nabihah after a while rasa nak muntah. Mujur Insyirah tido. Nak sampai Georgetown amik masa 2 jam kot, siap ada perarakan apa tah malam tu by the Indians. Sampai hotel, rasa lega sgt tp penat weh!! Nasib baik la x jadi apa2.

So cik HB, no more road venture at night ye!


Next morning, lepas breakfast and check-out, kami pi Bukit Bendera. Dah awal dah tu, kul 9.30am tapi org dah start ramai. Seronok gak naik Bukit Bendera. View Penang sgt cantik diatas sana. Teringat trip kami pi Swiss dulu. Bukit Bendera x kalah la kalau compare ngan view kat Interlaken ^_^.

Insyirah & Abah
Twins in furnicular
Atas Bukit Bendera
View Penang dr Bukit Bendera - cantik!!!
Another view

Turun je dr Bukit Bendera, org lagi ramai mcm pesta keramaian gitu. Nasib baik ikut nasihat Zul pi Bukit Bendera awal2. Ikutkan byk lagi tempat boleh pegi tp kami mengejar masa sbb nak singgah Bukit Mertajam nak jumpa Mat & Liza again sbb nak collect something. Furthermore nak travel balik lagi. 

Penang mmg best! Rasa x puas je trip ke Penang tu. Kena buat another trip kot, solely berjln2 area Pulau aje. Till next time la ye...

Wednesday, June 27, 2012

Kenduri Kahwin Ana

Alhamdulilah, adik tersayang sudah selamat dinikahkan dgn jejaka pilihan hatinya. Majlis perkahwinan pon berlangsung dgn lancar dan meriah. Sedar x sedar, dr 9 org anak, mak ayah sy dah ada 7 menantu skrg.  Menantu baru ni pon dipanggil Zul, sama cam cik HB. Nanti panggil Zul, dua2 menyahut...haru! Mungkin kena label kan Zul Lama & Zul Baru...hehehe. Tunggu yg lagi 2 org pulak, yg x tau ntah bila.


Waktu majlis nikah

Majlis resepsi @ FRIM Kepong

3 flower girls, Nabihah, Batrisyia & Nabilah
Keluarga besar kami. Dek kerana pengantin nak kan tema 
maka yg lelaki cam pekerja mydin,
yg pompuan Puteri Umno...hihihi

Tak ku perasan bhw nya sy la yg paling pendek 
dibandingkan dgn adik2ku walaupun org kata sy ni tinggi...
adakah disebabkan kegemukan?  huhuhu

Monday, June 25, 2012

Alahai homestay....

Weekend baru ni, kenduri kahwin adik sy dibuat kat FRIM, Kepong. Nak memudahkan urusan kami sekeluarga, adik sy pon sewa 2 unit homestay kat satu pangsapuri ni kat area Sungai Tua, Batu Caves. 

Tapi keadaan homestay tu amat la menyedihkan. Nak kata sewanya murah, xde la murah mana pon, standard aje. Kalau takat perabot x canggih xpe, tp bab kebersihan dan functionality rumah tu sgt la mengecewakan. Toilet satu rumah ni tersumbat, penuh ngan najis pulak tu. Nak masuk toilet tu pon x lalu.  Toilet dlm master bedroom pulak penuh ngan sampah. Berus gigi/ pencukur tah sapa2 tah dok ada lagi dlm sinki bilik air. Yg rumah lagi satu, toilet ok tapi kotor mcm x penah dicuci. Sinki dapur pon tersumbat. Tempat pengering pinggan pon berkulat bagai.

Adoiii...tolong la ye pengusaha homestay diluar sana, tolong la bila anda buat bisnes homestay, pastikan la tahap kebersihan dan keperluan asas tu menepati tahap yg sepatutnya. Tak payah la nak provide perabot/langsir hebat2 kalau bab kebersihan tak dijaga. Kalau x sempat buat sendiri, upah la cleaner. Cuba la check dulu keadaan rumah tu sebelum penyewa nak masuk. Kalau terus-menerus amalkan sikap ni, hanya nak untung aje, alamat x lama la bisnes homestay anda.