Pages

Thursday, October 11, 2012

A Pleasant Surprise

Mcm yg sy cerita dlm entry Rumah Sewaku, hari Selasa sy pulang ke rumah dlm keadaan dapur berlopak2 ngan air sbb hujan turun dgn lebatnya ptg tu. Dah la kain lapik kain turun warna sbb terendam dlm air so mmg dapur nampak sgt teruk. I was really depressed....takde hati langsung nak uruskan semua tu sbb I was really tired. Hari tu plak cik HB balik lambat sbb dia ada kelas, so I kena jemput semua anak2 (selalunya kembar cik HB yg amik). Nak masak lagi, nak hantar kembar gi ngaji lagi....

Jadinya sy jadikan dapur restricted area, sikembar x dibenarkan langsung masuk dapur, nak apa2 ckp kat ummi, ummi amikkan. Dinner pon sy buat nasi goreng sempoi. Malam tu pulak ada kawan kami dtg berkunjung, lagi la sy malas nak layan kes dapur berlecak tu.

Then, next day cik HB amik cuti rupanya sbb nak kemas/cuci rumah baru. Kerja2 renovation x siap lagi sebenarnya tapi kalau nak tunggu mmg payah la. So dia kata dia nak cuci bahagian atas dulu yg xde keje2 renovation so that kami dah boleh pindahkan barang sikit2.

Balik keje petang, I came home and tgk dapur bersih siap dimop!!!!

Sukaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

To some people, maybe this is nothing but to me this is a pleasant surprise, considering cik HB selalunya kena minta tolong baru buat, atau minta tolong berkali2 pon belum tentu buat, kadang2 boleh meletus perang dingin dibuatnya. 

Dear, u know u really made my day...happy nya rasa masuk dapur, lantai kering bersih. 

Moga2 selalu la ada pleasant surprise camni...  You see, you don't have to buy me a bouquet of roses nor  expensive gift. A small gesture camni pon dah buat I am happy enough.

Thank youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, October 10, 2012

Insyirah Solehah @ 7 months

Hari ni sikecik dah 7 bulan! Hari ni jugak ada check-up dan kena injection. Tapi berat dia x progress byk, naik 300g aje. Yg kelakar, tinggi 71.5cm, sedangkan bulan lepas baru baru 65.5cm. 

Takkan boleh naik sampai 6cm???????

Kisahnya kat klinik kesihatan hari ni, yg amik data berat dan tinggi adalah jururawat2 pelatih. Masa timbang i notice la, tapi masa ukur ketinggian tu I x tgk sbb nak pujuk insyirah baring diam2.

Bila dah masuk bilik check-up, nurse tu la yg highlight - apsal ketinggian boleh tambah byk sgt dlm masa 1 bulan???

Mmg x logik...hahahaha.

So kita tunggu la bulan depan, tgk bape tinggi dia. Sy malas nak ukur sendiri............

Kena injected jugak hari ini sbb bulan lepas dia demam, so x leh cucuk. But she has been very good, nangis sikit je masa kena cucuk tu. First time jugak sy jumpa jururawat pelatih budak lelaki. Tabahnya dia keje dlm environment yg penuh ngan pompuan! Anyway, somehow dunia mmg perlukan jugak jururawat lelaki kan?

On the milestone, Insyirah sudah pandai buat posisi merangkak tapi masalahnya x gerak2 kedepan. Asik tonggeng punggung depan-belakang. Sgt comel ok bila dia buat camtu....hihihi

Dan dia sudah mkn solid yg pelbagai skrg. Sy buat potato puree, ada yg campur ngan cauliflowers, then pumpkin puree dan juga pear + kiwi +dates puree. She eats a lot tapi akibatnya dia x menyusu byk during daytime. Skrg paling kuat pon dia menyusu 3 botol of 5oz.

Anyway, as long as she is healthy, I am grateful enough :)

May you always as cheerful as you are now my sweetheart :)



Tuesday, October 9, 2012

Rumah Sewaku....

Rumah sewa ni kan, cam tau2 aje kitorg nak pindah, jadik mcm2 benda pon nak rosak. 

Sebenarnya dr last year rumah ni bermasalah dgn atap bocor and tangki rosak. Atap bocor one round pakcik tuan rumah dah penah dtg repair tapi kemudian  bocor lagi malah lagi teruk sampai dah berapa spots dah. Dah call pakcik tuan rumah tapi dia x dtg2.....

Tangki tu disebabkan bocor teruk sgt sampai bil air kami naik dekat RM60 sebulan, pastu lantai dapur asik banjir dgn dinding semua naik kulat, cik HB pon usahakan la buat keje McGyver sendiri. Solve sekejap tapi skrg cam ala2 bocor balik but with slow rate la sbb x byk air menitis dr tangki tu. Yg boleh menitis sampai ke dapur kami sbb I guess rumah tu dah salah design la. Rumah ni before kami masuk, tuan rumah renovate bahagian dapur then dia buat cam open space antara dinding dapur bahagian atas dgn roof top yg ada tangki air. So bila tangki bocor, air pon masuk la ke bahagian dapur.

Yg atap bocor, kalau hujan lebat pon mmg banjir la dapur kami sampai x larat dah nak tadah ngan besen. Baru2 ni, maybe sbb hujan lebat sgt, satu spot yg bocor ni telah dripping along the ceiling dan menitik kat bahagian kitchen cabinet yg ada electrical apparatus. So rice cooker sudah tamat riwayatnya selepas kejadian itu. Mujur blender (yg usianya sama cam umur perkahwinan kami) masih bertahan. Agaknya sbb blender cam Philips, rice cooker cap ayam, jadik blender masih panjang umur. 

Terbaru, paip dlm dinding pulak disyaki pecah!

Sy dok notice nape la lantai berair walaupun x hujan dan situ bukan kawasan air tangki menitik. Makin lama makin teruk sampai skrg ni kami tutup valve kat luar bila malam nak tido and the next morning buka kejap, then tutup balik bila pegi keje. Sebab kalau biar agaknya jadi kolam la kot dapur kami...huhuhu

Tak larat la ngadap rumah camni...dah la masa x berapa nak ada pastu asik kan nak kena mop lantai dapur. Pulak tu bila nak pi basuh pinggan tengah malam ke pagi buta, sekali baru teringat air dah tutup. Malas tul nak keluar pi buka valve, sbb x berpakaian yg sesuai nak keluar rumah, hatta depan pintu gate sekali pon. Ada sekali tu lagi la frustrated sbb ON mesin basuh kain, before gi keje, terlupa yg cik HB akan tutup valve before dia gi keje. So balik lunch time konon nak sidai, sekali tgk baju x siap basuh lagi....huwaaaaaaaaaaaa.


Cik HB kata cam nampak gaya kami x berjaya nak pindah rumah baru hujung bulan ni sbb byk keje2 nak masuk rumah belum settle dan dia mungkin nak mintak tuan rumah extend sewa kami for another month. 

And I say "TAK MAU!!!!!!!!!!"

Makanya, kena la usahakan sampai boleh pindah hujung bulan ni ye!

Monday, October 8, 2012

Naik Mahkamah

Lanjutan dr kes Surat Chenta, maka hari ni sy pon berangkat la ke mahkamah.

Mulanya aritu nak pi bayar kat cawangan trafik aje tapi dgr kata kena bayar full amount....RM300, tu so cik HB kata tunggu naik court la, boleh buat rayuan mintak kurangkan saman.

So pagi tadi pegi la Mahkamah Majistrate Alor Gajah dgn skrip yg dah disediakan oleh cik HB (sbb cik HB dah penah naik court awal thn ni, pon sbb kesalahan x pakai tali pinggang keselamatan, so dia share la pengalaman dia).

Mula tu gi Bandar Alor Gajah sbb cik HB kata mahkamah kat situ. So kul 7.30 am dah gerak  pi sana sbb kata kalau sampai cepat kul 8 am, cepat register so cepat la kes kita naik. So pukul 7.55 am dah sampai. Parking agak jauh la jugak sbb kata mahkamah tu xde tempat parking. 

Sampai depan mahkamah, tgk ada notis perpindahan mahkamah ke Lesung Batu, Alor Gajah bermula Julai.

Lesung Batu? aikk? Mana itu tempat? 

Nasib la kebetulan masa tu ada group pekerja majlis daerah tgh sembang2 kat area tu. So diorg citer la cemana nak sampai situ n siap offer nak tolong hantar sbb diorg ingat I dtg naik bas. Sy ckp xpe, sy drive cuma sy x tau tempat tu kat mana. Bila dh diorg describe gitu-gini, so cam agak2 tau, gi la mencari tempat tu.   Mujur la berjaya sampai at 8.10 am.

Tapi kaunter pendaftaran kata kul 9 am baru mahkamah bersidang. Org tu kata "gi minum dulu dik"

Orait!

Sy pon drive keluar cari kedai jual surat khabar n sarapan. Gi satu kedai makan ni, amik nasi goreng n order nescafe. Yg x bestnya, org dok pandang2...aiseyy, pelik ke tgk pompuan makan sorang2? Tau la jarang pompuan lepak sorang2 makan....tp x yah la dok tgk berkali2 cam la sy tak pakai baju...huhuhu.

Tapi mokcik mmg muka selamba, layan je nasi goreng n nescafe.

Kul 8.45 am gi balik mahkamah, tgk org dah ramai menunggu kat depan bilik mahkamah. Kul 9.10 am, semua dipanggil masuk. Ni la first time masuk bilik mahkamah...cam jakun sikit ye...hehehe. Pakcik polis siap bg briefing DO's n DONT's. Siap bg contoh skrip rayuan yg boleh dibuat...hahaha. Paling penting pakcik polis kata, off kan hp sbb kang kalau tepon berbunyi, tepon boleh dirampas dan tunggu la sampai kul 5 ptg baru boleh claim balik tepon. 

Tak lama pastu hakim pon masuk...ok, majistrate cam sgt muda n handsome. Tapi xde la pakai jubah and wig putih tu. Pakai blazer shj.

Ingatkan bila dah register awal, dpt la kes kita awal. Rupanya tak, diorg habiskan kes2 bawah JPJ dulu. Mcm2 kesalahan ada - xde lesen, road  tax mati, memandu bawah umur, ada tu kesalahan dia sampai 5-6 kes la! Kebanyakannya mmg dapat pengurangan la, janji mengaku bersalah, sbb kenapa buat kesalahan tu buat rayuan. Pastu hakim akan jatuhkan hukuman. Then pegi la bayar saman kat kaunter pendaftaran.

Sy punya turn dah kul 10 lebih, dah tak terkira selepas beberapa org. Sib la hakim hensem so takpe la....hihihi. Ended up saman sy perlu dibayar sebanyak RM80 shj.

Tapi proses nak bayar pon lama gak. Makanya overall masa sy utk tujuan masuk court 3 jam ye! Nasib la working hours flexible and keje tgh x banyak.

Kalau x, stress!!!

Tuesday, October 2, 2012

Rezeki

Someone close, called few days ago, ngadu yg dia pregnant walaupun udah amik pil perancang. So agak terkejut sbb sangkanya bila dah amik protection, manakan mungkin mengandung. Lagi pulak dia belum bersedia utk menambah lagi sbb anak baru umur 8 bulan dan yg sulung tu pon baru nak masuk 2 thn. So kehidupan agak hectic gitu.

Well, nak kata apa...pil perancang cuma memberikan paling tinggi 98% perlindungan, ada jenis cuma 94%, so chances to be pregnant masih ada. 

I know it's hard for her because even now anak2 pon dijaga atuk dan nenek di kampung sbb mak ayah bekerja with odd-hours jobs. Sometimes x dpt jumpa anak2 for weeks disebabkan kesibukan bekerja. I can understand how she feels sbb sure rasa bersalah dgn anak2.

Masa kembar umur 8 bulan dulu pon sy pernah 'terlewat'. Masa tu risau gak la sbb rasa jaga sikembar pon dah cukup hectic utk kami suami-isteri coz kami takde pembantu rumah. Tapi lepas check dgn doktor, kelewatan tu bukan bermakna 'lekat', so lega la juga rasanya. Itu zaman masa pemikiran nak fikir senang aje la, bukan zaman mencari redha Allah....huhuhu. Tapi katakan la mmg dah ada, go through jugak la susah senang. Takkan nak bunag kan? Dosa besar tu!

Macamana pon anak ni rezeki yg Allah dah tetapkan. Bila Dia nak bagi, pakai apa pon akan dapat jugak. So kena la menerima dgn hati yg terbuka. Kalau rasa susah nak jaga, rasa pendapatan mungkin x cukup, doa la banyak2 supaya Allah mudahkan segala urusan kita. Kata org, setiap anak tu ada rezekinya.

Dan fikirkan jugak mereka2 yg bertahun2 berusaha nak dapatkan anak tapi tak jugak dapat.....

Oat 3

Nope, I haven't started my morning with oat...yet!

This morning, I accompanied cik HB for breakfast at our favourite warung atas bukit. But for 2 days in a row I managed to put a constraint to myself - I only ordered Nescafe tarik! 

Makcik warung agak pelik anyway...hehehe. Because the typical me will eat mee goreng + telur mata or roti sardin.

It's hard especially seeing cik HB sipping his soto soup. 

But I don't want to break our breakfast date. It's the only time we can chat in peace without interruption from kids.

I'll do some oat later.....

Monday, October 1, 2012

Our Masterchef ^_^


Sabtu, kami pegi groceries shopping at TESCO then ternampak organic lamb burger patties. Kami jarang sgt menyimpan frozen process food mcm burger patties, sausages, nuggets, etc. Saja tak nak jadi kebiasaan makan process food. Sesekali terjumpa yg jarang ada cam lamb burger patties, kami pon nak try la. A bit pricey tapi lagi murah la kalau compare burger McD. So why not sekali-sekala kan...

And tetiba cik HB offer nak masakkan burger for dinner utk mlm tu, tapi dek kerana kami keluar pon dah lewat ptg dan kelaparan maka kami cuma dinner kat luar. And lamb burger will be dinner on the following night.

So last night, our new chef pon bertungkus-lumus prepared dinner dibantu dua anak dara dek kerana excited ngan lamb burger. Sy tinjau2 gitu je dgn harapan jgn la sepah sgt dapurku...hehehe.

Bukan senang nak tgk chef ni mencemar duli ke dapur. 
Mmg harus masuk blog! hehehe

Siap pakai apron tu...hahaha

Kakak sebenarnya x makan daging tapi 
buat tanda good sbb nak support usaha Abah :)

Yg sorang ni mmg suka makan kambing, so sebiji burger besar 
dia dpt abiskan dlm masa yg sekejap!

Pasni kalau nak mengharapkan chef masak lagi, kena la rajin tinjau benda2 baru. Kot nanti jumpa burger ostrich ke burger rusa ke, ada la harapan merasa air tangan chef sorang ni ^_^.