Pages

Friday, October 19, 2012

Heaviness in My Heart

Pagi Jumaat penuh barokah ni, mokcik lak yg rasa nak meroyan...huhuhu

Tak tau la, rasa nak marah..tapi tak tau nak marah sapa. I think it's the stress - stress keje, stress keadaan rumah yg serupa tongkang pecah itu.

Prof. Dr. Muhaya kata stress tu wujud bila kita fikirkan ianya stress. Kalau kita tenang, apa pon situasi xkan stress...

Kalau la semudah yg dikata itu.....

I guess sbb dah lama sy x baca Quran then dah lama x buka Galeri Ikim dengar ceramah2 agama, that is why I am so miserable ni.....

Tarik nafas dalam2, istigfar dan jom masuk meeting!

Thursday, October 18, 2012

Childcare Crisis

Nabilah kena chicken pox....

Start pagi semalam, dia demam. Tapi sbb skrg minggu exam, sy bagi dia makan ubat dan suruh jugak dia pegi sekolah dgn harapan ianya demam yg sekejap2.

Semalam, balik keje, we noticed badan dia dah naik cacar dan dia still demam. So pagi ni x boleh la dia ke sekolah, walaupun hari ni last day of exam. Nak buat cemana, dah sakit. Kalau gi sekolah pon, confirm cikgu suruh balik. 

Sbb nak kejar masa since sy n cik HB in our busy working week, and none of us can afford to take leave, cik HB bawak dia gi klinik kesihatan Durian Tunggal sbb kalau nak tunggu klinik swasta, hanya mula dibuka kul 9 am. So kekdahnya, walaupun foresee gi klinik kerajaaan akan amik masa lagi lama tapi since klinik ni dekat ngan opis sy, kami boleh take turn. Cik HB akan gi register dulu b4 kul 8am and tunggu sampai no. dipanggil and by 9am kalau x dpt jumpa doktor dlm tempoh tu, sy lak akan pegi ganti cik HB tunggu kat klinik.

Tapi by 9am, sy gi klinik semua sudah settle. And confirm Nabilah kena chicken pox.

Masalahnya, bila dah kena chicken pox of course la x boleh hantar Nabilah ke daycare. Nanti kang berjangkit lak kat budak2 lain.

Jadi utk pagi ni sy kena la angkut anak dara ni dtg opis. Mujur la opis ni xde org sgt except my clerk yg full time kat sini and mujur jugak la sy bukan satu opis ngan bos. But knowing my boss, he wouldn't mind benda2 camni. Dah emergency, nak buat cemana. Kul 2ptg kang je la, I have to attend a discussion with client tapi kat client office. Tapi client office tu pon dekat aje and rasanya kejap aje. Cuma harap2 takde kerenah biroksi je la. Selalu je I kena tunggu client sampai 1 jam...huhuhu. So minta tolong clerk tgk2kan budak sorang ni. 

Nabilah ni nama je demam tapi dia nampak ok and dia pulak bukan jenis nak tido-baring. Ada je benda dia nak buat. Ni sy bg je la kertas, gunting and suka hati la dia nak buat artwork cemana pon. So xde la terganggu sgt ummi nak buat keje.

Besok pulak, pagi sy ada big meeting, cik HB yg akan take over jaga. Sebelah ptg cik HB lak occupied, so Nabilah akan melepak balik kat opis ummi nampak gayanya. 

Tapi chicken pox kan amik masa lama nak baik. Somehow minggu depan pon belum tentu dia boleh pegi sekolah lagi. Minggu depan la problemnya cause I'm having meetings most of the days next week. Cik HB pon kata dia sibuk jugak.

I was thinking nak hantar balik kampung but then teringat mak sy pon akan ke Shah Alam weekend ni sbb nak jaga adik sy yg dah sarat mengandung, tunggu masa je nak bersalin. Adik bongsu lak mula2 dgr kata akan start cuti semester weekend ni tapi rupanya x benar. She's having exam next week pastu baru cuti seminggu.

Huwaaaaaaaa....sapa la nak jaga Nabilah next week ni????

Dah la tadi mak pesan, budak kena chicken pox kena jaga makanan dia. Tak leh makan berminyak, ayam daging telur semua x boleh. Nak kena rebus belaka. Time ni mmg terasa nak ada maid sesangat!!!

Adehhh...sabar, sabar...dugaan kecik je ni. 

Wednesday, October 17, 2012

Luahan Hati Utk si Labu

Labu,

Bila dah pegang jawatan tu, commit la ngan tanggungjawab tu....

Jangan la tolak keje yg patutnya keje ko, ko harap org lain yg uruskan. Kalau yg uruskan tu boleh buat keputusan, xpe, tak susahkan keje org lain. Tapi balik2 kang kena tunggu jawapan ko jugak.

Pastu bila kitaorg  kena jwb  ngan org atasan ko sbb x leh nak proceed ngan keje kitorg , ko boleh plak nak merajuk2 ye....shoot e-mail ala2 kitorg ni anggap ko x berkepentingan?

Siap bos aku nak jumpa ko ajak minum2, ko x nak layan? Eleh....

Jadinya kitorg ni kena je la layan kerenah biroksi ko ni? Bape kali daaa kitorg nak dok arrange discussion, tapi tetap matlamat keje x tercapai2?

Bila projek ni lambat siap boleh ke kitorg ckp ko punya hal?

Tolong la labu ye....kurangkan la kerenah biroksi mu itu!

Monday, October 15, 2012

It's Monday peeps!

Hokeh!

Selalu org kata when it's Monday, it will be Monday blues....

Oh, not for me today...Monday today is a productive Monday. Dr pagi duduk dgn tekun siapkan minit meeting, yg meetingnya ari Jumaat, by tengahari sudah siap draft, hantar kat boss. Berhenti lunch break pastu  gi BOMBA collect drawings, then gi Majlis hantar surat then kembali ke opis.

Tengok boss sudah review minit with msg - get the minute signed then scan and email to him - CHECKED!

Sudah review drawings dari BOMBA, scan apa2 yg patut dan email pada HQ.

So now sudah free...hihihi. 

Skrg dah boleh fikir apa mau masak utk dinner :)

Thursday, October 11, 2012

A Pleasant Surprise

Mcm yg sy cerita dlm entry Rumah Sewaku, hari Selasa sy pulang ke rumah dlm keadaan dapur berlopak2 ngan air sbb hujan turun dgn lebatnya ptg tu. Dah la kain lapik kain turun warna sbb terendam dlm air so mmg dapur nampak sgt teruk. I was really depressed....takde hati langsung nak uruskan semua tu sbb I was really tired. Hari tu plak cik HB balik lambat sbb dia ada kelas, so I kena jemput semua anak2 (selalunya kembar cik HB yg amik). Nak masak lagi, nak hantar kembar gi ngaji lagi....

Jadinya sy jadikan dapur restricted area, sikembar x dibenarkan langsung masuk dapur, nak apa2 ckp kat ummi, ummi amikkan. Dinner pon sy buat nasi goreng sempoi. Malam tu pulak ada kawan kami dtg berkunjung, lagi la sy malas nak layan kes dapur berlecak tu.

Then, next day cik HB amik cuti rupanya sbb nak kemas/cuci rumah baru. Kerja2 renovation x siap lagi sebenarnya tapi kalau nak tunggu mmg payah la. So dia kata dia nak cuci bahagian atas dulu yg xde keje2 renovation so that kami dah boleh pindahkan barang sikit2.

Balik keje petang, I came home and tgk dapur bersih siap dimop!!!!

Sukaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

To some people, maybe this is nothing but to me this is a pleasant surprise, considering cik HB selalunya kena minta tolong baru buat, atau minta tolong berkali2 pon belum tentu buat, kadang2 boleh meletus perang dingin dibuatnya. 

Dear, u know u really made my day...happy nya rasa masuk dapur, lantai kering bersih. 

Moga2 selalu la ada pleasant surprise camni...  You see, you don't have to buy me a bouquet of roses nor  expensive gift. A small gesture camni pon dah buat I am happy enough.

Thank youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, October 10, 2012

Insyirah Solehah @ 7 months

Hari ni sikecik dah 7 bulan! Hari ni jugak ada check-up dan kena injection. Tapi berat dia x progress byk, naik 300g aje. Yg kelakar, tinggi 71.5cm, sedangkan bulan lepas baru baru 65.5cm. 

Takkan boleh naik sampai 6cm???????

Kisahnya kat klinik kesihatan hari ni, yg amik data berat dan tinggi adalah jururawat2 pelatih. Masa timbang i notice la, tapi masa ukur ketinggian tu I x tgk sbb nak pujuk insyirah baring diam2.

Bila dah masuk bilik check-up, nurse tu la yg highlight - apsal ketinggian boleh tambah byk sgt dlm masa 1 bulan???

Mmg x logik...hahahaha.

So kita tunggu la bulan depan, tgk bape tinggi dia. Sy malas nak ukur sendiri............

Kena injected jugak hari ini sbb bulan lepas dia demam, so x leh cucuk. But she has been very good, nangis sikit je masa kena cucuk tu. First time jugak sy jumpa jururawat pelatih budak lelaki. Tabahnya dia keje dlm environment yg penuh ngan pompuan! Anyway, somehow dunia mmg perlukan jugak jururawat lelaki kan?

On the milestone, Insyirah sudah pandai buat posisi merangkak tapi masalahnya x gerak2 kedepan. Asik tonggeng punggung depan-belakang. Sgt comel ok bila dia buat camtu....hihihi

Dan dia sudah mkn solid yg pelbagai skrg. Sy buat potato puree, ada yg campur ngan cauliflowers, then pumpkin puree dan juga pear + kiwi +dates puree. She eats a lot tapi akibatnya dia x menyusu byk during daytime. Skrg paling kuat pon dia menyusu 3 botol of 5oz.

Anyway, as long as she is healthy, I am grateful enough :)

May you always as cheerful as you are now my sweetheart :)



Tuesday, October 9, 2012

Rumah Sewaku....

Rumah sewa ni kan, cam tau2 aje kitorg nak pindah, jadik mcm2 benda pon nak rosak. 

Sebenarnya dr last year rumah ni bermasalah dgn atap bocor and tangki rosak. Atap bocor one round pakcik tuan rumah dah penah dtg repair tapi kemudian  bocor lagi malah lagi teruk sampai dah berapa spots dah. Dah call pakcik tuan rumah tapi dia x dtg2.....

Tangki tu disebabkan bocor teruk sgt sampai bil air kami naik dekat RM60 sebulan, pastu lantai dapur asik banjir dgn dinding semua naik kulat, cik HB pon usahakan la buat keje McGyver sendiri. Solve sekejap tapi skrg cam ala2 bocor balik but with slow rate la sbb x byk air menitis dr tangki tu. Yg boleh menitis sampai ke dapur kami sbb I guess rumah tu dah salah design la. Rumah ni before kami masuk, tuan rumah renovate bahagian dapur then dia buat cam open space antara dinding dapur bahagian atas dgn roof top yg ada tangki air. So bila tangki bocor, air pon masuk la ke bahagian dapur.

Yg atap bocor, kalau hujan lebat pon mmg banjir la dapur kami sampai x larat dah nak tadah ngan besen. Baru2 ni, maybe sbb hujan lebat sgt, satu spot yg bocor ni telah dripping along the ceiling dan menitik kat bahagian kitchen cabinet yg ada electrical apparatus. So rice cooker sudah tamat riwayatnya selepas kejadian itu. Mujur blender (yg usianya sama cam umur perkahwinan kami) masih bertahan. Agaknya sbb blender cam Philips, rice cooker cap ayam, jadik blender masih panjang umur. 

Terbaru, paip dlm dinding pulak disyaki pecah!

Sy dok notice nape la lantai berair walaupun x hujan dan situ bukan kawasan air tangki menitik. Makin lama makin teruk sampai skrg ni kami tutup valve kat luar bila malam nak tido and the next morning buka kejap, then tutup balik bila pegi keje. Sebab kalau biar agaknya jadi kolam la kot dapur kami...huhuhu

Tak larat la ngadap rumah camni...dah la masa x berapa nak ada pastu asik kan nak kena mop lantai dapur. Pulak tu bila nak pi basuh pinggan tengah malam ke pagi buta, sekali baru teringat air dah tutup. Malas tul nak keluar pi buka valve, sbb x berpakaian yg sesuai nak keluar rumah, hatta depan pintu gate sekali pon. Ada sekali tu lagi la frustrated sbb ON mesin basuh kain, before gi keje, terlupa yg cik HB akan tutup valve before dia gi keje. So balik lunch time konon nak sidai, sekali tgk baju x siap basuh lagi....huwaaaaaaaaaaaa.


Cik HB kata cam nampak gaya kami x berjaya nak pindah rumah baru hujung bulan ni sbb byk keje2 nak masuk rumah belum settle dan dia mungkin nak mintak tuan rumah extend sewa kami for another month. 

And I say "TAK MAU!!!!!!!!!!"

Makanya, kena la usahakan sampai boleh pindah hujung bulan ni ye!