Pages

Wednesday, May 8, 2013

Saiful Nang - Roll Call

A nice parenting tips from Saiful Nang. A simple daily roll call with kids.

Diabetes

Weekend sebelum pilihanraya, kami pulang ke KB. No special occasion, saja balik menziarah org tua dan adik beradik kat sana. Dah lama x balik, last sekali balik bulan Disember tahun lepas. Mujur mek, ayoh and some siblings came over to Melaka during last CNY, so xde la mcm lama sgt x berjumpa.  Cadangan awal nak balik masa cuti sekolah hujung bulan ni tapi cik HB lak masa tu byk work agendas. 

Kami sempat juga ziarah makcik cik HB, Chik yg dah berbulan2 terlantar sakit disebabkan komplikasi diabetes. Chik ialah adik Ayoh. Kesian tgk dia, tinggal kulit dan tulang aje. Rupa dah lain sgt2. Sebelum ni keluar masuk hospital tp skrg kat rumah aje la sbb doktor tak boleh buat apa2 dah. Buah pinggang dah rosak, kaki kanan dah affected, patut kena potong tp Chik tak nak. Hari2 anak Chik akan dtg cuci kaki yg dah luka tu. Sy tak tau apa keadaan kaki Chik tu sbb dia tutup ngan selimut. Takde la pulak sy minta nk tgk, takut2 dia x selesa mk tunjuk. Cucu yg jaga dia bgtau nanti ada masa2nya Chik kena pegi cuci buah pinggang dan darah. Tapi satu appointment dah miss sbb aritu Chik tak larat nak pegi.

Mek kata dah lama Chik kena diabetes. Dulu dia rajin mkn ubat tp thn lepas dia stop mkn ubat hospital dan amik ubat rawatan alternatif. Lepas tu makin teruk keadaan dia.

Diabetes mungkin kedengarannya mcm penyakit biasa, org tak rasa apa kalau kata org tu kena diabetes dibandingkan dgn kanser. Padahal, diabetes bila x dikawal boleh menyebabkan mcm2 komplikasi kesihatan - buah pinggang rosak, mata boleh buta, sakit jantung and so on. Bila luka, lambat nak baik. Tapi disebabkan komplikasi itu jadi selepas bertahun2, maka ramai tak amik kisah.

I am reminding myself actually. Diabetes does run in my genetic. Abah ada kencing manis dan darah tinggi. So far  belum penah lagi masuk hospital atau apa2 komplikasi. Mungkin sebab Abah sgt berdisiplin makan ubat dan jaga makan. Check-up every 3 months x penah miss, and sugar level in controlled range. Same goes with cik HB's side. Ayoh juga ada diabetes, darah tinggi, gout dan jantung. .

That's why skrg ni kena beringat2. Makan dah kena start jaga. Kena buat exercise. Dah la still overweight, faktor umur yg makin meningkat pon menyumbang juga. Diabetes skrg ni bukan org tua saja yg ada, yg muda2 ada diabetes pon dah ramai. 

Makanya, mari la amalkan gaya hidup sihat. Bab makan rasa ok lagi nak jaga, bab exercise tu yg x terbuat2...huhuhu.


Tuesday, May 7, 2013

Hoarders


On weekdays, kami sekeluarga tak tgk tv sgt sbb mmg takde masa. Kembar pon kena buat homework. Tapi on Friday night, selalunya kami semua lepak2 depan TV.

Dok rumah lama dulu, kami x byk choice of channels, balik2 tgk TV3. 


Tapi sejak pindah rumah baru dan pasang Skybox , kami anak-beranak susah nak capai kata sepakat nak tgk citer apa yg semua org boleh tgk dgn enjoy - sbb byk sgt channels.

Kalau biar kembar yg decide, of course cartoon network pilihan diorg. 

Bagi remote kat Abah, mesti suma kena paksa tgk BOLA....huhuhu

Kalau Ummi, dah tentu AFC, x pon TLC......hehehe.

Kadang2 boleh la tgk movie kat HBO or FMP tapi tgk movie apa yg ada. Kalau yg sesuai utk kanak2 bawah umur tgk, ok la tapi kalau rating x sesuai tu, tak boleh la.

Somehow kami terjumpa show 'Animal Hoarders' and 'Hoarders' kat channel BIO yg ditayangkan dari pukul 9pm utk Animal Hoardes dan Hoaders at 10pm on Friday night. Dan semua org attached to these shows. 

Hoarder is a person who likes to accumulate stuffs/animals in massive, uncontrolled way. Kebanyakan kes berpunca dari trauma atau psychology issues. They don't care whether their habit caused problems to their life and people surroundings. It's a mental health disorder actually.

Kadar kekotoran dan kesepahan rumah diorg mmg tak boleh diterima akal. Imagine la makanan yg dah berulat2, ntah bila tahun pon x buang. Lantai langsung tak nampak sbb penuh dgn barang dan sampah. Siap ada rumah yg kena pakai topeng mulut dan hidung sbb sgt tercemar udara didalamnya. Yang takde anak takpe lagi, yg ada anak...adoiii. Mujur la kat US diorg ada law yg akan ambil anak2 ini dr rumah ibu-bapa yg sebegini sbb ianya dianggap sebagai penderaan kepada kanak2 bila ibu-bapa/penjaga tak sediakan tempat tinggal yg selamat utk anak2 mereka.

Tengok la sendiri:




Yang bagusnya bila kembar suka show begini, it gives awareness to them how it's important to keep your house clean and in order. I still have problem training them to be organized and manage their stuffs well kept.   One of them (tak nak sebut nama...hehehe) sgt la suka campak barang merata2. I told her if you keep doing that and no one is cleaning for you, mmg rumah akan jadi cam dalam citer Hoarders tu.

Dia ckp "tak nak Ummi".

Tau pun!

Monday, May 6, 2013

Polyvore is back!!!

Dah lama x main kat Polyvore. Bertahun dah rasanya. Saja pi tgk fesyen terbaru skrg. 

My current fashion?

Fesyen ke laut...hahaha

Tu yg kaler baju, henbeg, kasut abis caca marba. Tapi dr pandangan mata mokcik yg x reti berfesyen, it's the latest trend, no?

Pakai baju n tudung in contra colour?

Untitled #13


Longsleeve dress
marissacollections.com


DKNY Jeans plus size jeans
lordandtaylor.com


Dorothy Perkins maryjane shoes
dorothyperkins.com



Chanel optical
gordonstuart.com

Post Election Day Entry

It's Monday.. and I was hoping there was announcement today is declared as public holiday...hehehe. 

Tunggu punya tunggu, x tau sapa yg menang, asik2 update kat Sarawak aje yg keluar, mokcik pon fed-up, plus anak2 dah bising ajak naik atas tido, mokcik pon malas nak tunggu.

I did carry out my responsibility to vote, I went back to my hometown in Hulu Bernam, Selangor. Walaupun disarankan utk claim some money for travelling cost oleh sebuah parti, mokcik rejected to do so sbb kena sign surat akujanji bahawasanya sy akan memilih parti itu.

Owhhhhhhhhhhhh....

Takpe la, sy x kisah bayar sendiri duit tol n minyak utk menjalankan tanggungjawab sy sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu disogok2.

Pon sy tidak menyaksikan pengundi2 hantu dikantoi atau sebarang kacau-bilau ditempat saya. PRU berjalan dengan aman dan teratur. 

Anyway, PRU13 sudah berakhir dan honestly sy sedikit kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perubahan besar dalam pentadbiran negara. Sebelum ini sy tidak terang2an tunjukkan team mana sy yg sokong especially di Facebook demi menjaga hati pihak2 tertentu, tapi tidak la bermakna sy tidak amik peduli tentang politik negara.

Bukan jugak bermakna, bila sy kata sy mau tgk perubahan besar dalam pentadbiran negara, sy percaya PR akan menjadi kerajaan yg terbaik 100% dan BN itu tak adil, zalim dan sebagainya.

But I am not happy with some of the things around us. I am scared of crime rates yg makin menjadi2, which I believed disebabkan kemasukan pendatang2 asing yg sgt ramai. I am not happy dgn harga barangan keperluan asas yg semakin naik, naik menjadi2 lak tu. I am not happy with cronyism, which I've seen dr kecik sampai la dah besar ni. Org yg layak dapat bantuan,  x dapat hak mereka. Org yg x layak, dapat terlebih2, bukan hak mereka pulak tu.

Justeru itu, sy ingin sekali tgk kerajaan selain BN memerintah negara. Saya ingin lihat lihat perubahan yg diwar2kan itu. Di negara2 maju seperti UK, US, perkara biasa kerajaan bertukar2 parti pemerintahan. Kalau x bagus, next election tukar lagi. Kempen dilakukan secara adil dan telus. Kuasa ditangan rakyat. PM yg gagal melakasanakan apa yg diharapkan oleh rakyat, akan digantikan.

Tapi di Malaysia, ramai lagi org yg takut kalau2 parti lain selain BN memerintah disebabkan isu perkauman.  Biarlah PM itu dah buat mcm2 hal pon. Well, susah sy nak kupaskan hal ni sbb sy tak pandai nak berhujah pasal politik tp sy tak rasa la ketakutan yg ramai org rasa tu. Maybe because of what I am exposed to, what I've seen and what I've read. Utk apa yg org lain rasa pasal isu perkauman tu, maybe they experience differently, view things differently. And I am not saying what I view is right, and theirs are wrong. Maybe sy yg x cukup info atau x kena apa2 lagi kat batang hidung sendiri yg melibatkan perkauman.

I don't know....

Cuma, apa yg sy harap, siapa pon yg memerintah, they will make a better government. A government yg betul2 menjaga kepentingan rakyat, bukan kepentingan periuk nasi mereka sendiri. A government yg menyediakan masa depan yg cemerlang utk anak2 kita, bukan lagi menyempitkan peluang mereka utk jadi manusia yg berjaya.

After all, we are all praying for a better world, are we not?

Maaf jika sy tersalah pandangan, tapi ini adalah pandangan saya sebagai rakyat marhaen :)

Tuesday, April 23, 2013

Don't Take Things for Granted

I wish to share 2 kisah rumahtangga yg saya jumpa satu kat FB dan satu lagi kat blog.

KISAH 1 (dipetik dari blog INI) - Luahan hati seorg suami:


''Assalammualaikum Puan Stephanie..Recently,I came across your Blog and FB.And I saw u once in KLCC with your lucky husband and hansome Ryan.What can I say is..'wow!All men are dying for u!Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt!Okay,let me introduce myself.Im a married guy,ada anak...Actually saya dah lama memerhatikan awak since terjumpa your blog add dari blog isteri saya..I love reading your blogs,enjoy viewing at your photos..U really had a beautiful life..Jeles saya..Entah kenapa.Mungkin isteri saya tidak seperti awak.Dia biasa saja..Yelah,mungkin lelaki seperti saya memang tidak layak untuk memiliki isteri seperti awak..
Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar ..
Menurut pakar,wanita berbadan gempal bawah agak longgar berbanding wanita seperti awak..tidak gempal tidak kurus..Apatah lagi,when I met you in person,wajah awak yang cantik,bahagian dada dan punggung awak adalah penambah selera semua lelaki.Isteri saya?Apa saya perlu buat?Saya tiada selera langsung..Kadang kadang saya fikir,masturbate lebih memuaskan.Kalau saya tiada anak,pasti saya sudah menceraikannya..Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya,dia terlalu mengongkong saya,pemarah,tidak pandai bergaya,tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.
Sebelum berkahwin dulu saya selalu mengimpikan wanita yang cantik,bergaya walau dah beranak dijadikan isteri.Tambahan pula,dia terlalu mengharapkan saya.Sekarang ni,saya seolah-olah berserah dan kesunyian.Kadang-kadang di ofis,saya selesa berborak dengan wanita yang cantik,bergaya,bijak dan bekerjaya seperti awak..Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya,meeting tetapi dating..Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..Selama ini saya cuma mendiamkan diri dan cakap macam-macam untuk menjaga hati dia.Takkanlah saya nak cakap dia buruk/kurang menarik?Tak cinta dia?Main tak sedap?Saya tertekan.Tolong jangan sebarkan mesej saya k.Ini hanya luahan hati saya.Thanks''

Dan ini pulak dikutip dari Facebook:

BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri)
Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...
Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...
coretan dari hati seorang Muslimah:
*************************************************
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak.
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.
Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.
Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.
Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.
Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya.
Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja.
Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari.
Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
~ Muslimah sejati ~
************************************************
* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.
Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji.
Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. ....

*********************************************************************************

Tersentak gak la baca kedua-dua kisah.  Ye la, saya pon saiz bertambah sejak beranak pinak, kat rumah pon selalu berkain batik dan t-shirt sbb ianya sgt convenient dan selesa. In between balancing the family and office work, diri sendiri selalu terabai. So kena la beringat2...so far alhamdulilah, rumahtangga masih aman bahagia tapi I have to remind myself - don't take things for granted.

Dalam Islam pon selalu sebut, isteri kena cantik depan suami. Kalau x mampu nak cantik cam artis Bollywood, at least kena la pakai semenggah sikit, wangi sikit dan control badan jangan terus cam dipam2...INGATAN UTK DIRI SENDIRI.

So yes, harus berusaha turunkan berat badan dan exercise utk body sculpt. Sometimes mmg rasa cam x kuasa sbb kita byk sgt urusan setiap hari - takkan nak perfect everything. Mana nak masak, nak kemas rumah, nak jaga anak, nak layan suami, nak kena jaga badan lagi....adoiiiii

Tapi dah itu lumrah kehidupan. Whether you fight for it or just don't care.

Tepuk la dada...

Thursday, April 18, 2013

Weight Loss Motivation: Sapna Vyas Patel

I slip again...dah 2 minggu berat statik at 70kg. Bukan plateau tp sbb mmg sy x jaga mkn sgt of late. Hari tu beras merah abis, x sempat nk gi shopping, so mkn je la nasi putih. WebMD pon dah lama x jengah.

Exercise apakan lagi...

Jadi semalam mokcik pon merayau2 kat Internet mencari sumber motivasi nak kasi bakar balik semangat utk terus menurukan berat badan. Dan hasil siasatan mokcik jumpa cerita minah ni - Sapna Vyas Patel dari India.

She started her weight loss journey at weight of 86kg. And turun sebanyak 33kg dalam masa 1 tahun. She did not take any weight loss supplement nor special weight loss programme. She did it by changing her lifestyle - eat right and regular exercise!

Tengok la gambar dia - masa gemuk org siap ingat dia dah kawen dan 
ada anak padahal masa tu dia baru 19. Lepas dah transformed, ala2 artis Bollywood youu

Dari saiz pinggang 36 inci ke 24 inci...wow!!!

She's quite famous in India for her weight loss success and now involves with a lot of motivational programme for weight loss. She's also in the midst of doing doctorate in Psychology. So dia bukan saja cantik, sihat tapi pandai..wooooo. Dia bercita2 nak buat satu website utk weight loss yg self-help dan percuma. 

She shares her stories and tips in her Youtube Channel and Facebook. Boleh jadi follower dia kalau suka. Method dia ala2 Kevin Zahri dan WebMD jugak la.

Her video in Youtube:


Some of her tips downloaded from her  FB

So hari ni balik keje pi exercise ye cik Neny!!!