Pages

Monday, May 6, 2013

Post Election Day Entry

It's Monday.. and I was hoping there was announcement today is declared as public holiday...hehehe. 

Tunggu punya tunggu, x tau sapa yg menang, asik2 update kat Sarawak aje yg keluar, mokcik pon fed-up, plus anak2 dah bising ajak naik atas tido, mokcik pon malas nak tunggu.

I did carry out my responsibility to vote, I went back to my hometown in Hulu Bernam, Selangor. Walaupun disarankan utk claim some money for travelling cost oleh sebuah parti, mokcik rejected to do so sbb kena sign surat akujanji bahawasanya sy akan memilih parti itu.

Owhhhhhhhhhhhh....

Takpe la, sy x kisah bayar sendiri duit tol n minyak utk menjalankan tanggungjawab sy sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu disogok2.

Pon sy tidak menyaksikan pengundi2 hantu dikantoi atau sebarang kacau-bilau ditempat saya. PRU berjalan dengan aman dan teratur. 

Anyway, PRU13 sudah berakhir dan honestly sy sedikit kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perubahan besar dalam pentadbiran negara. Sebelum ini sy tidak terang2an tunjukkan team mana sy yg sokong especially di Facebook demi menjaga hati pihak2 tertentu, tapi tidak la bermakna sy tidak amik peduli tentang politik negara.

Bukan jugak bermakna, bila sy kata sy mau tgk perubahan besar dalam pentadbiran negara, sy percaya PR akan menjadi kerajaan yg terbaik 100% dan BN itu tak adil, zalim dan sebagainya.

But I am not happy with some of the things around us. I am scared of crime rates yg makin menjadi2, which I believed disebabkan kemasukan pendatang2 asing yg sgt ramai. I am not happy dgn harga barangan keperluan asas yg semakin naik, naik menjadi2 lak tu. I am not happy with cronyism, which I've seen dr kecik sampai la dah besar ni. Org yg layak dapat bantuan,  x dapat hak mereka. Org yg x layak, dapat terlebih2, bukan hak mereka pulak tu.

Justeru itu, sy ingin sekali tgk kerajaan selain BN memerintah negara. Saya ingin lihat lihat perubahan yg diwar2kan itu. Di negara2 maju seperti UK, US, perkara biasa kerajaan bertukar2 parti pemerintahan. Kalau x bagus, next election tukar lagi. Kempen dilakukan secara adil dan telus. Kuasa ditangan rakyat. PM yg gagal melakasanakan apa yg diharapkan oleh rakyat, akan digantikan.

Tapi di Malaysia, ramai lagi org yg takut kalau2 parti lain selain BN memerintah disebabkan isu perkauman.  Biarlah PM itu dah buat mcm2 hal pon. Well, susah sy nak kupaskan hal ni sbb sy tak pandai nak berhujah pasal politik tp sy tak rasa la ketakutan yg ramai org rasa tu. Maybe because of what I am exposed to, what I've seen and what I've read. Utk apa yg org lain rasa pasal isu perkauman tu, maybe they experience differently, view things differently. And I am not saying what I view is right, and theirs are wrong. Maybe sy yg x cukup info atau x kena apa2 lagi kat batang hidung sendiri yg melibatkan perkauman.

I don't know....

Cuma, apa yg sy harap, siapa pon yg memerintah, they will make a better government. A government yg betul2 menjaga kepentingan rakyat, bukan kepentingan periuk nasi mereka sendiri. A government yg menyediakan masa depan yg cemerlang utk anak2 kita, bukan lagi menyempitkan peluang mereka utk jadi manusia yg berjaya.

After all, we are all praying for a better world, are we not?

Maaf jika sy tersalah pandangan, tapi ini adalah pandangan saya sebagai rakyat marhaen :)

2 comments:

Anonymous said...

I am with you...

durra abd razak @ kocikin... said...

me too...agak keciwa sebenarnya dgn reult PRU13. Moga PRU14 lebih baik dan ada angin perubahan yg lebih positif..Ameen