Pages

Monday, July 22, 2013

Weekend

2nd weekend of Ramadhan...

Sabtu, adik-beradik cik HB yg dok kat sebelah pantai barat dtg berkumpul kat rumah kami kat Melaka utk berbuka posa. Wakil dr KL ada, wakil dr Seremban ada, wakil dr Johor pon ada. Cuma wakil dr Sepang je yg takde. Adik-beradik cik HB, 6 out of 11 dok kt KB, so kami yg 5 family ni selalu la jeles tgk diorg selalu berkumpul kat KB, maka kami yg dok 'luar' ni pon nak berkumpul jugak di bulan Ramadhan. Nak balik KB jauh sgt, so tunggu raya Insyaallah.

Saya takde la masak apa sgt, disebabkan ramai berpantang mkn oleh kerana faktor kesihatan, maka saya pon masak yg simple2 aje dan serba sedikit supaya tak membazir. Saya masak kupang masak cina, sup ayam, kari ikan bawal, sayur campur, kepak ayam bakar and spagetti bolognese. Patutnya nk buat cucur udang dan jus tembikai tp kul 6.30 ptg waktu sy dok berperang kat dapur, sy dapat call dr seorg teman yg ada emergency dan minta tolong sy utk jemput dia kat satu tempat ni. Masa tu cuma ada adik ipar je kat rumah, so saya pon minta tolong dia take over goreng sayur sementara saya gi jemput kawan saya tu.

Balik2, dah pon masuk waktu berbuka, tetamu lak yg kena hidang mkakanan segala sbb tuan rumah tetiba lesap ka...hehehe. Spagetti rupanya agak keras sbb masa merebus tu la yg dpt call, jadi main angkat je la spaghetti. Kepak ayam terlampau lama dibakar jadi ianya keras berdengking. Mujur biras saya bawa set ayam bakar siap caesar salad, coleslaw dan mash potato. Jadi meriah la makanan yg ada. 

I hope my in-laws xde la amik hati dgn persiapan berbuka yg huru-hara. But I know them well, sure mereka sgt memahami *wink2* (ramai my in-laws baca blog ni tau...hehehe)

Gambar 2 keping ni je yg ada, tu pon amik dr whatsapp family Jalan Bayam. Family Jalan Ayam adalah group Whatsapp family cik HB. Rajin sungguh mereka update aktiviti2 masing2 kat Whatsapp.

Penuh meja
Konsep buffet gitu...

Insyaallah, next weekend berkumpul sebelah family Tg.Malim pulak. Sian Mak Abah dok buka puasa berdua aje.

Friday, July 19, 2013

Aksi2 Budak Kecik

Si Insyirah dah menjangkau usia 16 bulan, or 1 thn 4 bulan. Akal, aksi dah semakin macam2. Skrg ni galak memanjat sana sini. Macam2 aksi stunt dia nak buat. Memang x berani la nak tinggalkan dia sendirian. Senyap2 kang ada je keje dia buat. 

Tgk ni!

Bangga la tu dpt berdiri atas kereta sorong dia tu...kot tergolek ummi x pujuk...

Ni kegemaran baru - panjat tv console dan berjoget2 atas tu..tv pon dia tau 
kat mana control buttons, abis semua dia tekan. Oh, spot the extra pant - 
tu dia sendiri yg sarung. pantang jumpa seluar, baik seluar dia or seluar kakak2 semua nak sauk!

So now dia la culprit buat rumah bersepah. Brg2 dapur dia hangkut pegi living hall, baju2 kotor dr dlm bakul baju pon hangkut gi living hall. Tapi xakpe la Insyirah, explore la as much as you want asalkan tak membahayakan diri. Being active and creative shows that you are growing up healthily.

That's the most important thing! 

Wednesday, July 17, 2013

Sikit Lagi....

Puasa hari ke-8 dan semalam saya timbang balik berat badan. Ok la, sudah turun 2kg, and I'm at 68kg, fter a while static at 70kg. 

But then when I keyed-in my latest weight kat web MD (lama dah x key-in), it shows that I'm now reaching the border of healthy weight range.

Yeayyyyy!!!!

That makes me out of overweight range tau!

Yes, my weight loss is a slow progress cause I'm not cutting down a lot on daily calories and not doing exercise for quite sometime now.

But most importantly there's some progress to see. And I am aware when I am overeat or eating unhealthy stuffs rather than simply just eat whatever it is. Yesterday the kids were eating Pringles, the sour n cream flavour and I used to like it so much. Surprisingly, I tried one piece and that's it! I just didn't feel like having more. 

I always read about people who took control of what they eat, replacing the bad stuffs with good stuffs, find it after sometime resisting the bad stuffs would come naturally. I hope me not liking the Pringles ( and not just that) any more is because of that reason.

Well, let's hope I would manage to get down to 136 pounds (62kg) of my target weight. 

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan Buffet: Philea vs. Hatten

Through my job, tahun ni sekali lagi dapat la jemputan  berbuka puasa kat hotel. Last Friday, jemputan ke Philea Resort, tahun lepas dah merasa ke sini. Then semalam, kat Hatten Hotel, yg ini first time la. 

At Philea, the buffet spread sama mcm tahun lepas - so dah boleh target apa yg nak dimakan. Cik HB mau sup gear box and kambing golek, saya pulak dok aim nak mkn shashimi. The rest were variety of beriani rice, lauk-pauk aneka jenis - dari udang saiz XL, sotong, ketam, ayam, ikan. Desserts lagi, food stalls lagi - pendek kata tak termakan la semuanya. 

Tuna and salmon sashimi - yg ini mmg x leh resist. 

Among the desserts yg ada

Sup gear box igauan cik HB....hehehe
Kambing golek, juga igauan cik HB...hahaha
Anak dara sorang tu melaram ngan tudung ummi, mcm dah besar sgt la!

Last year Iftar, Insyirah was just a few months, sedap je tido dalam stroller, 
maka ummi pon sedap je makan. This year, sgt la mencabar, 
dia nak buat konsert atas pentas la, dia nak tawaf satu dining hall la...

Surau pon the same as last year. Pernah cerita kat SINI. This time I saw a bunch of young ladies yg nak solat tapi x bawa telekung dan x boleh nak solat tanpa telekung sbb tak berpakaian menutup aurat sepenuhnya. Siap nak balut kaki ngan shawl bagai tapi kalau kata dah balut kaki sekali pon, baju ketat apahal kan? Maybe they expect kat surau tu ada disediakan telekung, that was why tak bawak telekung. So sesudah saya selesai solat, I offered my telekung to them and told them nanti nak pulangkan cari la saya kat dining hall sbb saya tak boleh tunggu sampai diorg selesai solat. Saya and cik HB bergilir nak solat masa tu.

Then semalam, dpt invitation ke Hatten Hotel. One thing x best about Hatten, ianya agak jauh dr my place sbb Hatten terletak kat Bandar Hilir. Philea hanya 10 minutes by driving saja coz it's located kat Ayer Keroh. Keluar 6.45pm pon still ok. Nak pegi Hatten semalam, keluar 6.15pm, then sampai Hatten Square kalut mencari parking pulak, and we only arrived at the dining room dalam 7.05pm. But ok la jugak sbb Hatten mcm exclusive, org pon tak ramai sgt so xde la mcm susah nak amik makanan. Kat Philea, though bayaran lebih mahal, tak nampak exclusive sbb the dining hall is an open area dan org ramai. Siap kena beratur nak amik makanan dan sekejap aje dah licin. Sebab kat Philea seating arrangement mostly meja besar bulat muat 10 org. So org suka amik makanan byk2 longgok atas meja.

Such a bad attitude kan?

Kat Hatten, dining hall dia x besar kalau compare ngan Philea dan  kebanyakan meja  adalah meja utk 4 org makan, termasuk la meja kami - so kecik. Jadi takde la org nak amik makanan byk2 at one time. Kena abiskan satu pinggan dulu, then baru pegi amik lain. So it's a good strategy supaya org tak tamak kan?

Pilihan makanan kat Hatten pon menarik jugak tapi spread in Philea lebih banyak la. I was most impressed with the desserts spread, sgt2 cantik the setting and the colour. Nak amik gambar tapi mcm segan, kebetulan semalam Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob and pengiring2 ada kat situ juga dan meja diorg dekat sgt ngan desserts area. So cam lagi la malu nak amik2 gambar bagai kan?

Amik gambar kat meja makan xde la segan sgt

Budak kecik ni sekejap aje nak duduk dalam high-chair. Pastu dia dah restless nak turun,
 nak tawaf dining hall!

The only gambar makanan kat Hatten yg I snapped. The macarons were very lovely. 

Dan lagi satu nak puji about Hatten, the waiters/waitresses sgt la friendly dan sgt cekap. Bila tgk pinggan dah kosong aje, akan terus dtg tanya boleh tak clear kan. Then ada sekali tu I was carrying Insyirah masa nak amik makanan, and she dropped her banana (dia tgh makan pisang masa tu), so sy pon cepat2 la kutip. Ye la, anak kita dah buat onar, xkan kita buat tak tau je kan? Tetiba ada waiter dtg siap ngan tisu amik pisang kotor tu dr tangan saya dan bagi another tisu utk sy lap tangan. Pastu another one, offered nak tolong bawakan pinggan saya ke meja sbb sy tgh dukung Insyirah. 

Mokcik terharu kejap.....hehehe. Well, I know maybe diorg dah dilatih begitu memandangkan ini adalah hotel yg ekslusif but still nak jugak rasa terharu.

Sebab kat Philea x mcm tu...nak tunggu org dtg refill plain water pon berkurun. I guess sbb ramai sgt org kat Philea sbb tu servis agak lembap.

Lagi satu nak puji about Hatten, is the proper surau. Ada surau lelaki dan wanita siap dgn tempat wuduk didalamnya. Dan ada telekung. So a thumb-up bab ini (sbb masih kecewa dgn surau kat Philea).

Honestly speaking, selepas dua kali having Ramadhan Buffet at exclusive place like Philea and Hatten, I feel that, walaupun ada berjenis2 makanan yg mewah dan sedap, you don't actually rasa nikmat makanan itu. Bila terlalu byk pilihan, and you nak rasa semua, mmg tak boleh nak appreciate kesedapannya. The next day lepas Philea buffet, I made ketam masak lemak cili api at home for Iftar, dan anak2 berebut2 nak makan. Padahal masa kat Philea, ada jugak ketam tapi sebelah mata pon diorg x pandang. Diorg just makan nasi putih, sikit udang, sikit sotong, that's it. Lepas tu ada la makan aiskrim sikit. One good thing, diorg tak tamak. Whatever that they chose to be on the plate, the would finish it off.

 For me, kalau nak membayar sendiri utk makan buffet di hotel , rasanya tak payah la. Buat membazir aje. 

Alhamdulilah, sesungguhnya kita hidup kat Malaysia ni mmg mewah dgn makanan. Kalau x pegi hotel buffet sekali pon, byk sungguh makanan yg ada, nak beli ke, nak percuma ke....gi masjid, boleh iftar FOC, sesetgh tempat, lepas Terawih ada moreh lagi.  But I would not forget ada jugak org2 diluar sana yg masih x cukup makanan. So banyak2kan sedekah dan cuba jangan membazir, Insyaallah.

Monday, July 15, 2013

First Entry in Ramadhan

Dah lama rupanya x update blog, lama x lama la jugak kan...dah 2 minggu x update. Bulan lepas kemain lagi update sampai 17 entries! Bukan apa, sibuk ngan keje, jadi xde la masa nak memblog. Kalau x, bosan2 boleh la blogging kejap. 

Alhamdulilah, hari ni dah hari ke-6 kita berpuasa dan sikembar so far masih berjaya berpuasa penuh. Tapi solatnya lompong2 lagi la...I feel guilty about this, ye la..antara solat dan puasa, solat la yg lebih penting utk dilatih kpd anak2 tapi maknya selalu terlepas pandang...huhuhu. Insyaallah, saya akan cuba pastikan kembar solat 5 waktu penuh sehari semalam. 

Weekend baru ni I was quite productive...I have made 2 types raya cookies! 

Sebenarnya x plan pon, tapi hari Sabtu tu sikembar merengek2, bosan dan lapar agaknya, I pon terfikir la nak buat baking project. Godek2 resepi internet, tgk apa bahan yg dah ada kat rumah, menemukan saya ngan resepi Almond Oatmeal cookies.

So kita pon on la buat cookies dengan sikembar. Punya la suka kembar dapat buat cookies

Awal2 tu konsisten la buat bulat2 sama saiz...lama2, mcm2 saiz pon ada! Sib la x sampai saiz bola GOLF...huhuhu

Punya la seronok ye...pastu bila bosan, tinggalkan aje...jenuh ummi abiskan pulak
Mcm x caya je dah siap satu jenis kuih raya...walaupun sebenarnya setgh balang je dapat pon! 
Budak2 dan bapak budak ckp sedappp (mkn pas dah buka posa la!)

Sambil2 buat kuih raya, sempat gak mokcik gentel karipap pasal geramkan sardin leftover. Lama dah x buat homemade karipap. Terkenang2 zaman kat Jerman, takat buat karipap 60 biji was a weekly routine. Ni buat sikit je...dapat la dlm 16 biji kot. Jadik la utk sendiri makan. Lagipon misi tahun ni nak kurangkan gi PARAM.

Special of the Day - Ketam masak lemak cili api


Hari Ahad lak, disebabkan semangat buat cookies hari Sabtu masih berkobar2, mokcik pon gi Mydin cari bahan2 nak buat Famous Amos choc chip cookies. Mokcik pon x tau apsal tetiba cam rajin sgt padahal langsung x membayangkan tahun ni mampu nak buat kuih raya sendiri. 

Gigih anak dara sorang ni tolong penyek2kan cookies. Syok weh buat cookies gini, sebab x yah nak renyah2 sgt canai, tekap bagai. Buat bulat2 pastu penyekkan. Then bakar dalam oven. Mokcik start buat dr kul 1pm siap kul 3pm, dapat la satu balang besar. Puas hati!

Sedap mmg sedap woo..mana x sedap, pakai choc chip Hersey's kan, 
pastu guna chocolate bar Cadbury. Jangan x sempat  simpan utk time Raya sudah!

Weekend tu je la kot rajinnya. Lepas ni all weekends prior to Raya dah fully scheduled. Weekdays jangan harap la nak buat benda2 yg out of daily tasks routine. Keje2 harian sedia ada pon mokcik jenuh nak comply, apalagi nak buat2 kuih raya kannn...

Takde maknanya!

Yang penting, bak kata alim ulama, jadikan Ramadhan bulan pesta ibadah, bukan pesta shopping, pesta buat kuih raya bagai! Harap2 mokcik comply la prinsip yg satu ini (errrr...tp Terawih baru sekali pi...huhuhu)

Tuesday, July 2, 2013

Takut Tak????

Baru tgk video ni tadi kat FB. Seram memikirkannya sbb sy pon ari2 balik camtu..turun keta bukak pintu pagar. Ganas betul manusia skrg....

Be careful everyone!

Mokcik Perasan Muda...Hihihi

Minggu lepas ada Hari Kad Laporan kat sekolah agama kembar, so mokcik pon pegi la.

Alhamdulilah kembar dpt result yg bagus dan insyaallah boleh tukar kelas tahun depan. Skrg ni kembar dok kelas tercorot sbb baru tahun ni diorg start sekolah agama. Tahun lepas diorg x gi sekolah agama lg sbb cik HB kata takut diorg x leh nk cope sekolah pagi-petang. Kalau sy ok aje sbb sy dulu pon dr drj. 1 sampai 6 mmg sekolah pagi-petang. Cik HB je yg x biasa. Jadi byk la ketinggalan dibandingkan dgn kawan2 yg dah mula sekolah agama dr drj. 1.

Anyway menurut ustazah kelas, kembar rajin belajar dan suka bertanya. Tapi takde la semua subjek dpt A, ada la jugak B. Takpe la, boleh diusahakan lg asalkan suka belajar.

Semalam balik dr sekolah agama, kembar tanya umur saya berapa. Sy ckp "35 thn, kan dah tau".

So kenapa?

Kakak ckp "ustazah tanya. Kakak bgtau umur ummi 33 tp Nabilah ckp 35"

Sy ckp "Nape, ustazah ingat ummi muda ke?"

Serentak dua2 ckp "Aaaa".

Awwwww...perasan mokcik tau! hehehehe...

Ya ampun, perasannnnnnnnnnnnnnnnnya.

Cik HB lak cemik muka....hahahaha