2nd weekend of Ramadhan...
Sabtu, adik-beradik cik HB yg dok kat sebelah pantai barat dtg berkumpul kat rumah kami kat Melaka utk berbuka posa. Wakil dr KL ada, wakil dr Seremban ada, wakil dr Johor pon ada. Cuma wakil dr Sepang je yg takde. Adik-beradik cik HB, 6 out of 11 dok kt KB, so kami yg 5 family ni selalu la jeles tgk diorg selalu berkumpul kat KB, maka kami yg dok 'luar' ni pon nak berkumpul jugak di bulan Ramadhan. Nak balik KB jauh sgt, so tunggu raya Insyaallah.
Saya takde la masak apa sgt, disebabkan ramai berpantang mkn oleh kerana faktor kesihatan, maka saya pon masak yg simple2 aje dan serba sedikit supaya tak membazir. Saya masak kupang masak cina, sup ayam, kari ikan bawal, sayur campur, kepak ayam bakar and spagetti bolognese. Patutnya nk buat cucur udang dan jus tembikai tp kul 6.30 ptg waktu sy dok berperang kat dapur, sy dapat call dr seorg teman yg ada emergency dan minta tolong sy utk jemput dia kat satu tempat ni. Masa tu cuma ada adik ipar je kat rumah, so saya pon minta tolong dia take over goreng sayur sementara saya gi jemput kawan saya tu.
Balik2, dah pon masuk waktu berbuka, tetamu lak yg kena hidang mkakanan segala sbb tuan rumah tetiba lesap ka...hehehe. Spagetti rupanya agak keras sbb masa merebus tu la yg dpt call, jadi main angkat je la spaghetti. Kepak ayam terlampau lama dibakar jadi ianya keras berdengking. Mujur biras saya bawa set ayam bakar siap caesar salad, coleslaw dan mash potato. Jadi meriah la makanan yg ada.
I hope my in-laws xde la amik hati dgn persiapan berbuka yg huru-hara. But I know them well, sure mereka sgt memahami *wink2* (ramai my in-laws baca blog ni tau...hehehe)
Gambar 2 keping ni je yg ada, tu pon amik dr whatsapp family Jalan Bayam. Family Jalan Ayam adalah group Whatsapp family cik HB. Rajin sungguh mereka update aktiviti2 masing2 kat Whatsapp.
Penuh meja
Konsep buffet gitu...
Insyaallah, next weekend berkumpul sebelah family Tg.Malim pulak. Sian Mak Abah dok buka puasa berdua aje.


2 comments:
kak Neny masak apa lagi puasa ni hehehe
oh, masak la jugak mcm2 tapi boleh kira la ngan jari sbb byk buka posa kat luar..huhu. Awak balik raya sini?
Post a Comment