Pages

Wednesday, December 11, 2013

Garden Update (November)

Walaupun dah masuk Disember still kira update utk November la ye...

Ni tujuannya utk rekod peribadi jugak, supaya tau dan ingat so and so bila dan apa yg ditanam sekitar rumah.

Few days sebelum masuk hospital utk D&C, saya sempat beli anak2 pokok dari blog Semua Menjadi. Saya dah lama teringin nak tanam pokok mulberi dan nak tambah koleksi ulam2an (yg ada pon baru ulam raja...hehehe). Disebabkan blog Semua Menjadi tawarkan anak pokok ulam Tenggek Burung (yg dikatakan susah nak dapat), maka saya pon order cepat2. 

2 hari sebelum masuk hospital, anak2 pokok yg diorder pon sampai. Selain pokok mulberi dan tenggek burung, smRose (tuan punya blog Semua Menjadi) dgn baik hati menghadiahkan lagi 5 btg keratan pokok mulberi, biji benih kangkung dan juga biji benih kacang botor.



Anak pokok mulberi dan lagi 5 keratan btgnya saya tanam pada 10/11/13. Dan ini hasilnya setelah sebulan ditanam.


Yg keratan batang mostly progress lebih cepat dr yg anak pokok. Ada satu keratan btg tu mula2 bertunas, lepas tu tunasnya jatuh...cik HB kata keratan btg tu dah nak mati agaknya. Saya kata biarkan je la. Alhamdulilah, skrg dah keluar tunas baru. 

Bunga pon dah keluar!

Kangkung and kacang botor I don't remember exactly bila benihnya disemai. Kacang botor bercambah dgn cepat sekali, kangkung juga. Tapi walaupun dah bercambah, progress kangkung agak slow. Lambat betul nak membesar.

Anak pokok kacang botor

Bila la nak besar ni? 

Selain dari tu, pokok2 lain yg ditanam mcm kailan, kesum pon dah boleh dinikmati hasilnya.

Pokok kailan ni naik dgn cantik sekali tanpa sebarang racun, atau baja yg dibeli. Tak dimakan ulat atau siput (hopefully kekal begini) Sekali lagi membuktikan dgn cara dan tips yg baik, kita pon boleh menghasilkan sayur organik sendiri dirumah. 


Dimusim hujan ni pokok kesum membiak dgn cemerlang!

Seronok rasanya dpt makan hasil tanaman sendiri. Ini yg saya idamkan....bila2 nak masak asam pedas, petik saja daun kesum dr belakang rumah, bila2 nak buat kari, daun kari fresh dr pokoknya. Tapi masih banyak lagi yg saya nak tanam utk menghasilkan Kebun Dapur yg pelbagai. Terung, bendi, cili...byknya dalam list. 

Then 2 minggu sudah Mak Abah dtg rumah. Mak mmg jenis suka bercucuk tanam juga, jadi sebelum dtg sini, dia dah semai siap2 pokok pandan, pokok mengkudu dan angkut benih serai wangi, kunyit hitam, pegaga bagai



Kat ruang2 yg x berapa nak ada ni, Mak selit2kan juga serai wangi dia, pokok mengkudu dia, lengkuas la, kunyit hitam la. Dia ckp kalau beranak nanti senang....daun2 nak buat mandi and bertungku dah ada keliling rumah. Honestly, saya x tau la cemana jadinya bila semua pokok2 membesar. I know pokok kantan tu perlukan ruang yg besar utk membiak. Takpe la....kita tunggu dan lihat.


Saya skrg sedang dalam proses prep kan raised bed baru....jadi kulit2 bawang, kentang, buah dan apa saja berbentuk organik (tapi bukan sisa makanan yg dah dimasak), saya campak kat bed raised tu. Tup2 aritu saya nampak anak benih labu bercambah. Walaupun labu bukan dalam list nak ditanam, sayang rasanya nak buang anak pokok yg dah bercambah, so saya buat patch baru utk labu ni. Tengok la apa nasibnya nanti.

Agak2 dapat x saya makan labu tanam sendiri ni?

Wednesday, December 4, 2013

Ex-Uni Reunion

Utk yg kawan2 yg komen in my previous thanks, thanks for your kind words and concern. Insyaallah I am doing fine physically and mentally. Dugaan Allah boleh dtg dalam pelbagai cara, jadi saya anggap ini lah salah satunya.

Hampir 2 minggu after my D&C, I had a reunion with my ex-housemates masa Uniten dulu kat Sg. Klah Hot Springs Resort, Sungkai. That was about 2 weeks ago.

Kami x sangka dapat arrange for this reunion sbb perancangan dibuat tetiba saja. We just started WhatsApp group recently and all 7 members dapat dihubungi balik. So masa sembang2 kat WhatsApp kami ckp2 pasal nak reunion. Then abruptly terus buat keputusan nak pegi mana dan bila nak buat. Someone proposed tarikh dan immediately terus booking hotel semua memandangkan masa tu semua dah setuju dgn tarikh yg dicadangkan which jatuh masa cuti sekolah. Padahal masing2 masa tu belum pon discuss ngan husbands masing2 boleh pegi ke tak...hahahaha. Mmg main redah aje! Kecuali sorang je la out of 7 yg x dapat join sbb ada family commitment yg mmg x boleh nak dielakkan. So ada 6 keluarga semuanya.

Alhamdulilah dan rezeki kami utk berjumpa, suami masing2 pon ok aje. Kak Nah, yg jauh di utara pon nak join. Dia la satu2nya yg kami semua langsung x jumpa dah lepas reunion tahun 2003, exactly before Mis kawen. Masa tu kami semua bujang lagi dan for the reunion kami buat trip ke Bukit Tinggi.

Masa reunion kat Bukit Tinggi, tahun 2003..masa ni mokcik kurus menawan kan? kan? kan?

Thanks to technology, kami buat arrangement semua thru online and buat discussion thru WhatsApp aje. Semuanya berjalan lancar, hampir semua org sampai on time kecuali cik Ma yg mmg bgtau dia akan sampai petang. Saya pon first time sampai ke Sg. Klah ni, sgt suka dengan suasana damainya.

Rezeki lagi sekali, masa check-in kami diberi villa 3 bilik walaupun cuma booked villa 2 bilik tanpa tambahan kos! Apart from that, kami amik villa 1 bilik dan 3 bilik deluxe. So bila dpt villa 3 bilik, kami minta nak cancel satu bilik deluxe, pihak resort ok saja tanpa apa2 caj.

Sg. Klah Hotsprings ni amat la luas, ada penginapan jenis villa dan juga hotel, dan terdapat kolam2 air panas dan kolam biasa. Kalau x menginap kat resort ni pon still boleh masuk ke Hot Springs dengan sedikit bayaran. How much, I don't know sbb ours diberi percuma sekali ngan penginapan. Cuma kalau menginap kat hotel, jauh sikit la nak pegi ke kolam2 ini. Kena drive. Antara hotel dan villa juga lokasinya agak jauh.

Villa 3 bilik kami, susun atur sgt menarik. Buka pintu utama, ada ruang tanpa bumbung yg ada kolam jacuzi. All 3 bedrooms ada pintu masuk individually dr ruag terbuka.So does the kitchen dan ruang tamu. Juga individual bathroom for every bedroom. Kitchen is fully equipped. So kalau nak masak sendiri, mmg sgt convenient. Ruang tamu pon very nice. Ada tv LCD with few astro channel. Cuma x sempat amik gambar ruang tamu.


Our villa from outside

One of the bedroom - very spacious and comfortable

Kolam jacuzzi kesukaan anak2. Sampai2 aje masing2 x sabar nak terjun kolam!


So happy anak2 berendam dalam kolan jacuzzi

So kami byk melepak kat villa 3 bilik. Family yg dok kat deluxe cuma balik bilik utk tido aje. Lunch tengahari lepas check-in, kami buat pot-luck. Masing2 bawak lauk. Ada kari daging, masak lemak, sambal tumis udang, sayur campur, mcm2 la. Sedapppp (tp lupa gak nak snap gambar)

Lepas Asar, kami turun ke kolam besar. X jauh dr villa, boleh jalan kaki saja. But since it's weekend, cuti sekolah dan pengunjung yg dtg balik hari, agak crowded la kolam besar tu. 



This is the only gambar kami berenam yg dpt captured. Kami mmg x sempat la nak pose cantik2 . Tengok la, ngan anak2 yg berkerumun, ngan pelampung bagai. Anyway, x kisah la tu, janji dapat berkumpul balik camni. Seronok!!!!


Insyirah sgt la ecxited mandi kolam. Jenuh nak ajak dia keluar kolam!

Dah nak dekat maghrib, kami balik ke tempat penginapan masing2. Lepas Maghrib, kami gotong-royong prepare for dinner. Kami buat steamboat dgn sate buah aje dan nasi & lauk leftover from lunch. Mmg dah plan x nak masak susah2 sbb kami get together ni sbb nak sembang2 and catch-up with each other's updates.


Sempat gak saya, cik Ma and Ina posing masa sibuk2 tu. Ntah sapa la yg snap kat gambar


Our steamboat dinner malam tu. Thanks to Linda yg major contributors for the stuffs. Sos cicah pon dia buat ikut stail Johny's 

Malam tu kami yg mak2 dara sembang sampai ke pukul 1 pg. Thanks to suami2 dan anak2 yg langsung x kacau kami bersembang...hehehe. Anak2 semua sgt la well-behave. Takde yg bergaduh, meragam even yg baby2. Tapi tak leh nak sembang sampai ke pagi sbb dah plan pagi2 esoknya nak ronda area resort sbb kata ada byk kolam air panas lagi.

So pagi2 kami buffet breakfast provided by the resort. Breakfast so-so aje kat sini. Tak best mana, x padan dgn nilainya. Lepas breakfast, kami siap2 kemas semuanya dan terus check-out. Lepas tu layan kolam air panas pulak. Tapi budak2 x happy mandi kolam air panas. Ye la, ari dah la panas, mandi pulak air panas. So xde tahan lama2 dalam kolam air panas tu.

Kolam air panas



Insyirah sedap tido kat sini. 








Sbb kolam air panas is not fun, kami berpindah ke kolam besar air biasa. Sejukkk sikit. Anak2 pon enjoy to the full swing. Tak terkecuali bapak2 dan certain mak budak...hehehe

By noon, kami beransur2 pulang. Ina dan Azma antara yg awal balik dulu. Saya n Linda pakat nak makan durian tepi jalan sbb byk durian dijual. Musim agaknya. Kak Nah n Mis mengejar waktu jadi diorg x join. 

Durian kampung yg sgt sedap dan murah. Berbaloi2!

So, that was it our reunion. We really had fun. Insyaallah kalau ada rezeki masa dan wang ringgit, maybe kami akan buat lagi. Dan semoga next reunion Ati akan join jugak. 

Rindu zaman undergrad dulu!

Thursday, November 28, 2013

It's Gone

Lama x blogging kan?

Well, ada dugaan yg menimpa, for those yg belum tau saya mengalami keguguran :(.

It started few weeks ago at week 11, when I noticed ada blood stain everytime saya buang air kecil. Not so much but the blood stains akan ada everytime saya buang air kecil. Masuk hari ke tiga seeing the stains, I decided to check it with doctor.

So petang Isnin, pergi la klinik kesihatan memandangkan saya belum lagi buka buku pink. Went thru the procedures - timbang berat, check BP, amik darah, check air kencing semua, then I told the nurse about the stains. Nurse rujukkan saya ke doktor, doktor pon scan dan ckp my fetus size is way too small compared to my EDD. EDD is 11 weeks but my fetus was only 6 weeks 6 days. So dia mintak saya pegi Hospital Besar Melaka dan pegi jumpa doktor kat sana sbb kat sana diorg akan buat vaginal scan which lagi accurate. Malam tu jugak dia suruh pegi and bagi referal letter.

Gi la malam tu ke GH Melaka dan discan sekali lagi. It showed the same thing and according to doctor, the fetus heartbeat pon barely noticeable. She suggested that saya tunggu lagi 2 minggu dan buat scan lagi sekali utk tgk status pregnancy ni. Kalau by 2 weeks masih xde development, means it is a missed miscarriage katanya dan kena buat D&C. I was given 1 day MC. 

So within two weeks I waited and prayed hard that it's going to be ok. The stains still there occasionally and I took the pregnancy supplements diligently hoping that my condition would improve. A bit feeling down but I told myself to be redha je la apa pon kemungkinan. 

Then came the next check-up on 6/11/13 kat GH. The fetus size still 6 wks and 6 days no heartbeat detected. Doctor kata mmg kandungan x developed. So kena la buat D&C. Check schedule dan diberi tarikh utk D&C on 12/11/13 tapi kena masuk ward on 11/11/13 utk observation dulu.

So that was it, 12/11/13 tu buat la D&C. And this is the second D&C I went thru. Penah buat D&C masa kat Jerman dulu back in 2009 mcm sy penah cerita kat SINI. 

How am I feeling? Hmmm...terasa la kehilangan tapi takpe la, bukan rezeki nak tambah anak lagi. The twins were already excited bila tau nak dapat adik lagi tapi bila jadi mcm ni byk la soalan diorg tanya. Mujur diorg masih ingat cerita 2009 tu, so senang la nak explain.

I am now back to work since 2 days ago lepas dah MC hampir 16 hari. Health wise, I guess I am fully recovered. Masa tgh MC malas sungguh nak blogging. 

People at work gave remarks that I miscarried due to work stress. But I don't feel that way. Ntah la, saya x rasa stress pon, pada saya kalau dah tak jadi mmg x jadi la.....

I have a lot more to share about my experience masa stay kat hospital aritu because I learnt something during the 3 days being warded  tapi nanti2 la. 

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Sekejap aje dah muncul tahun baru....

Azam tahun ini (1434H) nak memperbaiki lagi ibadah seharian, ingat nak la khatam Quran tahun ni. Semalam check penanda Quran, ku baru baca sampai pertengahan Surah Hud. 

Teruk tak teruk? Huhuhu....

Cita2 nak baca Quran at least 2 mukasurat sehari tapi kadang2 berhari2 tak ngadap Quran. Ntah la apa yg disibukkan sgt, yg pasti mmg sibuk dgn urusan duniawi. Nak2 dalam keadaan cam skrg ni, asik nak tido aje, solat pon dihujung2 waktu.

Minggu lepas, hari Jumaat sempat mendengar Usrah Nurani kat radio Ikim. Tetamu yg jadi speaker menceritakan bagaimana kesedaran untuk menjadi Muslim lebih baik selepas diserang stroke ketika usianya 34 thn dan ketika berada di pusat karaoke!

Katanya mmg x sangka sbb sebelum itu dia adalah seorg individu yg sihat, cergas dan muda lagi, tup2 kena stroke. Tu pon mujur la Allah masih panjangkan umur dia untuk memberikan peluang berubah kearah lebih baik.

Jadi peringatan kepada diri sendiri sempena tahun baru Hijrah ni, jangan la lalai lagi dengan kehidupan dan keperluan duniawi aje. Umur bukannya makin muda, lagi 5 thn dah 40 tahun. Ustaz Pahrol ckp:

Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)

Moh la kita berusaha kearah kebaikan, walaupun byk cabarannya. 

Salam Maal Hijrah 1435. Semoga kita menjadi umat Islam yg lebih baik dimasa2 yg mendatang.



Friday, November 1, 2013

Kebun Yg Terabai (October Update)

Eversince berbadan dua dan bermula phase morning sickness serta keletihan sepanjang masa, kebun yg x seberapa pon terbiar. Kalau sebelum ni, mampu siram pokok2 dua kali sehari (pagi sebelum pegi keje dan ptg lepas balik keje), skrg ni sekali sehari pon belum tentu. Jadi pokok2 mmg la sgt terbiar dan byk yg kekuningan...huhuhu.

Cik HB kadang2 ada la jugak menyiram tapi priority dia rumput2 dia la....agak2 dia rajin baru la dia siram pokok2 lain.

 Dua hari lepas, mokcik gagahkan diri tuai sayur2 yg dah matang, sayang kalau x tuai...walaupun x memasak, mokcik sedekahkan kat babysitter Insyirah. Yg ada cuma sayur pak choy dan juga sawi.

Ni la rupanya vege patch setelah dituai sayur2 yg matang dan elok. Serabut! Lupa nak snap gambar sebelum sayur2 dituai. Best tanam pak choy dan sawi ni sbb walaupun dah tuai, nanti akan naik balik. Sebelum2 ni mokcik selalu amik buat rencah nasi goreng or mee goreng. Lepas ni bila dah sihat dan berkemampuan, nak clearkan balik patch ni dan tanam semula sayur2.

Sebelum x sihat, sempat semai benih kailan dalam patch pokok kari. 
Nampaknya naik dgn baik walaupun x terjaga.

 
 Cik HB ckp dinding pagar belakang jiran rumah kami naik lumut mungkin disebabkan kami menyiram vege patch kami. Jadi sebagai jiran yg prihatin, cik HB nak tambah batu-bata kat tepi dinding supaya mengurangkan air meresep ke dinding. Masalahnya projeknya tergendala begitu saja...vege patch pon haru-biru dibuatnya.




Sebelum x sihat, sempat memulakan projek raised bed yg kedua. Tapi lepas tu saya pon x larat, 
cik HB pulak kena back injury, so terbengkalai la projek ni. Sgt la berharap boleh pi mencari tanah utk fill up the bed dan nak buat soil treatment (i.e compose). Saya plan nak tanam bendi, cili dan mcm2 lagi dalam raised bed ni.
 
 
 Aritu makan mangga yg sedap dan manis pemberian siapa tah. So bijinya saya tanam dgn harapan boleh dapat anak pokok. Tu nampaknya dah bercambah. Lama la jugak menunggu ianya bercambah.
 Dah lama x memasak, daub bawang pon x terguna. So trimkan sikit supaya daunnya lebih lebat lagi.




 Marigold yg saya tanam dr benih yg dibeli dr Mydin dah berbunga! Tapi dahlia masih slow pertumbuhannya. Mungkin dahlia perlukan penjagaan rapi compare to marigold

Cita2 saya dan cik Hb nak jadikan laman depan kami mcm gambar ni...kena lagi gigih la berusaha

Harapannya semoga saya cepat la kembali ke keadaan sihat bertenaga. Cik HB dia tunggu saya juga baru projek jalan. Kalau dia sorang2 nak buat, selalunya bertangguh2 la....hahahaha

Wednesday, October 30, 2013

Kayyyyy

Insyirah skrg tgh belajar berckp. Hari2 aje je vocab baru dia grab. Paling obvious dia suka ckp 'Kayyyy' (ok)

*********************************
Ummi: Insyirah, jom mandi
Insyirah: Kayyyy
*********************************
Kakak: Insyirah, jom tgk tv
Insyirah: Kayyyy

**********************************
Insyirah merengek2 kat ummi, nak apa x tau. Then Ummi ckp "jom kita pegi tgk pokok kat luar"
Insyirah: Kayyyyyy
**********************************
Yg kelakar malam tadi la. Dia demam sikit. So abahnya pujuk makan ubat.

Abah: Insyirah, makan ubat ye..
Insyirah: Nanakkk!!! (tak nak)
Abah: Jom la makan ubat
Insyirah:  Nanakkk!! (ngan kepala tergeleng2, dua2 tangan pon menggeleng2. Kelakar!)
Abah: Jommmmmm la
Insyirah: Nanakkkkkkkkk (lagi kuat dan panjang harkatnya)

So ummi saja menyampuk dan  ckp: Jom makan coklat!
Insyirah: Kayyyyyyyyy (sambil sengih2)

Amboi, paham pulak! Ingat nak ckp Nanakkk tadi....hehehe

 'Pelapang hati' kami....sesuai sgt ngan namanya Insyirah.

Monday, October 28, 2013

Mutiara Kata - Utk Ibu Mengandung

For me, mengandung itu bukan la sentiasa indah. Ada masanya rasa tak tabah je mengharungi dugaan mengandung. Rasa nak mengomel, nak merungut, nak self-pitied, nak nangis...walaupun ini bukan first time mengandung.

Padahal bukan x sedar dan tak percaya bahawa Allah memberikan byk pahala utk setiap kesusahan seorg ibu mengandung itu lalui. Jadi setiap kali rasa nak mengeluh, cepat2 la istighfar dan cari la artikel2 yg membantu kita berfikiran positif.

So today, I found kata2 hikmah dari Facebook Ustaz Ebit Lew yg menyentuh hati. Semoga diri ini bertabah dan tak berkeluh-kesah.....

Saya bila tengok isteri asyik mual, alahan yang agak berat, tiada selera makan dan lemah kerana mengandung. Saya bertambah sayang isteri saya kerana Allah, terlalu banyak korban dia demi untuk melahirkan seorang anak.

Begitulah korban seorang ibu kita dan isteri kita. Isteri kita jaga lagi anak kita di rumah. Apa hadiah kita kepada mereka? Kita tidak didik mereka dengan agama dan kasih sayang. Kita tidak didik mereka seperti Nabi saw dan sahabah didik isteri mereka. Kita berkasar dan marah mereka? Kita tak faham kesusahan mereka? kita lupakan korban mereka? Kita arah mereka macam mereka milik kita. Mana ada milik kita. Mereka milik Allah. Kita milik Allah. Mereka amanah Allah kepada kita.

Mereka yang mengandung telah berkorban begitu besar sehingga ia dicatat dalam Al-Quran tentang korbannya seorang wanita yang mengandung. Bila kita tenung mereka dengan sayang. Bantulah mereka. Jika orang lain susah kita cepat kasihan. Isteri kita tanggung berat dan beban yang besar. Janganlah jadi zalim pada mereka

Setiap urat yang yang sakit diberi pahala dan diampunkan dosanya. Setiap letih,sakit, pening, loya, sakit badan, setiap kesusahannya diberi pahala, diampunkan dosa, dinaikkan darjat di sisi Allah, dan diampunkan dosa mereka.

Kesusahan seorang ibu mengandung untuk bergerak, uruskan rumah, untuk ke bilik air, untuk solat, untuk uruskan rumatangga semuanya sedang dihitung oleh Allah. Setiap kebaikan pasti Allah balas dengan kebaikan. Ya Allah tingginya kemuliaan yang kau beri pada seorang wanita.

ya Allah jadikanlah setiap kesusahan wanita Islam yang mengandung dan bersalin dalam dunia menjadi asbab hidayah buat setiap manusia di seluruh dunia seluruh alam sampai kiamat - ebit lew yang dhaif dan berdosa