Walaupun dah masuk Disember still kira update utk November la ye...
Ni tujuannya utk rekod peribadi jugak, supaya tau dan ingat so and so bila dan apa yg ditanam sekitar rumah.
Few days sebelum masuk hospital utk D&C, saya sempat beli anak2 pokok dari blog Semua Menjadi. Saya dah lama teringin nak tanam pokok mulberi dan nak tambah koleksi ulam2an (yg ada pon baru ulam raja...hehehe). Disebabkan blog Semua Menjadi tawarkan anak pokok ulam Tenggek Burung (yg dikatakan susah nak dapat), maka saya pon order cepat2.
2 hari sebelum masuk hospital, anak2 pokok yg diorder pon sampai. Selain pokok mulberi dan tenggek burung, smRose (tuan punya blog Semua Menjadi) dgn baik hati menghadiahkan lagi 5 btg keratan pokok mulberi, biji benih kangkung dan juga biji benih kacang botor.
Anak pokok mulberi dan lagi 5 keratan btgnya saya tanam pada 10/11/13. Dan ini hasilnya setelah sebulan ditanam.
Yg keratan batang mostly progress lebih cepat dr yg anak pokok. Ada satu keratan btg tu mula2 bertunas, lepas tu tunasnya jatuh...cik HB kata keratan btg tu dah nak mati agaknya. Saya kata biarkan je la. Alhamdulilah, skrg dah keluar tunas baru.
Bunga pon dah keluar!
Kangkung and kacang botor I don't remember exactly bila benihnya disemai. Kacang botor bercambah dgn cepat sekali, kangkung juga. Tapi walaupun dah bercambah, progress kangkung agak slow. Lambat betul nak membesar.
Anak pokok kacang botor
Bila la nak besar ni?
Selain dari tu, pokok2 lain yg ditanam mcm kailan, kesum pon dah boleh dinikmati hasilnya.
Pokok kailan ni naik dgn cantik sekali tanpa sebarang racun, atau baja yg dibeli. Tak dimakan ulat atau siput (hopefully kekal begini) Sekali lagi membuktikan dgn cara dan tips yg baik, kita pon boleh menghasilkan sayur organik sendiri dirumah.
Dimusim hujan ni pokok kesum membiak dgn cemerlang!
Seronok rasanya dpt makan hasil tanaman sendiri. Ini yg saya idamkan....bila2 nak masak asam pedas, petik saja daun kesum dr belakang rumah, bila2 nak buat kari, daun kari fresh dr pokoknya. Tapi masih banyak lagi yg saya nak tanam utk menghasilkan Kebun Dapur yg pelbagai. Terung, bendi, cili...byknya dalam list.
Then 2 minggu sudah Mak Abah dtg rumah. Mak mmg jenis suka bercucuk tanam juga, jadi sebelum dtg sini, dia dah semai siap2 pokok pandan, pokok mengkudu dan angkut benih serai wangi, kunyit hitam, pegaga bagai

Kat ruang2 yg x berapa nak ada ni, Mak selit2kan juga serai wangi dia, pokok mengkudu dia, lengkuas la, kunyit hitam la. Dia ckp kalau beranak nanti senang....daun2 nak buat mandi and bertungku dah ada keliling rumah. Honestly, saya x tau la cemana jadinya bila semua pokok2 membesar. I know pokok kantan tu perlukan ruang yg besar utk membiak. Takpe la....kita tunggu dan lihat.

Saya skrg sedang dalam proses prep kan raised bed baru....jadi kulit2 bawang, kentang, buah dan apa saja berbentuk organik (tapi bukan sisa makanan yg dah dimasak), saya campak kat bed raised tu. Tup2 aritu saya nampak anak benih labu bercambah. Walaupun labu bukan dalam list nak ditanam, sayang rasanya nak buang anak pokok yg dah bercambah, so saya buat patch baru utk labu ni. Tengok la apa nasibnya nanti.
Agak2 dapat x saya makan labu tanam sendiri ni?








0 comments:
Post a Comment