Pages

Friday, June 13, 2014

Getting Old, Getting Wise

Well, yesterday I reached the new number - 36!

Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah....

Bersyukur masih lagi dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan banyak lagi lah nikmat kurniaanNya yang tak terkira. 

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Rahman:

A016
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ya, nikmat mana yg mampu didustakan?

Makanya, saya mahu menjadi insan yg sangat2 bersyukur dengan segala pemberian Allah s.w.t. Mahu jadi insan yg lebih baik akhlaknya, amalannya, dan peribadinya.

Bukan la sesuatu yang mudah apalagi bila diertikan sebenar2nya makna bersyukur itu.

Bersyukur tu bermakna kamu benar2 redha dengan apa yg diberikan dalam hidup kamu tanpa mengeluh, mengurut atau mempersoalkan.

Which sometimes saya fail juga bab ini especially hidup dizaman teknologi when you can view other people's lives through media social. Melihat rakan sebaya hidup mewah, bercuti luar negara, membeli barangan branded, jujur mokcik akui ada juga rasa cemburu itu dan mengata2 jugak la di dalam hati....huhuhu.

Padahal, Allah dah kata - masing2 rezekinya berlainan. Rezeki bukan sahaja wang ringgit, malah kesihatan yg baik, hati yg bahagia, perjalanan hidup yg dimudahkan juga rezeki.

Tapi kebanyakan manusia, termasuk diri sendiri selalu gagal utk melihatnya dari sudut lain. Yg nampaknya tetap harta duniawi eh?

Itu la azam diusia baru ini, utk lebih muhasabah diri supaya positif dan berlapang dada. Kalau lihat kehidupan org lain yg lebih best, didik hati supaya tumpang gembira dan doakan kebahagiaan untuknya. Tak mau la terdetik rasa dengki walaupun dalam hati. Tak mau jugak merungut, mengeluh atau marah atas apa juga cabaran kehidupan.

Mampu kah? 

Takpe...to my friends yang selalu sembang with me, yang tau that I whine, I complain, I become depressed and all those negatity, please remind me again tentang azam ini whenever I do those negative things, boleh???

And another thing....

I failed to be at 62kg on my 36th birthday as what I targeted in the weight loss resolution back in March this year. 

But it doesn't mean I quit...no, I will continue..doesn't matter how long it takes me to get the ideal weight.

Because the target is to be healthy, physically and mentally. 

Welcome no. 36!

Wednesday, June 11, 2014

Spending the Money You Don't Have

I was just talking to a fellow friend who confessed to me about his financial problems. 

Really...I never thought this guy has financial problems because he drives a Mercedes and he has another car, Grand Livina, and would alternate these cars with his wife who lives in another states.

I remember his remarks when I was impressed the first time seeing him driving the Mercs to work...

"Nak merasa".....that was what he said.

And I was thinking he must have some sort of extra income or family fortune, because considering his job (and my job too!), I never imagined one could ever afford a Mercs.

Until we chatted just now....and now I know the reality, and the reality bites!

He is in huge debt....and now registered with AKPK to help him with the debt management.

Katanya dia ada beberapa kad kredit yg semuanya dah had limit dan tak mampu nak bayar even minimum payments. Bermulanya hutang kad kredit ini sebab dia nak buat bisnes, jadi kad kredit adalah jalan pintas utk membeli barang2. Lepas tu banyak la lagi hutangnya, personal loans, yg katanya berhutang demi utk menolong ahli keluarga yg terdesak.

Saya tak terkata apa.....cuma terfikirkan kereta Mercs nya sahaja. I mean, if you are really in that huge debt, why don't you just let go that luxurious car? Why would maintain a car which obviously very costly with its petrol usage and services?

I don't want to judge him...Just ceritanya would be a self-reflection to me....

Credit cards, instalments, personal loans - are all about spending the money you don't have, isn't it?

Especially for credit card when you failed to pay it back in cash and keep the debt amount increasing with the interest rates and continuous usage?

I do have credit card, used to have 3 cards before but I terminated 2 of it and just keep one. Because I am scared of losing control in "spending this money I don't actually have".

I still have my study loan to pay and I am paying it diligently every month, although it's only RM100/month.

And really, really trying to be wise in buying things and spending money....it's hard, because all the temptations around and card credits would make it so easy to purchase anything.

Except for the house and car loans, my husband and I try as hard as possible to avoid purchasing anything with instalment. 

The temptations are always there - when you look at the new furnitures, or new gadgets, or some electronics devices, the home deco, vacations, etc.....

When I'm tempted, cik HB would console me and said "we save the money first". And vice-versa.

Buat hutang memang senang, tapi bayar hutang boleh jadi sangat susah. Jadi kena cuba la mencegah diri dari membuat hutang yang tak perlu. Biar la rumah kosong takde perabot atau perabot dah usang bagai....tahan hati dulu. Kebanyakan orang yang terjebak dengan hutang yg tak perlu ini kata sbb nak merasa...mcm kes kawan saya yg pakai Mercs ni....tapi lepas tu pening kepala fikir cemana nak bayar hutang, kan?

Meh kita belajar menabung dulu eh....Insyaallah, ada rezeki mampu la nak beli apa2 yang diidamkan kan?

Elakkan dari berhutang (*peringatan utk diri sendiri!)

Friday, June 6, 2014

Tazkirah Hari Jumaat : Share the Gift

It's Jumaah, Jumaah....(sila nyanyi mcm Raef ye!)

Sudah baca surah Al-Kahfi?

Alhamdulilah kalau sudah :)...

Just nak share a youtube video yg dah berkali2 saya dengar. Perkongsian dari seorg saudara baru tentang pengertiannya terhadap Islam dan apakah makna dan tujuan kehidupan. Walaupun secara asas saya dah tau tapi dari segi penghayatan dan usaha untuk merealisasi dan mencapai erti sebenarnya makna dan tujuan kehidupan itu rasanya masih jauh lagi. 

Bila saya dengar apa yg saudari Mary-Ann Goi Pei Pei ni berkongsi pandangannya, saya tertarik betul dengan analogi yg dipersembahkan. Masya Allah, utk seorg yg memeluk Islam hanya pada 6 tahun lepas, dia jauh lebih menghayati erti menjadi seorg Muslim. Bukan calang2 saudari Mary-Ann ni, seorg peguam yg dilahirkan dalam sebuah keluarga yg sempurna, tak pernah ada masalah dalam hidup, semuanya diberi baik2 sahaja dalam kehidupannya.  Tetapi Allah datangkan hidayah padanya utk kenal Islam dan kemudiannya menjadi Muslim.

Dan bukan sekadar menjadi seorang Muslim, dia mempelajari Islam dan memahami Al-Quran, dan mengamal gaya hidup Islam, dia barangkali jauh lebih baik dari seorg yg lahir sebagai Islam dan hidup dalam keluarga Islam. Baginya mengenali Allah dan Islam, dan menjadi Muslim ada lah satu hadiah yg tidak ternilai dalam hidupnya. 

Dan dia bercakap tentang adalah amat menyedihkan bila umat Islam tak peduli pon nak berkongsi hadiah Allah ini kepada bukan Islam. Ya, hidayah itu datang dari Allah tapi umat Islam kena la berdakwah untuk kenalkan Islam kepada bukan Islam. Kenalkan saja...bukan memaksa ye...

Please, please listen to her speech on your own....


So, I hope I am doing what she has said: SHARE THE GIFT.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Al ‘Ashr: 1-3)

Monday, June 2, 2014

Wall Paper Project: Dining Area

We have been thinking on doing something with the wall at the dining area and make it as a focal wall. Mulanya nak cat with dark brown colour to make it outstanding. Ada juga terfikir about wall paper but I thought it's out of question sbb wall paper sangat mahal for us (pernah survey harganya masa Home Deco Fair). 

Until recently kami balik kampung dan berkunjung ke rumah kakak saya yg baru berpindah rumah dan nampak wall papernya yg cantik. So tanya la sbb I know my brother-in-law takkan beli benda mahal2. Dia sentiasa tau mana nak cari benda at its best price. BIL ckp dia jumpa wall paper murah beli kat Tesco Rawang at RM100++ sbb kedai yg jual tu nak clearkan stock....so sbb tu dijual murah dr harga biasa.

So lepas balik dari Tg. Malim, kami pon singgah ke Tesco Rawang nak cari wall paper murah ni. Memang ada, bukan kedai pon, just a kiosk dibuka dengan sample2 wall paper yg mahal dan home deco stuff yg lain. Standard harga utk wall paper selalunya dalam RM300 ke atas, bergantung kepada corak. Lagi cantik coraknya, lagi mahal. Belum citer upah pasang lagi. 

Dah x banyak dah pon wall paper yg dijual under stock clearance. Yg ada tu pon takde samplenya. Kita boleh tgk corak dari gulungannya aje. So takde la corak2 yg menarik...ada satu ni je la yg saya rasa ok. Cik HB mulanya x keen to buy sbb dia kata nampak mcm tikar getah. Tapi saya convince kan dia bila dah pasang nanti mesti cantik. Akhirnya kami beli la 1 gulung pd harga RM199 campur gamnya RM20. Satu gulung tu boleh cover area 139sqft. 

So semalam gigih la cik HB memulakan proses pemasangan. Cik HB penah pasang wall paper masa kami dok kat Jerman dulu sbb rumah sewa kami masa tu wall paper nya rosak kena serangan kulat. Tapi cik HB kata yg kat Jerman lebih nipis dan ringan dan kelebarannya pon kecik. Jadi senang nak manage. Yang kami beli ni jenis vinyl dari Korea. Lebih tebal dan berat dan lebarnya 1m. Saya pon kena naik tangga dan pegangkan sekali masa cik HB nak adjustkan kedudukannya. 

Camni la gaya amatur tukang pasang wall paper. 

Nampak mcm kecik je wall yg kami pasang wall paper tu kan? Tapi nak menyiapkannya jenuh jugak la. Mujur la cik HB bertabah...hehehe

Akhirnya.....taraaaaaaaaaaaaaa!!!! Dining area kami berubah rupa dah. Pada saya ianya nampak exclusive sekali. 

Camni la kami yg kena buat projek mencantikkan rumah sedikit demi sedikit. Kena menabung utk satu2 projek dan kena cari yg affordable sesuai dengan budget. Tapi bila dapat yg berkenan pada harga yg berpatutan, memang puas hati sesangat!

So next project? Hehehe...belum diputuskan lagi. Saya nak mencantikkan living hall tapi cik HB nak siapkan family hall. Kita tengok la dulu budget kita cemana ye?


Friday, May 30, 2014

Garden Update (May 2014)

Bulan Mei rupa2nya dah sampai penghujung dan saya masih lagi belum buat entry "Garden Update" utk bulan ini (ecehhh...mcm la mokcik editor majalah...hehehe).

Bulan Mei juga bulan yg sgt sibuk - travelling, family events, parents around, kids' exams, kids's school activities....Sampai mmg saya takde masa langsung nak jenguk pokok2 dilaman....dah lama x baja dan siram. Alhamdulilah skrg ini hampir setiap hari hujan jadi takde la pokok2 kekeringan. Dan sejak Mak ada dirumah, dia pon kadang2 tolong siramkan pokok.

Despite not having done much on gardening dan dah jadi satu kemestian utk pos entry on "Garden Update" so here are some latest photos of my garden:


Laman depan yg dah lama terabai...pokok heliconia yg dah lama x trim, rumput dah memenuhi laman, dah sampai masanya untuk dimesin sama rata...yg itu saya serahkan pada cik HB..ntah bila la dia akan buat...huhuhu. Pokok luar pagar yg ditanam developer pon dah mula mengeluarkan hasil - hasilnya daun2 kering yg masuk ke laman....hari2 balik keje bercita2 nak sapu..tapiiiiiiiiiiiiiii


Amaryllis dan bawang spider pemberian Kebun Bahagia Bersama utk Give-Away bulan lepas dah lama ditanam tapi x sempat nak belek2, nak baja2...maka perkembangannya tak begitu ada....jgn mati sudah la!



Pokok mulberi sudah semakin besar dan dah mula berbuah tapi satu pokok dalam 2-3 buah gitu je...pokok ni pon kena rajin kasi trim baru dia rajin berbuah lebat. Ini pon dah lama x baja ni. 


Benih pemberian Kebun Bahagia Bersama pon dah disemai dan bercambah. I know satu tu pokok bunga telang tapi yg lagi satu tak tahu...hehehe. Takpela, kita tanam aje lepas tu tgk apa yg keluar, ok?


Pokok kunyit yg haritu dah togel dikerjakan belalang, dan saya hampir putus asa, ingat nak gali habis ubinya, tetiba skrg dah naik cantik pulak. Alhamdulilah. Dua pasu bekas tanam bayam yg tak menjadi, dah saya buang bayamnya dan treat with kitchen waste (yg kering2 aje), dengan harapan tanah dalam pasu tu akan lebih subur lagi. Belum fikir apa nak ditanam dalam dua pasu tu. Satu lagi pasu ada pokok tomato yg x berapa memberansangkan...berbunga selalu, tapi  x sempat jadi buah. Takpela...I leave you alone for the time being until I think it's no point keeping you anymore


Pokok betik dah berbuah! I'm torn in between nak buang atau tak pokok betik ni sbb ada org komen ckp akar pokok betik kuat, so takut akan pecahkan dinding pagar pulak. Kalau dinding tu kita punya sorang takpe, ni share ngan jiran. Tapi Mak saya pulak kata, takpe...x kuat akarnya. My decision, saya tunggu buah sulung ni masak dulu, lepas tu saya buang kot. Sayang memang sayang tapi saya tak nak amik risiko. Lagipon hidup berjiran kena la ambil kira hak mereka juga. Lepas ni saya tanam pokok pisang je kot kat tempat pokok betik tu.


Selingan: saya dok geram kat flower bed rumah jiran saya ni...mcm2 bunga ada kat dalam tu....actually bukan rumah ni je yg ada byk koleksi pokok2 bunga....ada ramai jiran yg lain pon yg ada tanam mcm2 depan rumah. Nanti la bila berkesempatan, saya pi jadi paparazzi amik gambar2 kebun2 area neighbourhood saya ni. Nak amik gambar pon cuak jugak, kang org ingat saya ni ada niat jahat lak suka2 hati amik gambar rumah dia kan?

Thursday, May 29, 2014

Makan2 Sempena Birthday Behabella

Semalam kami buat makan2 sikit sempena birthday kembar...nak buat on the birthday date itself, cik HB ada kelas malam, so kami tangguhkan ke sehari lepas tu.

Tak buat besar pon, takat panggil 2-3 kawan rapat dan nak ajak jiran sebelah, malangnya jiran sebelah takde. Saja la sbb nak raikan sikembar....nak buat majlis besar2an, tak mampu dari segi kudrat dan masa. Nak amik catering, fuhhh....paham2 saja la kosnya kan.....

So kecil2an pon jadi la. 

Thanks again to my Adik yg gigih membuat pavlova dan kek coklat lembap, dihiasi dengan strawberi dan coklat Kit-Kat. Mmg menepati apa yg saya nak. Adik with her desserts project, and me masak nasi ayam dan mee kari ala Nyonya. Utk mee kari Nyonya tu, nanti resepinya saya masukkan dalam blog masak saya ok!

Terasa mcm dalam rancangan Masterchef pon iye masa nak sediakan makanan sbb saya start masak lepas balik dr keje at 5.30pm dan target mesti siap semuanya by Maghrib sbb jemput tetamu selepas Maghrib. Alhamdulilah nasi ayam yg dimasak dalam 5 pot dengan 2 ekor ayam dan juga mee kari siap semuanya by Maghrib. Terima kasih pada Mak yg dah siap2 siang dan basuhkan ayam, kerang dan udang sebelum saya balik dr keje. So dah jimat masa kat situ.


Moist chocolate cake with strawberry and grated choc topping dan ada kit-kat kelilingnya. How much is the price kalau tempah? Dan juga pavlova yg takde whipped cream (sbb tukang buat dok leka buat apa tah, whipped cream terlebih whipped, maka x dapat la krim yg dikehendaki) tapi tetap sedap :)

Nasi ayam blackpepper dan mee kari Nyonya on the menu 

Birthday girls akhirnya gembira dapat birthday cake seperti yg diidamkan :)

Tetamu kami
Tukang masak seronok tengok org menjamu selera :)


Resepi mee kari Nyonya dari blog Fauziahsamad.com akak Dari Dapur Kak Jee yg mmg marvelous!Tapi saya ada derhaka sikit buat resepi tu sbb tambahkan daun kesum, bunga kantan dan udang...hehehe

Wednesday, May 28, 2014

Happy 9th Birthday Behabella!

Semalam sikembar, Behabella dah mencapai usia 9 tahun.

Alhamdulilah...syukur kedua2nya setakat ni membesar generally dengan sihat, cergas dan cerdas. 

As they grow older, semakin banyak la cabaran membesarkan mereka. Masa kecik cabarannya lain, bila besar cabarannya lain. So bertambahnya usia mereka, bertambah la ilmu pengetahuan kami sebagai ibu-bapa. Dan saya semakin sedar, bukan mudah jadi ibu-bapa. Membesarkan anak2 bukan semata2 bagi mereka makan, pakai dan keperluan hidup yg lain. Tapi nak kena pastikan diorg mendapat didikan sempurna, yg dapat membantu mereka menjalani kehidupan dunia akhirat.

Nak2 dizaman ini yg macam2 pancarobanya. Betapa banyaknya mereka terdedah kepada kehidupan di luar sana. I really feel bad when seeing them watching too much TV, Youtube or playing the internet game. And everytime I vowed that I would change the situation, I just need to be organized and spend more quality time with them. Tapi selalu juga tertewas dengan keperluan masa yg lain. And I know kalau saya tak manfaatkan masa di usia mereka skrg ini, it may be too late to change it. 

Oh..well, Ummi must be determined to do it ok!

So for their birthday, this year, utk pertama kalinya sejak mereka bersekolah rendah, saya buatkan goodie bags utk rakan2 sekelas mereka. The previous years bukan sbb saya kedekut, tapi I'm not keen to prepare goodie bags yg isinya banyak processed food or jajan. So baik la tak payah buat goodie bags.

Alhamdulilah, tahun ni berkesempatan utk sediakan goodie bags mengikut specs saya...hehehe. Thanks to my adik bongsu, Ain yg sedang bercuti belajar and loves baking so much, dia yg sediakan cup cake coklat dan cookies ala Famous Amos.


Cupcake coklat yg simple...no topping what-so-ever. Sebab kalau nak buat topping jenuh pulak pk camne nak packing.


Choc-chip cookies ala Famous Amos. Yes, I spent  quite an amount on buying good quality ingredients for making these homemade cookies and cupcakes. It is more costly compared to just buying the cheap store-bought candies or the rolls cakes or any chips. Tapi hati puas sbb dapat provide a good, though not so 100% healthy snacks for the kids.


Packing is just using some cheap ready-made plastic wrapper. Nothing fancy. I am very practical when it comes to packing. No point buat goodie bags yg mahal2 utk kids sbb nanti diorg buang je the bags or wrappers. Yg penting pada diorg adalah isinya. Along with the cupcake and cookies, saya letak juga 1 kotak air Milo dan satu belon. Lupa nak snap the goodie bags photo tapi x letak pon xpe gambarnya sbb simple je pon...hehehe

Selingan: Let's get down the memory lane of twins's life :)

Behabella masa umur 1 bulan. Diorg bukan kembar seiras, rupa x sama, attitude juga x sama...malah cara/bunyi menangis pon berbeza. Takde masalah nak membezakan diorg :)

Masa 1 tahun

Ini masa 5 tahun....kebanyakan masa strangers would never recognize them as twins.

And the latest photo


And this is the photo of yesterday masa saya hantar the goodie bags. Cikgunya minta saya bagi sedikit ucapan. Tapi mokcik mcm speechless pulak depan anak2 kecik ni...hehehe. Ckp la juga sepatah dua kata but somehow saya jadi sebak pulak....Anyway diorg mmg kanak2 yg sporting, suruh nyanyikan lagu harijadi, sampai 3 lagu diorg nyanyikan, versi melayu, English dan Allah Selamatkan Kamu. Agaknya kalau tau in Mandarin ke Tamil ke  mau tambah lagi....hahahaha. Terima kasih anak2...semoga kamu semua jadi anak2 yg soleh, solehah, cemerlang dunia akhirat.