Pages

Tuesday, November 11, 2014

KL's Traffic Jam

Semalam ada meeting kat KL - Caps Square to be exact. Betul2 terletak kat tengah2 KL nun.

Meeting pukul 10 pagi, so mokcik pon bertolak dari Melaka pukul 7 pagi. Risau kalau jem teruk nak masuk KL. Ikut cadangan Waze, mokcik guna PLUS hi-way dan exit kat UPM. Sampai kat tol UPM pukul 8.15am dan bermula stage traffic jem. Thanks to Waze yg akan sentiasa update the fastest route utk elakkan jem tapi of course kena lalu pelbagai hi-way. Dari PLUS, then BESRAYA then DUKE and then finally mokcik sampai kat Caps Square at 9.20am.

Imagine, dari Serdang ke tengah bandaraya KL, took me 1 hour and 5 minute! Itupun setelah guna mcm2 hi-way! I really salute the KL-lites yg setiap hari mengharung jem ke tempat kerja. Mana yg mampu bayar tol banyak2 mungkin jimat masa sikit tapi still masih menempuh jem cuma kurang sikit je la masanya dibandingkan dengan mereka yg guna route tak bertol. 

For that Serdang - KL city centre route, I paid RM1.30 for BESRAYA dan RM2 for DUKE one way!

Sangat2 mahal kos nak ke tempat kerja! Belum kira duit minyak lagi.

Saya sangat simpati dengan warga KL terutama mereka yg berpendapatan rendah. Setiap pagi meredah jem, kemudian struggle dengan beban kerja yang banyak, ada yg perlu kerja lebih masa and then sampai rumah mungkin dah malam.

Teringat sembang dgn adik ipar yg bakal berpindah ke rumah baru di Puncak Alam tahun depan dan sedang gigih nak cari nursery baru utk anaknya. Katanya nursery yg paling awal dibuka pon pukul 6.30 am dan itu pon pada dia dah kira lambat sbb dia harus keluar rumah at least pukul 6 am utk sampai ke tempat kerja di Bangsar on time. 

Fuhhhhhh....

I don't know what to say...hanya boleh bersimpati dengan cerita ini. Ini bukan kisah terpencil, I'm sure kebanyakan parents di KL yg tak punya maids berdepan dengan situasi ini. I can't imagine how they do it. How they manage the kids when they have to go out from home as early as before Subuh?

I may not live in KL but I do hope that KL's traffic jams going to be improved. 

Maybe should implement the flexi working hours more seriously.

And reduce the 8-hours work time to 6-hours instead.

Or provide more jobs that can be home-based.

Public transport accessible to all areas dengan kadar kekerapan yg singkat dan tepat masanya!

Adalah menyedihkan betapa ramai parents terpaksa bergolok gadai spend masa di atas jalan demi kelangsungan ekonomi. Masa dgn keluarga sangat terhad. Kesian kat anak2.

Saya yang keluar rumah pukul 7.15 am dan akan balik sebelum 6pm pon terasa tak cukupnya masa utk menguruskan keluarga apalagi mereka yg keluar pukul 6 pagi dan sampai rumah pukul 8 malam.

Friday, October 31, 2014

Cameron Highland 2014

Dah berhari2 mengarang entry ni....jenuh nak update blog sekarang...

This CH trip was few weeks ago. It was an ad-hoc trip actually. Baru perasan ada cuti umum hari Jumaat utk negeri Melaka. Then terfikir kalau gi CH time ni bagus jugak sbb it's a long weekend dan weekend biasa utk org2 negeri lain. So bajet CH tak sesak la. Our last visit to CH back in 2012 mmg sakit jiwa dibuatnya sbb pegi masa cuti umum kebangsaan. Jem yg amat kat CH, so kami tak berjalan sangat, byk sangkut dalam jem.

So sepantas kilat la mencari hotel yg available dan amik Hotel Rosa Pasadena kat Brinchang through Agoda.com. Sebab ada family room yg sesuai utk kami 5 beranak at reasonable price kalau dibandingkan dengan hotel2 lain. 

Kami bertolak ke CH pagi Jumaat tu dan sampai CH ngam2 utk cik HB solat Jumaat. Lepas tu kami check-in hotel dan makan lunch yg ditapau dari rumah. Masa tu hujan lebat, ingat kalau hujan berhenti nak la pusing2 CH. Rugi kalau dok saja dalam bilik hotel. By 4pm, hujan tak berhenti jugak tapi dah kurang la lebat so kami pon keluar pusing2 CH. 

CH ada banyak ladang2 bunga/sayur/buah along the roads so kami pilih je nak berhenti kat mana2 ikut suka. First stop singgah Butterfly Farm kat Brinchang ni. Bayaran masuk RM10 utk kami satu keluarga. Not bad jugak la isi dalamnya. First time tgk leaf insect dan stick insect yg mmg sebiji mcm daun dan ranting kayu kalau tak tengok betul2.



Then pegi Cactus Valley. 


Lepas Cactus Valley kami jalan2 sekejap kat Pasar Malam Brinchang survey barang2 yg ada tapi tak beli apa2 sbb nanti tak fresh pulak nak simpan lagi 2 hari. Lepas tu terus dinner steamboat kat satu restoran Muslim kat Brinchang. Honestly tak lah impressive sangat. Biasa2 aje steamboatnya. I was expecting dapat banyak jenis sayur segar tapi takde apa sangat pon.

Lepas dinner, lepak2 aje dalam bilik hotel layan movie. Tak tau apa nak buat in CH bila dah malam sbb ladang2 semua dah tutup. Yang ada cuma kedai barang2 saja dan pasar malam. Lagipon hujan so lagi sedap lepak dalam bilik.

Next morning Alhamdulilah cuaca cerah. Lepas breakfast kat hotel, kami pi Taman MARDI kat Tanah Rata. Taman MARDI ni memang best especially utk org2 yg suka berkebun. 





At MARDI's taman dapur - I asked cik HB 'can we have this kind of pergola at home?"
And he said "ala, senang aje, nanti cari kayu2 tepi jalan, buat la"
Hmmmm...ye la tu.


Taman MARDI CH ada playground utk kanak2, kawasan arnab dan burung so budak kecik ni quite occupied la dengan mcm2 aktiviti. Siap tak nak balik lagi!

Lepas MARDI, kami menuju Sungai Palas mencari ladang teh BOH yg dikatakan pemandangan sangat cantik tu. Trip dua tahun pon kami mencuba nak ke situ tapi malangnya jalan nak masuk sangat jem, maka kitorg lupakan saja hasrat. Kali ni perjalanan lebih smooth tapi half way tersangkut jugak. Sebab jalan Sg. Palas tu kecik aje. Kalau takat kereta berselisih kereta, lepas la jugak....ini bas dengan kereta. Mujur la ada orang awam yg bertindak sebagai manouver, berjaya la jugak bas tu nak lepas. Lepas tu sampai kat ladang teh BOH tu kereta tak dibenarkan naik ke menara tinjau dia. Kena parking kat bawah lepas tu menapak la naik. Takde la jauh sangat tapi sbb kita org Malaysia ni kan jarang jalan kaki so mengah2 jugak la mendaki bukit....hehehe
The spectacular view of BOH plantation


Dah adventurous journey nak sampai menara tinjau BOH ni cik HB kata kita mesti jugak makan scones! Tapi queue punya la panjang berjela nak beli makanan kat cafe dia. Bab2 ni mokcik gigih sikit dr cik HB so mokcik yg gi beratur dan cik HB jaga anak2. Setengah jam ada kot queue! Mat/minah saleh depan mokcik ni pon gigih beratur. Takat nak makan scones, kek bukan negara diorg pon ada ke? Hehehe...tapi rakyat tempatan pon sama, takat nak makan scones byk je kedai bakery biasa jual, ye tak?


Dapat la jugak scones gebus yg diidamkan....yang 'mahal'nya (tapi mmg mahal pon in RM) makan scones ni sbb makan sambil menikmati pemandangan ladang teh. Tapi tak lama lepas tu, hujan lebat turun, so takde makna la kan nak tgk view cantik. 

Lepas BOH plantation, kami dah agak kepenatan so balik hotel dulu utk berehat. Siap ketiduran lagi...hahaha. By pukul 5 lebih baru keluar pi pasar malam cari makanan. Seronok pasar malam dia sbb banyak betul makanan. 

Pagi Ahad - last day in CH. Lepas dah breakfast, kemas2 barang dan terus check-out. Kami nak cari ladang strawberi pulak sbb budak2 ni teringin nak petik sendiri. Tapi bila tengok harga dia, kami rasa tak payah la. Sebab you have to pay RM35 and kena petik at least 500g (lebih kena bayar extra), then 2 org saja boleh masuk utk petik. Sedangkan kalau beli strawberi yg dah siap pek, harga 500g baru RM10-RM15 gitu. Besar2 pulak tu.

So sebagai alternatif.....


Beli pokok strawberi ni pada harga RM10 kat pasar Kea Farm. So petik je la dari pokok ni...hahaha. Sempat la makan buahnya dalam 10 biji kot sebelum ianya mati kekeringan. Yeah....we are cheapskate people...but when you think of your hard-earned money, I think we are just trying to be logical. 

Then kami pon ada pegi nursery2 yg ada sekitar Brinchang. Yg kami pegi ni ambientnya sangat best. Ada cafe dan boleh makan2 dalam taman. Very cozy. Cuma kami tak makan la sbb baru lepas breakfast.

Best kan kalau ada macam ni kat rumah sendiri?


Rasa juling2 mata tgk pokok2 semua

So cantik!

Disebabkan kesuntukan masa kami tak pegi la banyak nursery walaupun saya geram je nak pi melawat semua nursery yg ada. Singgah pasar Kea Farm pon sekejap aje sbb takde tempat parking, so cik HB tunggu dalam kereta, saya sorang2 pi beli barang. CH, even on weekend biasa2 pon dah sesak begini, kalau public holidays or cuti sekolah tak tau cemana. 


Sebab kami nak lalu Simpang Pulai utk balik Melaka (tak tahan laluan CH-Tapah sbb too winding roads), berhenti kejap kat cafe Ladang Teh Bharat. View kat sini kureng la sikit dibandingkan BOH plantation Sungai Palas dan Bharat Plantation kat jalan Tanah Rata-Ringlet tu.So sempat la minah berdua ni posing kejap :)

Nampak jugak Lavender Farm yg baru je dibuka beberapa tahun lepas dan tarikan terbaru kat CH. Tapi kalau berhenti alamatnya lambat la sampai Melaka nanti. Till next trip la...I asked cik HB "can we make visit to CH as our annual event?"...hehehehe


Antara tangkapan kat Kea Farm Market - bunga2an. Dua jambangan yg saya gubah ikut sukanya berharga RM20 aje. Berbunga2 hati tengok bunga segar dalam rumah :)

Lovely, isn't it?

So 3D2N trip to CH macam tak cukup aje. But at least the short trip rejuvenated my mind and body. Cause CH is a cool place, lots of flowers and surrounded by natures. 

So let's see kalau2 lepas ni boleh pegi CH lagi ^_^

Thursday, October 23, 2014

Garden Update (October 2014)

Oktober dah hampir ke penghujungnya. Bermakna tahun ini juga akan sampai ke penghujungnya lagi 2 bulan.

Sekejap kan masa?

Cita2 untuk berkebun dengan lebih agresif jugak tak kemana. Asyik sibuk dengan kerja dan urusan rumahtangga, maka urusan berkebun dibuat bila tersempat aje.

Few weeks ago berkesempatan ke Cameron Highlands on ad-hoc trip. Tak sempat lagi nak bercerita pasal trip ni. Tapi tak sabar nak bercerita yg saya beli beberapa pokok dari sana....hehehe. CH mmg tempat kesukaan saya. Pokok2 yg subur, bunga2 yg cantik, scenic view of the tea farms, cuaca yang nyaman, kadang2 terasa nak bermastautin aje kat CH tu. 

Tapi angan2 saja la...cik HB mesti x setuju punya...hehehe.

So sempat la kami shopping sikit2 hasil tanaman CH dan pokok2 yg menarik perhatian. Kat CH harga pokok2 murah la sikit dari nursery biasa tapi ada jugak yg jual lebih mahal dari biasa. Kena pandai2 tgk la. Macam saya, saya mmg survey banyak nursery2 kat CH sebelum buat keputusan nak beli. Macam rosemary, saya dapat pada harga RM7. Kalau kat Sg Buloh RM10 dan keatas selalunya. 



Ni la hasil tangkapan kat CH. Yg saya tau namanya cuma rosemary. Yg lain2 tak tau! Rosemary is the third attempt. Dah 2 kali beli rosemary, dua2 mati setelah beberapa tika. Hmmmm....Pokok2 ni semua dah transfer ke tanah dan pasu kecuali rosemary aje. 


Tak tau apa nama pokok bunga ni tapi dah dekat 2 minggu tak berhenti keluarkan bunga.Seronok tgk bunga dia. Pokoknya harga RM10 aje. Cuma kerisauannya, after sometime nanti dah tak berbunga sbb tukang kebun ni tak sempat nak menjaga.


Mengimpikan lebih banyak deretan pasu dengan pokok2 mcm2 dilaluan ini. Sikit2 la kan....juga nak buat koleksi mini cactus bagi memenuhi ruang ditepi tingkap.

Tak tau nama pokok ni. Mungkin tukang kebun Diana boleh tolong bagi info? hehehe


Ini pon tak tau...hahaha. So far masih gah berbunga walaupun setelah transfer dari pasunya ke tanah. Diharap terus berbunga utk menceriakan laman.

Mari kita lihat tanaman dapur:


Pokok selasih/kemangi/ thai basil? Ada org kata selasih dah kemangi tak sama. Tak tau la...tapi saya happy sbb kalau bulan lepas saya berperang dengan serangga perosak yg kacau pokok ni, nampaknya pokok ni dah makin sihat. 


Tengok la daun pokok kunyit saya...besar kan? Dah selalu jugak petik buat masak masak lemak tapi rendang x rajin...hehehe. Nanti nak buat balut ikan utk dibakar pulak.


Pokok kunyit dalam pasu pulak dah berbunga! Dah lama agaknya berbunga tapi saya tak perasan. Org kata boleh buat ulam tapi nampaknya bunga tu mcm dah tua aje.


Sambung nyawa pon dah semakin pulih jika dibandingkan dengan bulan lepas. Dah tukar tempat asalnya takde pulak ulat gonggok datang buat kacau. Lenkali kalau pokok tu sihat walafiat kat tempat asalnya, jangan gatal tangan pulak alihkan ye!

That's it for now. Ada lagi satu gambar nak share - pokok tomato tp dah berkali2 upload gagal jugak nak dapat gambar yg complete. Kali ni buah tomato tak menjadi sgt. Tak tau kenapa, belum cukup masak ranum, buahnya dah pecah2 dan benyek. Nanti la cari ilmu kenapa buah tomato jadi rosak even belum masak. 

Monday, October 20, 2014

Jadi lah Positif

Happy Monday peeps!

Monday is not my favourite day of the week. Of course, who really likes Monday?

I'm writing down this greet Monday and this week as it's gonna be one tough week for me. As I'm trying to be positive and strong to face whatever obstacles coming.

Cik HB is away to Terengganu for work until Thursday. So more chores to do on my own. It's also gonna be a stormy week for my works due to so many datelines given by the Client. 

And did I mention that I am on two jobs now?

And I can't think of the negative sides of all the things around me. Just keep doing what I am doing as best as possible. Don't think about what I can't do!

It's gonna be fine...Insyallah, Rabu ada public holiday. So ada break 1 hari along the weekdays. Yeay!!!

Semoga Allah mempermudahkan urusanku. Amin ya robbal alamin.


Friday, October 3, 2014

Oh Minyak!

Salam jumaat semua!

Rasanya ramai yg masih belum terkejut dari demam kenaikan harga minyak eh? 

Yg saya perasan status2 dan perasaan org ramai di sosial media berkenaan kenaikan harga minyak kali ni nampaknya lebih cool atau calm. Bukan la bererti bersetuju tapi lebih kepada bunyi2 sarcasm ataupun pasrah aje.

Kerana baru saja September tahun lepas harga naik 20 sen. Nak marah pon tak tau nak marah macamana dah. Saya tahu dan ingat kenaikan harga minyak tahun lepas sbb saya ada rekodkan pasal isu itu di SINI.

Bak kata Saiful Nang - kena telan aje lah!

Suka disini saya nak cut and paste nukilan Saiful Nang di FB semalam:

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG
Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah). Ya betul, mereka bayar cukai lebih tinggi tetapi mereka beri semula kepada rakyat.
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup. Ini akan berbalik kepada soal mana dahulu. Pemimpin kata rakyat kena dicukai dan dimansuh subsidi supaya kerajaan mampu bina prasarana pengangkutan awam. Orang awam pula nampak kerajaan bina dahulu dengan modal sedia ada barulah boleh dinaikkan sumbangan rakyat kepada kerajaan. Namun, sejauh mana rela rakyat jika pembaziran berlaku di hadapan mata.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri dalam menjaga kepentingan Proton.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".
Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.
Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.
Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.
Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.
Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.
Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.
Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.
Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.
Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.
SAIFUL NANG
Orang Marhaen
//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.
///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.
 Juga nak petik nukilan Dr. Hasanah Ismail kesan kenaikan harga minyak dan kesihatan. 
Harga petrol dan diesel naik lagi dua puluh sen. Maka teringatlah saya pesakit-pesakit saya yang sudah begitu terhimpit sebelum kenaikkan terbaru.
Walaupun isteri bergaji RM2,000 sebulan, tiap kali kawan menceritakan ada restoran baru di Kota, hanya mampu telan air liur sendiri. Tiap hari masak makanan yang hasil dibeli dengan pencatuan duit, dan pilihan makanan yang mengeyangkan tetapi beharga murah. Tentunya makanan berkabohidrat tinggi. Okay untuk anak-anak yang membesar dan mereka yang masih kurus. Tetapi ironinya, makin tinggi kos hidup, makin gemuklah rakyat. Sebagai contoh, di Mexico dan US.
Tahu kah anda makanan apa yang paling murah? Tentunya beras, gandum, minyak masak dalam pek plastik. Snek murah, goreng pisang dan goreng ubi. Nak hidangkan snak di rumah, tentunya buat jemput malas, berkabohidrat dan berminyak.
Nampak tak sekarang apa yang ingin saya tonjolkan. Di Malaysia ramai yang kaya tetapi miskin. Kaya dengan lemak di badan. Lagi tinggi kos kehidupan, akan lebih banyak pengambilan karbohidrat, dan akan lebih gemuklah masyarakat biasa, yang tidak mampu beli beg tangan berjenama, usahkan itu, nak makan di KFC pun tak mampu.
Siapa lebih berkredibiliti mempunyai cerita derita dan sengsara manusia, jika tidak seorang pakar psikiatri atau psikologi yang mampu memberi masa untuk mendengar rintihan pesakit yang tidak psikotik, yang juga mewakili rakyat biasa. Mereka ada kerja dan ada gaji.
Jika dengan pakar motivasi yang poket tebal (duit berat) dan menghiasi muka TV Malaysia dan terhias muka dan badan dengan kelebihan, dikatakan tidak bersyukur, dan disuruh menjadi inovatif dan membuat kerja sambilan. Tahukan dia, rakyat biasa ini bila sampai di rumah dari tempat kerja, setelah mengatasi stres di jalan raya, mereka ikutkan hati dan rasa ingin sahaja lepak di atas katil. Tetapi, perlu ke dapur, masak nasi dan ikan goreng Selayang untuk memberi makan anak dan laki. Diri yang stres, apa lagi, makan lah nasi yang banyak dan nasi yang terlebih di dalam periuk. Kan mahal, kenapa pula nak membazir. Atau esok pagi, di goreng dengan minyak lebihan goreng ikan Selayang tadi.
Mereka ini dilihat di luaran berpakaian kemas, pandu kereta proton, ada rumah dan ada TV, tetapi realiti jika diketahui layak menjadi asnaf penerima zakat. Kadang-kadang tangan ini masuk-keluar beberapa kali ke dalam beg tangan di atas lantai klinik, ingin mengeluarkan duit, tetapi kebanyakkan masa tidak jadi kerana ia akan menyingung perasaan pesakit dan juga lain kali perhubungan terapuetik dengan pesakit itu akan terganggu, juga tidak sesuai dengan etika kaunseling.
Ada orang kata jika makanan mahal akibat kos kehidupan yang mendaki harga minyak, jangan lah berbelanja mahal-mahal. Itu lah objektif saya menulis di pagi ini. Makanan yang murah mempunyai peratusan tinggi karbohidrat. Nasi berlauk murah. Cuba bayangkan, nasi dan sedikit lauk sahaja, tanpa sayur. Nak puaskan hati lepas makan, minum teh tarik, susunya berkrim dari lemak sayuran. Bukan sahaja badan jadi gemuk dengan lemak, tetapi kadar keradangan dalam badan menjadi-jadi. Nanti, senang mendapat penyakit kronik, kencing manis dan darah tinggi. Kolesterol tak usah cerita lah. Bila sakit, beratur di hospital kerajaan. Mana mampu hospital swasta. Nak beli insuran? Gila! Nak beli beras pun duit cukup-cukup.
Lagi naik minyak, maka lagi gemuk lah kebanyakkan orang.
Saya tidak tergolong dalam kategori itu, kerana hidup saya dengan memakan minyak!. Saya baru lepas sahur dengan air kopi gano, tanpa gula, dibubuh satu sudu kecil madu acacia dan 2 sudu besar minyak nyior dara. Kalau nak kauseling pesakit cara pemakanan begini, mustahil ada ramai yang mengikut. Kalau tidak tentu ramai orang kurus. Lihat aje pakar motivasi. Adakah anda fikir mereka sudah cukup kurus dalam golongan berat unggul?
So, cakap senang kan?
I am loss at words tentang isu ini. Tapi kedua2 nukilan ni saya rasa sangat la menggambarkan perasaan dan keadaan sebenar kebanyakan rakyat di bumi Malaysia tercinta ini. Tak payah ckp pasal mereka yg benar2 miskin dan tiada sumber pendapatan, yg bekerja suami-isteri pon bertungkus lumus siang malam nak cari duit utk cukupkan perbelanjaan isi rumah. 
Doa saya semoga mereka2 yg duduk dipucuk pimpinan saya dibuka hatinya oleh Allah SWT utk memahami keperitan rakyat dan bukannya lagi menghimpit kami dengan kos sara hidup yg makin tinggi. Jangan la dok minta rakyat berjimat cermat sedangkan para pemimpin hidup penuh kemewahan. Anak2 semuanya dihantar belajar oversea dari peringkat sekolah rendah lagi, apa kes kan?

Wednesday, October 1, 2014

Ubat Hati: Baca Quran dan Maknanya

First of all, let me put a disclaimer.

Berkongsi entry ini hanya dengan niat sharing benda yg mungkin bermanfaat kepada org lain, semoga tiada rasa riak atau menunjuk2 dihati ini dan semoga yg membaca juga tidak rasa tuan tanah berniat demikian.

Bermula Awal Muharam tahun lepas, saya telah berazam akan baca Quran berserta maknanya sekurang2nya satu muka satu hari. Tak kira macamana sibuk pon mesti buat.

Alhamdulilah, semalam 5 Zulhijjah saya telah pon khatam Al-Quran. Berjaya khatam sebelum setahun dari bermulanya. Bukan la hebat sgt pon tp ianya satu kejayaan peribadi utk saya memandangkan seingat saya, saya cuma betul2 khatam Quran disekolah rendah. Itu pon sebab mengaji secara konsisten dengan guru mengaji kat kampung dulu. 

Over the years, saya cuma baca surah2 terpilih, itupon bukan setiap hari, malahan kadang2 berminggu2 kot tak sentuh Al-Quran. Alasan - sibuk dengan urusan kehidupan seharian. 

Sampailah tahun lepas saya terdengar pidato seorang budak kecik yg dishare di WA, tentang betapa ruginya tak baca Quran.



Betul kan apa budak kecik ni ckp? Kita banyak masa utk perkara lain tapi tak nak dedicate kan masa utk baca Al-Quran.

Juga banyak ceramah yg lain mengingatkan kepentingan baca Quran beserta maknanya. Antara fadilat baca Quran dan maknanya, mampu menjadi ubat hati.

Which, I've felt it selepas beberapa ketika mengamalkannya. Saya rasa saya jadi kurang marah, kurang stress, lebih mudah memaafkan. Peringkat awal mmg bukan mudah nak jadikannya amalan seharian. Ada masa2nya memang malas sgt. Juga dengan dugaan time kita pegang Quran tu la anak nak mcm2. Masa tu la teringat itu belum ini belum buat. Tapi teringat Ustazah Norhafizah cakap, kena lawan, kena jadikan sesuatu amalan itu rutin setiap hari, lama2 kita akan terbiasa.

Walaupun kalau ikutkan jadual seharian saya memang la sibuk tapi saya tanamkan dalam hati 'if you make time for Allah, Allah will make time for you'. Selalunya selepas Subuh la masa saya dedicatekan dalam 5-10 minit utk baca Al-Quran sekurang2nya 1 muka. Then lepas Maghrib sementara tunggu Isyak. 

Dan betul la jugak Al-Quran ni mmg mukjizat. Saya tak tahu kenapa tapi ada masa2 saya resah dengan sesuatu, atau terfikirkan sesuatu, tiba2 surah atau mukasurat yg saya baca tu makna yg dibaca semcm memberikan jawapan kepada permasalahan saya. 

Semalam ada kawan yg share di FB tips bagaimana mahu jadikan baca Al-Quran amalan seharian. I cut and paste disini utk mudah kawan2 baca.


Too Busy for Qur’an? Check These 3 Tips To Get Rolling

Most of us spend close to 8-10 hours of our entire day genuinely busy, be it at work, school, internships, volunteering, or some other day-consuming activity. That is usually supplemented with time to eat, which can add another 1-2 hours of busy time, spending time with the family, another couple of hours, 
entertainment
, sleeping and everything else, and we are left with barely any time to ourselves. We all know how busy our schedules are between the many different things we juggle daily.
Yet, we all have that desire to have a functional relationship with the Qur’an every day. We want to spend some time reciting it, some time memorizing it and also some time towards listening or reading tafseer (exegesis) to understand it. So how can we practically create a consistent, meaningful relationship with the Book of Allah, subhanahu wa ta`ala (exalted is He), when the time we have to invest in it is so little?
1)     If we make something a priority for ourselves, we will be able to make time for it.
Allah (swt) says, “And those who strive for Us – We will surely guide them to Our ways,” (Qur’an, 29:69). Meaning that Allah (swt) requires us to put in the effort for Him to make our matter easy for us. Once He sees that we are sincerely trying and our actions can prove that, He will place blessing in our time and open it up for us.
The reality is, the reason we have time for everything that we make time for is because we have placed a certain level of importance to it that creates within us the urgency to get that task done. If we place importance on Fajr (pre-sunrise) prayer, we will make sure we take the means to facilitate it for ourselves—even if those means are setting up multiple alarms, having a friend do a wake-up call, or anything else. Likewise, if we mean to make the Qur’an a priority in our lives, we will be able to carve out 15-20 minutes daily to spend time with it. This isn’t to belittle any of our daily responsibilities or commitments but rather to place the Qur’an along the same level of importance as them.
2)     We don’t need to jump into everything all at once!
The Messenger ï·º (peace and blessings upon him) said: “The acts most pleasing to Allah are those which are done continuously, even if they are small.”
There is so much wisdom in this statement of the Messenger ï·º.  A lot of times, when we are motivated to do something, especially when it comes to learning an aspect of our religion, we get on a spiritual high. That spiritual high causes us to get involved in one too many things, study too much all at once or volunteer too much. It creates in us a zest that in turn creates an unsustainable system. The eventual end is that we burn out and fail to accomplish anything and are left unmotivated to start again due to the negative experience. The better and more effective way to approach this is to take on a little at a time and establish a system within our life that is sustainable.
So how can we do this with the Qur’an? There are many ways. For example, start off by making time after Fajr prayer or after Isha’ (night) prayer, the two times you are most likely to be at home. Start by reading half a page of Qur’an on a consistent basis. If you are already doing that, move on up to a page or two pages. If you drive to work or school, use that time to listen to Qur’an in the car. Find a reciter or two whose voice you like, fill up your mp3 player and use that time to listen to the Qur’an. If you commute on public transportation, pop on some headphones and listen as you are getting to and from work/school. Mix it up so you don’t get tired out; maybe listen to recitation on the way to work and listen to a tafseer podcast on the way back.
The goal here is not do it for the sake of doing it. Rather it is to make this a part of your lifestyle and routine so that it becomes part of your day subconsciously as opposed to something you need to remember to do. Once it is a part of your lifestyle, it becomes easy to sustain. This takes time but it is definitely doable. Remember, little by little with consistency!
3)     Build a support system around ourselves
I remember back in college one of the main reasons some brothers finished memorizing Qur’an while going to school full-time and working was because they had a support system. Every day, without fail, these brothers would meet, sit and spend 15-20 minutes reciting to each other whatever they had memorized the night before, even if it was during midterms or finals. If they hadn’t memorized anything new, they would just review. Slowly but surely, each of them completed memorization. When asked about what helped them with that, they said it was because each time they felt like they were about to burn out they had that support system which pushed each other ahead towards completion.
Try to find friends who you can create a support system with at school or outside. If you are married and working full-time, make reciting Qur’an a couple’s thing—something that you do to get closer to Allah (swt) together. If you have kids, make it a family thing after Isha’ (bonus: this then becomes part of your children’s lifestyle as well!). Initiate something with your parents. The point is, it is possible to create a support system around you that can help you progress with your relationship with the Qur’an and it is very helpful to have one.
—
These are three simple tips on carving out times in our daily lives for the Qur’an. It is by no means exhaustive, but I believe that implementing each of these one by one will have an effect in creating time and place for the Qur’an in our daily lives. The reality is that we all have unique schedules, multiple commitments and responsibilities. Yet, prioritizing and creating time for the Qur’an in our lives is still within our grasp. The beauty of the Qur’an is that once it takes a hold in our lives and really becomes part of us through recitation, reflection and memorization, through its blessings, Allah (swt) places blessing in our time and in our day in ways that we would not have experienced otherwise. May Allah (swt) help us in becoming strong companions of the Qur’an!

*********************************************************************************

Semoga kita semua mampu mengamalkannya. Untuk kebaikan diri didunia juga akhirat. Insyaallah.

Tuesday, September 30, 2014

Being Positive

So it's official. 

Semalam terima surat tawaran dari company baru dan saya sendiri sudah serahkan surat perletakan jawatan dengan company skrg.

Sedihhhhhhhh.

Dah la terms in the new contract tidak begitu menggembirakan. Dan saya terpaksa melepaskan banyak conveniences yg saya dapat dgn kerja skrg.

I don't know how flexible the new office would be. Official working hours will be 8-5pm from Monday to Saturday. Gone sudah my free Saturday. Bergantung atas budi bicara bos opis baru. Kalau dia being flexible maybe I don't have to follow the official working hours.

In that case, I have to go to work early la. There would a lot of changes then. Sikembar sudah bising2 bila tau start Oktober kena naik van balik sekolah pagi dan pergi sekolah agama. I'm going to miss fetching them up from school. Walaupun kadang2 pening kena dgr mcm2 aduan but I consider it as a quality time with them. 

This morning I woke up at 4.30am and trained myself to get everything ready before 7am. I still want to prepare bekal utk anak2 and myself walaupun jadual kerja saya akan berubah. Perubahannya cuma nanti, pagi2 saya akan hantar kembar ke sekolah dan terus ke tempat kerja, manakala cik HB akan ambil alih urusan hantar Insyirah ke babysitter dan brg2 kembar ke tadika sbb dia akan keluar lambat sikit dari saya. Tapi persediaan barang2 masih urusan saya la....ni pon kena train cik HB utk kenal brg2 tadika dan brg2 Insyirah. Satgi kang ada pulak yg tertukar2!

I've already went to the new site office kat Batu Berendam. Kalau time tak jem, it would be about 15 minutes from my house. Jarak is about 10km. Still x jauh mana tapi sbb utk 2 tahun setengah saya sudah terbiasa dengan keadaan yg mana rumah dan opis saya skrg sgt dekat, maka saya kena latih minda saya supaya tidak rasa down. Honestly, I don't like everything about my new job. No vehicle is provided, parking kena bayar, no handphone provided etc. 

Maybe sbb kerja skrg terlampau byk privileges dan conveniences so bila hilang semua tu saya rasa susah sikit. Tapi setelah saya fikir2kan balik, sepatutnya saya kena bersyukur lagi banyak dari merungut. 

Pertama sekali, saya dapat this new job tanpa perlu susah-payah mencari. Cuba fikirkan org lain yg terpaksa bertungkus-lumus mencari kerja. Keduanya, gaji bertambah dari gaji sebelum ini. Tempat kerja pon dikira agak dekat dengan rumah. Kalau jam sekali pon paling lama saya amik masa utk sampai opis mungkin setengah jam aje. Cuba bayangkan kalau dok KL, how early you have to go out in order to reach office on time? 

So yeah! I need to be positive. You can't forever being in a comfort zone. Kena susah sekali-sekala baru kita pandai hargai kehidupan.