Pages

Monday, March 29, 2010

Selamat Pulang

We call them the Siegeners. Because all of them stationed in Siegen while furthering their study in Germany. In one house. There were 6 of them, one couple, Didie & Nazrin with their 3-year-old daughter, Ainaa, another couple Dylla & Md Nur and the most eligible bachelor, Rusdy.

I guess for those who have been reading my blog religiously for more than a year ago, should be familiar with these people.

The unique about their relationship is, they were in the same Uni, same course and graduated at the same time when they did their first degree in Malaysia and then they got job at the same institution, then further their study at the same Uni (again!) and managed to stay together in one house in harmony. Impressed huh?

They are among our close friends here in Germany. The ones who always turned up when we had events in the house, and the ones who always invited us over to attend their events. The ones we had trips together for couple of times and the ones who would have long endless chat until dawn whenever we gather.

And yesterday they went home to Malaysia for good. We are going to miss them. Hopefully the warmth of our friendship remains forever. We are going to meet again next year, insyaallah in Melaka.

Last gathering with Siegeners sebelum diorg berangkat pulang ke Malaysia

Dan antara kenangan2 kami di bumi Germany:

Siegen BBQ party

Raya 2009 - Dylla, Md Nur & Paan (pon sudah pulang hujung thn lepas)
Trip NRW bersama Frankfurters & Siegeners

Along with the leftover groceries and some other house appliances the Siegeners gave to me, they also gave me this rack and Dylla has requested if I have used it, put the photo in this blog. So Dylla, akak dah pasang dan dan letak brg2 pon smlm. Thank you korang....it really helps my kitchen storage crisis ya!

Saturday, March 27, 2010

Beautiful Blogger Award

Mari berehat sebentar dr kisah kembara Europe sy dan mari lihat ini!

Sy telah menerima Beautiful Blogger Award dr 2 rakan bloggers yg buat masa ini menetap di Abu Dhabi. Mereka adalah Azma, ex-housemate sy masa zaman uniten dan Irma, biras kawan baik sy Liza yg sy penah jumpa thn lepas masa Irma berkunjung ke Germany. Tup-tup Azma pon kenal Irma dan sy kenal mereka berdua....alahai, keciknya dunia walaupun kami duduk di dua benua berbeza.


Ok, mari kita tgk syarat penerimaan award ni:

1. Thank and link the person that gave you the award

Vielen Dank Azma & Irma. Eh..eh...nama korang mcm rhymes la pulak....hahaha

2. Pass this award to 15 other bloggers you've recently discovered and think are fantastic:

Ala, sy noticed rata2 rakan bloggers sy dah dpt dah award ni dan dah buat recently tapi xpelah sy bagi jue ok. Sapa dah buat sila ignore ye!

- Nana
- Mis
- Durra
- Adzue
- Iu
- Kak Azie
- Suharti
- Jalak
- Zetty
- K. Dalia
- Dalina

3. Contact them and tell them that they've won the award.

Ok, will do

4. State 7 things about yourself:
- I like to plan things ahead to the tiniest details walau utk simplest things like having people dining in the house. Kadang2 apa yg dirancang tak semesti jadi seperti sepatutnya tapi as long as I list down what to do, I am comfortable.

1. I consider myself an avid reader. I don't limit my preference - romance, historical, politics, legal issues, horror, scientific semua sy baca. Masa zaman belajar dulu, time xde duit nak beli buku, kedai india kat Central Market tu port utama sy utk sewa buku. Sy akan sewa 5 biji at least mengikut budget yg sy ada. Skrg kalau jumpa buku2 English yg murah di flohmarkt sy angkut jue. Tapi baca bab2 teknikal sy still malas....hehehe

2. Sy adalah jenis x suka nak marah2. Berleter and perang mulut i guess is not my thing. I would prefer being in cold war when I'm not happy with someone. But I can be sarcastic when necessary. So don't tempt me!

3.Sy suka try resepi2 baru dan juga suka makan! Kalau dpt any kind of sambal tumis, selera sy menjadi tidak terkawal ok!

4. Mak dan suami sy selalu kata, sy seorg yg degil tapi sy tak nak mengaku....hahaha

5. Sy suka adventures and challenges. Dulu2 time belajar sy suka naik gunung, masuk hutan, berkayak sampai sy bercita2 nak masuk Eco-Challenge. La ni sy doubt sy boleh buat tu semua lagi. Kalau dpt buat back pack travelling pon cukup la kot.

6. Sy suka shopping (window aje sepanjang masa sebenarnya) walau hanya utk groceries. Sy tahan keluar masuk kedai utk survey harga brg dan lihat2 sahaja utk angan2....hehehe.

7. Sy amat tidak berbakat when it comes to crafting. Tapi sy bertekad sy nak belajar segala domestic skills supaya sy dpt jadi mcm Martha Stewart.....

Wednesday, March 24, 2010

Day 3: Pahit Manis di Paris

Warning: Entry ni adalah sgt panjang ok! Byk sgt nak share!

Setelah dijamu dgn bihun goreng yg sedap oleh tuan rumah, kami bergerak dr Homburg menuju Paris pada pukul 8 pg. Plan asal adalah bercita2 nak bertolak pukul 6 pg (konon!) sbb perjalanan ke Paris dijangka mengambil masa 5 jam (campur ngan stopping time) dan ingin sampai awal tapi pung-pang2 ngan nak menyiapkan budak2, mak budak, bapak budak maka terlewat la 2 jam dr perancangan.

Keluar dr Homburg, Garmin menunjukkan arah melalui highway tapi selepas beberapa ketika, Garmin memberikan arahan keluar dr Highway. Tapi kali ni kami dah learnt from lesson..selepas 2km dan tidak menunjukkan tanda2 yg kami akan masuk semula ke highway, cik HB checked semula setting. Ya! seperti dijangka, Garmin berada di setting shortest distance. Teori kami, whenever Garmin is off and then on again, setting mungkin terus diautomatikkan ke pilihan ´shortest distance´. So, sapa2 pemilik Garmin, bolehkah anda komen utk situasi ini?

Maka sekali lagi kami tukar setting ke fastest time, dan kami berjaya masuk semula ke highway. Kali ni sy bertekad (as co-pilot), xkan hanya mempercayai Garmin 100 peratus tapi perlu juga merujuk kpd papan2 tanda di atas jalan.

Highway Paris x byk beza ngan highway Malaysia....ada had laju dan juga TOL! (Highway Jerman in general tiada speed limit dan tiada tol ok!). Tapi sy berpendapat bagi highway yg berbayar, highway PLUS Malaysia adalah lebih cantik dan terjaga (bangga menjadi rakyat Malaysia walaupun sedar hakikat nilai yg perlu dibayar utk highway secantik itu!)

The moment kami entered France border, terasa seolah2 cuaca pon berubah. Di France, tiba2 suasana adalah sgt spring. Langit biru dan matahari memancar2. Ketika di Luxembourg dan Germany just the day before, masih lagi terasa musim winter. In fact, kat Frankfurt pd hari jumaat sebelumnya (kami bergerak ke Paris hari Isnin), snow masih turun!

Langit yg biru sepanjang perjalanan (org Malaysia x heran la kan ngan langit biru)

France countryside

Suka betul budak berdua ni ngan cuaca begini...depan toilet highway pon jadi amik gambar!

Kak Ngoh yg sgt berjasa....dia la yg dok layan kerenah sikembar sepanjang perjalanan

Kami memasuki zon Paris pukul 1 tghari dan memandangkan check-in time utk accomodation kami di Paris bermula pukul 2 ptg, kami memilih menuju ke tempat penginapan dulu utk makan dan solat sebelum memulakan lawatan ke Paris City. Tempat penginapan kami adalah di sebuah campsite yg mempunyai beberapa jenis mobile home (lebih kurang mcm chalet) terletak disebuah kampung bernama Varredes, kira2 66km atau 1 jam perjalanan dgn kereta ke centre Paris dan 1/2 jam ke Disneyland. Agak mencabar jugak nak cari tempat ni sbb ianya terletak di kawasan terpencil. Siap jalan masuk ada kubur ok! Tapi xde la dekat sgt ngan campsite tu.(and don´t worry, tiada sebarang kejadian mistik sepanjang kami bermlm disini...)

Signboard Le Village Parisien

Depan mobile home kami

Ye, mmg agak jauh tapi kami pilih tempat ini disebabkan faktor harga yg murah ( maklum la low budget) tp sgt convenient dgn facilities yg disediakan. Utk 55€/day (harga adalah varies mengikut tarikh), mobile home ini lengkap dgn peralatan asas rumah - cooker, kettle, microwave, coffee maker, toaster, heater, jadinya mmg sgt sesuai utk kami sekeluarga. Ruang atur dan perabot juga sgt comel tapi space adalah limited! Semuanya cukup2 saja. And take note, tiada TV atau telefon disediakan tapi jika anda ingin menggunakan internet, Wifi disediakan tp perlu dibayar!

Dining area

Kitchen

Bedroom 1
Bathroom

Bedroom 2

Jika sy memilih utk menginap dihotel di tgh kota Paris, harga masih lagi lebih mahal walaupun sekadar hotel yg kurang berbintang atau hostel. Hostel pulak masih dikira murah tapi sy rasa condition kurang sesuai utk kanak2 . Pulak tu hotel2 kurang berbintang dan hostel2, parking tidak disediakan. Kemungkinan kami terpaksa parking di tempat2 tertentu lepas tu harus bergerak dgn public transport utk ke hotel. Sgt tidak convenient ok!

Masa mula2 survey campsites (ada beberapa campsites disekitar Paris), agak bermasalah sbb kebanyakan campsites mula dibuka penghujung March atau awal April. Hanya campsite Le Village Parisien ini shj yg mula dibuka pd 15 March, which was the date kami planned ke Paris. So masa kami checked-in, the receptionist bgtau, it was their first day of opening dan kami adalah first customer on that opening season....which sy senyum aje lah sbb mmg dah agak, mana ada org bercuti time2 mcm ni...hehehe

Overall, review during my two days stay, my family and I like this place so much. Selain dr harga yg berpatutan, tempat ni jugak terletak dikawasan countryside yg cantik. Right in front campsite ni ada ladang dan sungai kecil. Scenery time awal spring ni pon dah cukup cantik, i´m sure ianya adalah lebih cantik waktu peak spring dan summer juga autumn. Sgt sesuai utk org yg dtg utk relax dan menenangkan fikiran.

View depan Le Village Parisien


Jika anda berminat dgn Le Village Parisien ini, sila click di sini (wah, siap buat promotion pulak!)

So lepas mkn dan solat, kami bergerak ke Paris City at 3pm. Oh! Sebenarnya sebelum travel ni, sy dah siap booked & bayar online car park betul2 bwh Louvre Museem (15€ utk 24 jam). Atas jangkaan, kalau kami park outside Zone 1 dan travel dgn public transport, lebih nilai perlu dibayar sbb kami ramai dan sistem pengangkutan Paris bukan seperti Germany yg menyediakan pilihan utk day & group ticket yg berbaloi nilainya. Jadinya sy budget, kalau park di Louvre, yg berdasarkan map Paris terletak ditgh2 Paris attractions, maka kami boleh la berjalan kaki saja ke tempat2 yg menarik itu.

Tapi tu la....x semua dirancang terjadi seperti sepatutnya. Parking yg sy booked tu designated utk kenderaan dibawah 1.90m shj. Kalau Transporter mmg x lepas la! So kami abaikan saja la car park itu. Sia2 aje 15€ terbang! The night before bertolak ke Luxembourg, sy dah survey car park lain yg masih terletak di Zone 1 yg sesuai utk kenderaan besar & tinggi seperti Transporter. Kali ni x book, just take note alamat shj.

By the time kami masuk Paris dah pukul 4 ptg. Owh...traffic di Paris adalah sgt havoc ok! Sgt tidak expect suasananya yg serabut (i´m not sure la kalau kami masuk tu mmg kawasan gelap Paris, yg tidak se elit kawasan Paris yg lain). Ngan org2 berniaga tepi jalan, pejalan kaki yg selamba melintas walau kereta tgh lalu lalang, kereta2 bersimpang-siur, masuk lane kiri kanan tanpa signal, mencelah2 sesuka hati. Sy yg x drive pon rasa nak gugur jantung everytime cik HB terpaksa brek mengejut berkali2 dek kerenah driver2 di Paris. (sila imagine suasana di Chow Kit, KL...lebih kurang la ngan suasana kat part of Paris yg kami sampai ni - i guess much worse!) Yg paling buat sy ternganga, ditgh2 jalan yg jam, right in front van kami, ada sebuah lori ni bg emergency signal...ingatkan lori dia rosak tapi with my own eyes, i saw the driver turun dan pegi tgk2 brg yg dijual ditepi jalan!

Boleh tak????

Tapi nak hon x berani, sbb x dgr pon bunyi2 hon. Kot kang kita hon, dia dtg belasah kita ke...naya je.So nak tak nak terpaksa la cik HB berhempas pulas cuba menukar lane. Dah ler driver2 lain kedekut nak bagi jalan. Bagi kami yg dah biasa ngan sistem org2 German yg sgt berhemah dan berbudi bahasa di atas jalan raya (walau org Malaysia pon sgt teruk dijalan raya) , ini adalah culture shock!
Market tepi jalan Paris

Camni la cara2 kereta di parked. Boleh imagine cemana diorg nak bawak kereta luar?

Ok, tu citer atas jalan...kemudian kami pon sampai kat car park yg dituju. The first entrance ok, tapi the second entrance kami blur...sbb tgk the entrance mcm rendah, mcm about 2m je tingginya and mcm x lepas je Transporter nak lalu. Ada laluan mcm reserve utk kenderaan besar tapi berpalang (mcm area reserved aje) . Tapi based on the website, it says car park ni mmg available utk kenderaan spt van. So cik HB parked sekejap kat tepi, sy lak pi tanya kat car park attendant.

Oh, nasib baik car park attendant tu boleh ckp English (sgt risau sbb org kata French susah/not willing nak ckp English). Sy bgtau dia kenderaan sy so and so and mcm x lepas nak masuk car park utk visitor. Dia ngan confident ckp `boleh lepas, try masuk slowly´.

So xde pilihan, sy pon ckp the same thing kat cik HB, kami pon try la. Sgt thrill ok sbb betul2 lebih kurang seinci je gap antara bumbung Transporter dan bumbung palang simen. Dan nak masuk kotak parking pon ada jugak palang simen tu lagi. Mmg memerlukan kesabaran dan ketelitian utk park Transporter ni di car park tu. Pulak tu yg menambahkan stress, kereta2 yg nak keluar, langsung x leh bersabar...hon x berhenti selagi kami x bg laluan. Haih.....

Pukul 5pm baru kami settle ngan parking. Lepas tu cepat2 cari stesen Metro. Target nak sampai Eiffel Tower sebelum gelap. Meraban la jugak masa mula2 nak cari stesen Metro. Garmin tunjuk direction mcm x jauh tapi still kami blur jugak la mencari. Sebabnya stesen Metro adalah underground and unlike LRT kat Malaysia, tiada papan tanda yg besar indicate Metro. Kalau x buntangkan biji mata, susah nak nampak ye!

Utk sampai ke Eiffel Tower, kami kena tukar 2 Metro. Nasib la sy dah kaji sesiap sistem tiket metro dan map Metro jadi bab yg ini xde la kami terkial2 sgt. Dan sampai2 aje kat area Eiffel Tower, decided nak beli souvenirs awal2 sbb risau kalau lambat nanti kedai dah tutup. Tapi the first kedai kitorg masuk, mak aii...mahalnya fridge magnet dia. Satu 5€. Amik jugak la satu, again sbb takut x sempat beli.

Map Metro

Twins in Metro

Then of course sesi amik gambar Eiffel Tower. Well...sy agak kurang berperasaan bila dah sampai bwh Eiffel Tower. Dunno why...stress ngan kejadian2 sebelum tu kot. Just mula2 masa nampak Eiffel Tower dlm Metro, adalah like`Yey! Eiffel Tower!´ But then really, besides the structure itself, the surrounding was not impressive. Supposed kat situ ada garden, tp masa tu everything was kering kontang, xde walkway yg cantik, turapan ke...probably tgh renovate kot. Kalau summer nanti mungkin cantik la kot sbb tgk gambar2 org lain yg pegi time summer mcm cantik je surrounding Eiffel ni.

Owh, sebelum ditanya, kami mmg x naik la tower. X kuasa la nyah...queue panjang, hari pon dah lewat, ngan byk lagi tempat nak pegi, kerenah sikembar lagi. Xpe la, janji sampai utk amik gambar background Eiffel, it was enough for me...One thing I appreciated about our late arrival in Paris, ialah kesempatan utk menikmati view indah Eiffel Tower diwaktu malam. Bak kata Kak Ti `It looks magical at night´.



One thing so obvious about Eiffel Tower, selain tourists yg ramai, org berkulit hitam menjual souvenirs juga terlalu ramai. Kalau layan sorang, yg lain2 akan berduyun2 mengerumuni kita dan berebut offer harga yg lebih murah utk souvenirs diorg. Murah mmg murah tapi risau jugak nak beli. Sbb selalu sgt dok dgr citer masa kita bayar tu akan ada yg amik kesempatan curi brg2 kita. Dunno how true is this tapi better la berjaga2. However kak Ti & Ngoh beli la jugak sbb dah murah sgt compare ngan yg dijual kat souvenirs shop.

Lagi satu yg menjadi kemusykilannya diorg ni kenal lak kitorg ni dr malaysia. Siap ckp `MALAYSIA´&`LIMA`2 : Apa yg lima nya x tau la. Tapi sorang mamat ni cik HB interviewed cemana dia tau kitorg dr Malaysia (sbb dia dok sibuk pujuk kitorg beli souvenirs dia, yg akhirnya kitorg beli la jugak) ckp (in his broken english) dia global, selalu round satu dunia, tu sbb dia tau. Ceh! Boleh percaya ke?

Teori kami lak : Ramai sgt org malaysia dtg Eiffel Tower kot...tu pasal mamat2 penjual souvenirs ni boleh tau...logik x?

Since waktu semakin lewat, kami tinggalkan eiffel dan sekali lagi naik Metro menuju Louvre. Again 2 kali tukar metro utk sampai kesitu. Louvre is also beautiful at night. My intention lama dulu, adalah nak masuk Louvre Museem, nak tgk live lukisan2 Leornardo Da Vinci & sejarah2 Renaissance tapi x sempat.
X dpt masuk muzium, amik gambar kat mesin tiket pon jadi la!

Depan Louvre

Dah amik gambar cukup2, we decided to get back to car park and went back to Varredes. It was 9.00 pm at the time. Cukup la hanya Eiffel Tower & Louvre sasaran kami di Paris. Ikutkan dlm perancangan ingat nak pegi Champs Elyssee & Notre Dame sekurang2nya. Tapi hanya itu masa yg kami ada.

Malangnya laluan ke Metro melalui shopping complex Louvre dah ditutup. Terkial2 mencari laluan metro yg lain dan terpaksa tanya sorang mamat ni. And again my luck, he spoke English and informed me how to get to metro. Sekali lagi naik metro 2 kali, then jalan kaki ke tempat parking. Seriously penat...budak2 pon dah cranky, campur lapar lagi. X sempat nak cari makanan disebabkan masa yg singkat, walau di paris ada byk restoran makanan halal. Since it was already late (dah 10pm) we decided balik ke tempat penginapan terus dan makan aje bekalan makanan yg ada.

Sampai di campsite, dah pukul 11 mlm and terpaksa parking kat luar campsite sbb mmg dah diberitau dr awal yg gate campsite akan ditutup dr pukul 10.30 pm -7.30 am atas sbb2 keselamatan. Tapi xde lah jauh sgt nak jalan masuk pon.

Tau kami dinner kul bape? Kul 12 mlm ok! Hahaha....

Next episode: DISNEYLAND

Tuesday, March 23, 2010

Day 2: Luxembourg

Hari kedua bersama Volkswagen Transporter dan merupakan hari pertama kami memulakan perjalanan ke luar Germany. Destinasi adalah Luxembourg. Sebuah negara kecil yg terletak diantara Germany, France dan Belgium. Estimated time by driving dr Raunheim adalah kira2 3 jam. Time bertolak lebih kurang pukul 8.30 pg. Maka kami target utk tiba di Luxembourg pukul 12 tghari.

Hari ni masih lagi huru hara dgn kendalian Transporter dan penggunaan Garmin si navigator. Mujur la hari Ahad, jalan2 adalah lengang dan manusia pon sukar kelihatan dijalanan. Maka walau berapa kali pon cik HB termatikan enjin kereta atau tersilap simpang dan membuat illegal u-turn, xde lah kami stress sgt.

Pada masa yg sama, kami dok pelik kenapa la si Garmin asik memberi arah yg bukan melalui highway dan laluannya adalah pelik2. Turun naik bukit, masuk town keluar town, masuk hutan keluar hutan, sampai ada jalan2 yg kami lalu mcm org x guna aje...menambahkan lagi suspen kami yg dah mmg gabra. At last dek kerana was2 ngan tunjuk arah yg diberi sbb makin jauh jln makin jauh dr laluan highway, cik HB pon tgk balik setting Garmin.


Antara views sepanjang perjalanan

Laa...patut la! Rupanya setting adalah shortest distance, dan bila shortest distance maka laluannya adalah jln2 short cut yg pelik2. So bila cik HB tukar setting ke fastest time, baru lah direction menunjukkan laluan highway. Nasib baik la ada instinct that there´s something not right here. Kalau x sampai sudah la kami dok lalu jln2 kampung dan x tau la pukul berapa sampai Luxembourg.

Campur tolak masa berhenti utk toilet, gas and kopi, kami sampai di Luxembourg lebih kurang kul 1 tghari. Tak berapa sure dgn availability parking kat Luxembourg City, kami parked at the first car park kami jumpa, yg kami kira x berapa jauh dr tourist attraction centre. Tapi sebenarnya agak jauh jugak la kena berjalan. Dan pulak tu terlupa nak bawa buggy. One thing salah estimate, lupa nak bawa sekali bekalan makanan yg sebenarnya dah siap packed kat dlm kereta.

Luxembourg mmg indah. Suasananya aman, segar dan x crowded. Tak tau la samada ianya disebabkan hari Ahad (kedai2 semua tutup) atau mmg begini suasananya di Luxembourg. You can walk and walk in the area and be amazed with the historical buildings and architecture.

View in Luxembourg

Peserta rombongan...hehehe

Tapi after couple of hours, nabilah dah start cranky. I knew she was tired and hungry. It was my mistake sbb lupa nak bawa bekal makanan sekali dan buggy. Tu pon nasib baik dlm beg ada air, coklat dan waffle. At last we all decided nak patah balik ke kereta, makan dulu then cari car park yg lebih dekat.
Nabilah yg terpaksa didukung

Dah makan semua, kami pon bergerak dgn Transporter menuju ke centre. Tapi malangnya 2-3 kali round pon xde parking kosong yg asalnya masa mula2 kami sampai byk yg kosong. Pusing punya pusing sampai dah naik bosan, we decided to end our trip in Luxembourg and bergerak ke Homburg, rumah Iu & arif, tempat kami nak menumpang bermalam pada hari itu.

Kami sampai di rumah Iu kira2 kul 6 ptg dan being Iu, dia dah siap masak mcm2. Ngan nasi beriani, ayam masak merah, acar, bingka gula hangus, puas sungguh kami makan mlm tu (sampai lupa nak snap gambar makanan!)

Terima kasih byk2 Iu & Arif atas layanan yg diberikan....

Sunday, March 21, 2010

Day 1: Wertheim Village - Designer Factory Outlet

Actually Day 1 dah merupakan Day 4 Kak Ti & Abe Lan kat Germany. Tapi sy mula kira as Day 1 as the day kitorg start sewa kereta. Diorg sampai hari Rabu dan and the first day tu sy dah bawa jln2 ke Ruesselsheim. The 2nd day ke Frankfurt & the 3rd day ke Darmstadt. Which sy malas nak elaborate sbb selalu sgt dah sy bawa tamu2 jln2 ke tempat2 ni dan sy dah cerita pon dlm blog ni.

Day 1 tu kami masih berada dlm Germany. Destinasi yg dirancang adalah Wertheim Village - a designer factory oulet yg terletak kira2 1 jam dr Frankfurt.

Kenapa ke sini?

Shopping la...apalagi! (bunyi cam byk duit je...hahaha)

Mula2 terfikir nak jugak ke Heidelberg, destinasi perlancongan popular di Germany dan terletak lebih kurang 1.5 jam dr Frankfurt. Tapi day 1 ni kami terpaksa berhati2 dgn masa sbb anak buah dr Ireland akan tiba di Frankfurt pukul 4 ptg on that day. Kalau ke Heidelberg at least kena la spend masa lama sikit nak sightseeing, baru berbaloi.

So shopping lagi appropriate...walau masa singkat, sekurang2nya sempat la jugak mencari apa2 yg patut dan selamat la jua duit sbb shopping dlm masa yg singkat....hehehe.

The thing was, pagi tu kami menerima kejutan yg sedikit sebyk mencacatkan agenda percutian kami. Actually, Kami dah booked online 7-seater Peugeot 807 seminggu sebelum tapi pagi masa cik HB pi collet car kat Europcar, yg diorg bg adalah Volkwagen Transporter. Mcm bas mini ok! Diorg kata all sorts of family car or MPV yg setara ngan Peugeot 807 semua dah xde. Even diorg check kat Airport pon dah xde vehicles jenis berkenaan. Ok, fine, diorg kata diorg x charge extra for bigger vehicle and siap bg winter tyres lagi (winter tyres adalah mahal actually) tapi yg mengganggu plan, sy dah booked parking kat Paris yg designated for car below 1.90m. Dah siap bayar 15 Euro ok. Transporter ni nearly 2m! And cik HB dah ler jarang drive kat jerman ni, tup2 nak kena bawa kenderaan besar, tak panik ke member?


Ni la Transporter nya


Tapi the situation was - Take it or leave it!

So amik la walau gabak sekalipon. Haru biru la jugak masa cik HB mula2 drive. Dah la manual, besar, pulak kalau kat Raunheim ni byk jln2 kecik yg 2-way. Dan hari ni bukan setakat hari test drive tapi hari test memahami Garmin si navigator. Sekejap2 silap masuk simpang. Garmin kata lgi 200m baru enter, nampak simpang sebelumnya dah masuk! Haih...

Kami sampai Wertheim Village dlm kul 12 tghari. Nasib baik parking xde masalah. Best Wertheim Village ni ( sapa suka shopping or byk duit, mesti buntang biji mata tgk items kat sini dan harga yg ditawarkan). Sy ngan cik HB xde la shopping sgt pon. Tapi sy dapat la sneaker idaman hati yg harganya adalah within the budget. Then set ramekin Viners berwarna biru yg pon dah lama jadi idaman. Kami bercita2 nak dtg sini lagi sbb apparently ada bus service dr Frankfurt ke sini. Kena simpan duit dulu...hehehe.


In front the entrance


Ada parade hari tu so sempat la sikembar bergambar ngan minah2 tu


Kalau Bally kat Malaysia, sy nak masuk pon x berani. Kat sini siap test2 semua lagi...muahaha


Teringin gak nak tangkap Furla satu...tapi dah order Coach...wahai hati sabar la ye.

Hanya 3 jam di Wertheim Village then kena berkejar balik ke Frankfurt sbb nak jemput Ngoh di airport.

Saturday, March 20, 2010

Back Home

We just came back from a long trip to some parts of Europe with my BIL and his wife. And this morning, they already went home to Malaysia. Rasa mcm nak mem blog about the journey now while it is still fresh in mind and there are hundreds of photos to look at and to be uploaded. But I have to give priority to cleaning and laundry since tomorrow we are expecting guess from Aachen.

So blogging and facebooking has to wait lorr...

Tuesday, March 9, 2010

Tak Sabar...

In less than 24 hours, my brother-in-law and his wife will be arriving in Frankfurt. Weeeheeeee!!! Tak sabar nak tunggu kedatangan diorg.... Sabtu nanti, anak buah cik HB, Ngoh dr Ireland pon akan sampai. Tak sabar jugak nak pi jln2....

Tapi cuaca cam x best aje minggu ni. Suhu dropped sampai negatif balik. Terpaksa la pakai balik berlapis2. Kesian kat diorg nanti nak bawa pi jln time sejuk2. Harap2 cuaca next week cantik, no more snowing, no more freezing cold weather but with bright sun and blue sky.

On the trip matters, I think I'm done with all the arrangements. Accommodations dah booked, car booked, car park pon, places to visit pon dah listed down lengkap ngan details, check-list utk brg2 nak dibawa pon dah, tapi kena go thru once again nak tgk kalau ada apa2 perlu ditambah or dikaji semula. Semoga semuanya berjalan lancar.

Ok, now kena bergerak utk aktiviti mengemas rumah. Byk sungguh la habuk walaupun mcm baru je dusting. Twins pon suka sgt buat sepah merata2 rumah. Haih...