Pages

Wednesday, March 24, 2010

Day 3: Pahit Manis di Paris

Warning: Entry ni adalah sgt panjang ok! Byk sgt nak share!

Setelah dijamu dgn bihun goreng yg sedap oleh tuan rumah, kami bergerak dr Homburg menuju Paris pada pukul 8 pg. Plan asal adalah bercita2 nak bertolak pukul 6 pg (konon!) sbb perjalanan ke Paris dijangka mengambil masa 5 jam (campur ngan stopping time) dan ingin sampai awal tapi pung-pang2 ngan nak menyiapkan budak2, mak budak, bapak budak maka terlewat la 2 jam dr perancangan.

Keluar dr Homburg, Garmin menunjukkan arah melalui highway tapi selepas beberapa ketika, Garmin memberikan arahan keluar dr Highway. Tapi kali ni kami dah learnt from lesson..selepas 2km dan tidak menunjukkan tanda2 yg kami akan masuk semula ke highway, cik HB checked semula setting. Ya! seperti dijangka, Garmin berada di setting shortest distance. Teori kami, whenever Garmin is off and then on again, setting mungkin terus diautomatikkan ke pilihan ´shortest distance´. So, sapa2 pemilik Garmin, bolehkah anda komen utk situasi ini?

Maka sekali lagi kami tukar setting ke fastest time, dan kami berjaya masuk semula ke highway. Kali ni sy bertekad (as co-pilot), xkan hanya mempercayai Garmin 100 peratus tapi perlu juga merujuk kpd papan2 tanda di atas jalan.

Highway Paris x byk beza ngan highway Malaysia....ada had laju dan juga TOL! (Highway Jerman in general tiada speed limit dan tiada tol ok!). Tapi sy berpendapat bagi highway yg berbayar, highway PLUS Malaysia adalah lebih cantik dan terjaga (bangga menjadi rakyat Malaysia walaupun sedar hakikat nilai yg perlu dibayar utk highway secantik itu!)

The moment kami entered France border, terasa seolah2 cuaca pon berubah. Di France, tiba2 suasana adalah sgt spring. Langit biru dan matahari memancar2. Ketika di Luxembourg dan Germany just the day before, masih lagi terasa musim winter. In fact, kat Frankfurt pd hari jumaat sebelumnya (kami bergerak ke Paris hari Isnin), snow masih turun!

Langit yg biru sepanjang perjalanan (org Malaysia x heran la kan ngan langit biru)

France countryside

Suka betul budak berdua ni ngan cuaca begini...depan toilet highway pon jadi amik gambar!

Kak Ngoh yg sgt berjasa....dia la yg dok layan kerenah sikembar sepanjang perjalanan

Kami memasuki zon Paris pukul 1 tghari dan memandangkan check-in time utk accomodation kami di Paris bermula pukul 2 ptg, kami memilih menuju ke tempat penginapan dulu utk makan dan solat sebelum memulakan lawatan ke Paris City. Tempat penginapan kami adalah di sebuah campsite yg mempunyai beberapa jenis mobile home (lebih kurang mcm chalet) terletak disebuah kampung bernama Varredes, kira2 66km atau 1 jam perjalanan dgn kereta ke centre Paris dan 1/2 jam ke Disneyland. Agak mencabar jugak nak cari tempat ni sbb ianya terletak di kawasan terpencil. Siap jalan masuk ada kubur ok! Tapi xde la dekat sgt ngan campsite tu.(and don´t worry, tiada sebarang kejadian mistik sepanjang kami bermlm disini...)

Signboard Le Village Parisien

Depan mobile home kami

Ye, mmg agak jauh tapi kami pilih tempat ini disebabkan faktor harga yg murah ( maklum la low budget) tp sgt convenient dgn facilities yg disediakan. Utk 55€/day (harga adalah varies mengikut tarikh), mobile home ini lengkap dgn peralatan asas rumah - cooker, kettle, microwave, coffee maker, toaster, heater, jadinya mmg sgt sesuai utk kami sekeluarga. Ruang atur dan perabot juga sgt comel tapi space adalah limited! Semuanya cukup2 saja. And take note, tiada TV atau telefon disediakan tapi jika anda ingin menggunakan internet, Wifi disediakan tp perlu dibayar!

Dining area

Kitchen

Bedroom 1
Bathroom

Bedroom 2

Jika sy memilih utk menginap dihotel di tgh kota Paris, harga masih lagi lebih mahal walaupun sekadar hotel yg kurang berbintang atau hostel. Hostel pulak masih dikira murah tapi sy rasa condition kurang sesuai utk kanak2 . Pulak tu hotel2 kurang berbintang dan hostel2, parking tidak disediakan. Kemungkinan kami terpaksa parking di tempat2 tertentu lepas tu harus bergerak dgn public transport utk ke hotel. Sgt tidak convenient ok!

Masa mula2 survey campsites (ada beberapa campsites disekitar Paris), agak bermasalah sbb kebanyakan campsites mula dibuka penghujung March atau awal April. Hanya campsite Le Village Parisien ini shj yg mula dibuka pd 15 March, which was the date kami planned ke Paris. So masa kami checked-in, the receptionist bgtau, it was their first day of opening dan kami adalah first customer on that opening season....which sy senyum aje lah sbb mmg dah agak, mana ada org bercuti time2 mcm ni...hehehe

Overall, review during my two days stay, my family and I like this place so much. Selain dr harga yg berpatutan, tempat ni jugak terletak dikawasan countryside yg cantik. Right in front campsite ni ada ladang dan sungai kecil. Scenery time awal spring ni pon dah cukup cantik, i´m sure ianya adalah lebih cantik waktu peak spring dan summer juga autumn. Sgt sesuai utk org yg dtg utk relax dan menenangkan fikiran.

View depan Le Village Parisien


Jika anda berminat dgn Le Village Parisien ini, sila click di sini (wah, siap buat promotion pulak!)

So lepas mkn dan solat, kami bergerak ke Paris City at 3pm. Oh! Sebenarnya sebelum travel ni, sy dah siap booked & bayar online car park betul2 bwh Louvre Museem (15€ utk 24 jam). Atas jangkaan, kalau kami park outside Zone 1 dan travel dgn public transport, lebih nilai perlu dibayar sbb kami ramai dan sistem pengangkutan Paris bukan seperti Germany yg menyediakan pilihan utk day & group ticket yg berbaloi nilainya. Jadinya sy budget, kalau park di Louvre, yg berdasarkan map Paris terletak ditgh2 Paris attractions, maka kami boleh la berjalan kaki saja ke tempat2 yg menarik itu.

Tapi tu la....x semua dirancang terjadi seperti sepatutnya. Parking yg sy booked tu designated utk kenderaan dibawah 1.90m shj. Kalau Transporter mmg x lepas la! So kami abaikan saja la car park itu. Sia2 aje 15€ terbang! The night before bertolak ke Luxembourg, sy dah survey car park lain yg masih terletak di Zone 1 yg sesuai utk kenderaan besar & tinggi seperti Transporter. Kali ni x book, just take note alamat shj.

By the time kami masuk Paris dah pukul 4 ptg. Owh...traffic di Paris adalah sgt havoc ok! Sgt tidak expect suasananya yg serabut (i´m not sure la kalau kami masuk tu mmg kawasan gelap Paris, yg tidak se elit kawasan Paris yg lain). Ngan org2 berniaga tepi jalan, pejalan kaki yg selamba melintas walau kereta tgh lalu lalang, kereta2 bersimpang-siur, masuk lane kiri kanan tanpa signal, mencelah2 sesuka hati. Sy yg x drive pon rasa nak gugur jantung everytime cik HB terpaksa brek mengejut berkali2 dek kerenah driver2 di Paris. (sila imagine suasana di Chow Kit, KL...lebih kurang la ngan suasana kat part of Paris yg kami sampai ni - i guess much worse!) Yg paling buat sy ternganga, ditgh2 jalan yg jam, right in front van kami, ada sebuah lori ni bg emergency signal...ingatkan lori dia rosak tapi with my own eyes, i saw the driver turun dan pegi tgk2 brg yg dijual ditepi jalan!

Boleh tak????

Tapi nak hon x berani, sbb x dgr pon bunyi2 hon. Kot kang kita hon, dia dtg belasah kita ke...naya je.So nak tak nak terpaksa la cik HB berhempas pulas cuba menukar lane. Dah ler driver2 lain kedekut nak bagi jalan. Bagi kami yg dah biasa ngan sistem org2 German yg sgt berhemah dan berbudi bahasa di atas jalan raya (walau org Malaysia pon sgt teruk dijalan raya) , ini adalah culture shock!
Market tepi jalan Paris

Camni la cara2 kereta di parked. Boleh imagine cemana diorg nak bawak kereta luar?

Ok, tu citer atas jalan...kemudian kami pon sampai kat car park yg dituju. The first entrance ok, tapi the second entrance kami blur...sbb tgk the entrance mcm rendah, mcm about 2m je tingginya and mcm x lepas je Transporter nak lalu. Ada laluan mcm reserve utk kenderaan besar tapi berpalang (mcm area reserved aje) . Tapi based on the website, it says car park ni mmg available utk kenderaan spt van. So cik HB parked sekejap kat tepi, sy lak pi tanya kat car park attendant.

Oh, nasib baik car park attendant tu boleh ckp English (sgt risau sbb org kata French susah/not willing nak ckp English). Sy bgtau dia kenderaan sy so and so and mcm x lepas nak masuk car park utk visitor. Dia ngan confident ckp `boleh lepas, try masuk slowly´.

So xde pilihan, sy pon ckp the same thing kat cik HB, kami pon try la. Sgt thrill ok sbb betul2 lebih kurang seinci je gap antara bumbung Transporter dan bumbung palang simen. Dan nak masuk kotak parking pon ada jugak palang simen tu lagi. Mmg memerlukan kesabaran dan ketelitian utk park Transporter ni di car park tu. Pulak tu yg menambahkan stress, kereta2 yg nak keluar, langsung x leh bersabar...hon x berhenti selagi kami x bg laluan. Haih.....

Pukul 5pm baru kami settle ngan parking. Lepas tu cepat2 cari stesen Metro. Target nak sampai Eiffel Tower sebelum gelap. Meraban la jugak masa mula2 nak cari stesen Metro. Garmin tunjuk direction mcm x jauh tapi still kami blur jugak la mencari. Sebabnya stesen Metro adalah underground and unlike LRT kat Malaysia, tiada papan tanda yg besar indicate Metro. Kalau x buntangkan biji mata, susah nak nampak ye!

Utk sampai ke Eiffel Tower, kami kena tukar 2 Metro. Nasib la sy dah kaji sesiap sistem tiket metro dan map Metro jadi bab yg ini xde la kami terkial2 sgt. Dan sampai2 aje kat area Eiffel Tower, decided nak beli souvenirs awal2 sbb risau kalau lambat nanti kedai dah tutup. Tapi the first kedai kitorg masuk, mak aii...mahalnya fridge magnet dia. Satu 5€. Amik jugak la satu, again sbb takut x sempat beli.

Map Metro

Twins in Metro

Then of course sesi amik gambar Eiffel Tower. Well...sy agak kurang berperasaan bila dah sampai bwh Eiffel Tower. Dunno why...stress ngan kejadian2 sebelum tu kot. Just mula2 masa nampak Eiffel Tower dlm Metro, adalah like`Yey! Eiffel Tower!´ But then really, besides the structure itself, the surrounding was not impressive. Supposed kat situ ada garden, tp masa tu everything was kering kontang, xde walkway yg cantik, turapan ke...probably tgh renovate kot. Kalau summer nanti mungkin cantik la kot sbb tgk gambar2 org lain yg pegi time summer mcm cantik je surrounding Eiffel ni.

Owh, sebelum ditanya, kami mmg x naik la tower. X kuasa la nyah...queue panjang, hari pon dah lewat, ngan byk lagi tempat nak pegi, kerenah sikembar lagi. Xpe la, janji sampai utk amik gambar background Eiffel, it was enough for me...One thing I appreciated about our late arrival in Paris, ialah kesempatan utk menikmati view indah Eiffel Tower diwaktu malam. Bak kata Kak Ti `It looks magical at night´.



One thing so obvious about Eiffel Tower, selain tourists yg ramai, org berkulit hitam menjual souvenirs juga terlalu ramai. Kalau layan sorang, yg lain2 akan berduyun2 mengerumuni kita dan berebut offer harga yg lebih murah utk souvenirs diorg. Murah mmg murah tapi risau jugak nak beli. Sbb selalu sgt dok dgr citer masa kita bayar tu akan ada yg amik kesempatan curi brg2 kita. Dunno how true is this tapi better la berjaga2. However kak Ti & Ngoh beli la jugak sbb dah murah sgt compare ngan yg dijual kat souvenirs shop.

Lagi satu yg menjadi kemusykilannya diorg ni kenal lak kitorg ni dr malaysia. Siap ckp `MALAYSIA´&`LIMA`2 : Apa yg lima nya x tau la. Tapi sorang mamat ni cik HB interviewed cemana dia tau kitorg dr Malaysia (sbb dia dok sibuk pujuk kitorg beli souvenirs dia, yg akhirnya kitorg beli la jugak) ckp (in his broken english) dia global, selalu round satu dunia, tu sbb dia tau. Ceh! Boleh percaya ke?

Teori kami lak : Ramai sgt org malaysia dtg Eiffel Tower kot...tu pasal mamat2 penjual souvenirs ni boleh tau...logik x?

Since waktu semakin lewat, kami tinggalkan eiffel dan sekali lagi naik Metro menuju Louvre. Again 2 kali tukar metro utk sampai kesitu. Louvre is also beautiful at night. My intention lama dulu, adalah nak masuk Louvre Museem, nak tgk live lukisan2 Leornardo Da Vinci & sejarah2 Renaissance tapi x sempat.
X dpt masuk muzium, amik gambar kat mesin tiket pon jadi la!

Depan Louvre

Dah amik gambar cukup2, we decided to get back to car park and went back to Varredes. It was 9.00 pm at the time. Cukup la hanya Eiffel Tower & Louvre sasaran kami di Paris. Ikutkan dlm perancangan ingat nak pegi Champs Elyssee & Notre Dame sekurang2nya. Tapi hanya itu masa yg kami ada.

Malangnya laluan ke Metro melalui shopping complex Louvre dah ditutup. Terkial2 mencari laluan metro yg lain dan terpaksa tanya sorang mamat ni. And again my luck, he spoke English and informed me how to get to metro. Sekali lagi naik metro 2 kali, then jalan kaki ke tempat parking. Seriously penat...budak2 pon dah cranky, campur lapar lagi. X sempat nak cari makanan disebabkan masa yg singkat, walau di paris ada byk restoran makanan halal. Since it was already late (dah 10pm) we decided balik ke tempat penginapan terus dan makan aje bekalan makanan yg ada.

Sampai di campsite, dah pukul 11 mlm and terpaksa parking kat luar campsite sbb mmg dah diberitau dr awal yg gate campsite akan ditutup dr pukul 10.30 pm -7.30 am atas sbb2 keselamatan. Tapi xde lah jauh sgt nak jalan masuk pon.

Tau kami dinner kul bape? Kul 12 mlm ok! Hahaha....

Next episode: DISNEYLAND

8 comments:

nana said...

Neny.. Eifel Tower mmg mcm tu, surrounding tk best sgt, malam je yg nampak cantik. Notre Damme ada gambar patung2 yg besar dan seram, and Champ Elysee (tk reti eja daa..) cuma ada structures yg bergemerlapan waktu malam.. slalu mmg pegi waktu malam baru best!

Tulih panjang n byk lg gambar time Disneyland wokeh!

btw, aku rasa tk de cara lain le mmg ko kena set Garmin tu kepada fastest distance sblm bergerak.. hubby aku slalu buat gitu gak, tk de auto memory garmin tu nk ingat kita suka fastest time.

Ajzie said...

panjang cerita tetapi seronok membaca pengalaman org...

iu rf said...

besh!!!!

Jalak Lenteng said...

0) ooo..(Garmin Setting)
1) kete biru parking ngam2 tu guna skill shaolin soccer kot..
2) haha..kalo dah gelap2 kat eifel tower tu selamat la kena hurung ngan mamat2 kulit itam tuh
3) x sempat ek? adat la trip camni (cover banyak tempat)..kalo nak kualiti trip, gi skali lagi la..:D

Neny said...

Nana: X rugi eh x pegi tempat2 lain tu? Apa nak buat...rugi ke x rugi ke, tu je kesempatan yg ada. X tau la bila lagi ada rezeki ke paris.

Kak azie: Tu la, rasa semua benda pon nak citer time tgh ada mood nak berblogging.

Iu: Org tu lagi dah byk kali pi Paris kan....

Jalak: Ye, byk tul belajar pasal Garmin ni. Tu la, org2 tu menakutkan la!

ummiluqman@azma said...

mmg best tgk eiffel tower waktu mlm kan. azma n nana dulu pergi waktu zmn A-level waktu tu kamera belum canggih mcm skrg jd gambar kenangan tak lawa mcm neny punye.. public toilet ok tak kat sekitar paris, ke still mcm hampes? best betul kan tgk negara org

NabilaHouse said...

tk rugi lah Neny.. next time can go again. Disneyland wajib pegi (tp aku tk g pon.. tk masuk dlm pakej tour abang2 itew..)

Aku ngan azma pergi paris time cuti winter (betul kan Azma?), tp aku tk naik eiffel tower tu (kes duit tk cukup kot.. huhu). Aku dok je kat bwh tu sambil tengok si Ivy naik dgn boifren dia. Haha. Cite zaman dolu-dolu.

Neny said...

Azma: Ok la, sempat gak korang round Europe masa A-level dulu. Toilet kat eiffel ok. Seriau gak nak masuk mula2 sbb pi toilet kat highway Paris adalah horror ok!

Nana: Kalau aku nak spend duit sendiri pi melancong Paris lagi, mungkin tidak la...baik aku guna duit tu pi melancong tempat lain. Tapi kalau disponsor, ok saja...hahaha. Ko sebut ivy, teringat aku kat dia. Apa kabar dia?