Hari kedua bersama Volkswagen Transporter dan merupakan hari pertama kami memulakan perjalanan ke luar Germany. Destinasi adalah Luxembourg. Sebuah negara kecil yg terletak diantara Germany, France dan Belgium. Estimated time by driving dr Raunheim adalah kira2 3 jam. Time bertolak lebih kurang pukul 8.30 pg. Maka kami target utk tiba di Luxembourg pukul 12 tghari.
Hari ni masih lagi huru hara dgn kendalian Transporter dan penggunaan Garmin si navigator. Mujur la hari Ahad, jalan2 adalah lengang dan manusia pon sukar kelihatan dijalanan. Maka walau berapa kali pon cik HB termatikan enjin kereta atau tersilap simpang dan membuat illegal u-turn, xde lah kami stress sgt.
Pada masa yg sama, kami dok pelik kenapa la si Garmin asik memberi arah yg bukan melalui highway dan laluannya adalah pelik2. Turun naik bukit, masuk town keluar town, masuk hutan keluar hutan, sampai ada jalan2 yg kami lalu mcm org x guna aje...menambahkan lagi suspen kami yg dah mmg gabra. At last dek kerana was2 ngan tunjuk arah yg diberi sbb makin jauh jln makin jauh dr laluan highway, cik HB pon tgk balik setting Garmin.
Antara views sepanjang perjalanan
Laa...patut la! Rupanya setting adalah shortest distance, dan bila shortest distance maka laluannya adalah jln2 short cut yg pelik2. So bila cik HB tukar setting ke fastest time, baru lah direction menunjukkan laluan highway. Nasib baik la ada instinct that there´s something not right here. Kalau x sampai sudah la kami dok lalu jln2 kampung dan x tau la pukul berapa sampai Luxembourg.
Campur tolak masa berhenti utk toilet, gas and kopi, kami sampai di Luxembourg lebih kurang kul 1 tghari. Tak berapa sure dgn availability parking kat Luxembourg City, kami parked at the first car park kami jumpa, yg kami kira x berapa jauh dr tourist attraction centre. Tapi sebenarnya agak jauh jugak la kena berjalan. Dan pulak tu terlupa nak bawa buggy. One thing salah estimate, lupa nak bawa sekali bekalan makanan yg sebenarnya dah siap packed kat dlm kereta.
Luxembourg mmg indah. Suasananya aman, segar dan x crowded. Tak tau la samada ianya disebabkan hari Ahad (kedai2 semua tutup) atau mmg begini suasananya di Luxembourg. You can walk and walk in the area and be amazed with the historical buildings and architecture.
View in Luxembourg
Peserta rombongan...hehehe
Tapi after couple of hours, nabilah dah start cranky. I knew she was tired and hungry. It was my mistake sbb lupa nak bawa bekal makanan sekali dan buggy. Tu pon nasib baik dlm beg ada air, coklat dan waffle. At last we all decided nak patah balik ke kereta, makan dulu then cari car park yg lebih dekat.
Nabilah yg terpaksa didukung
Dah makan semua, kami pon bergerak dgn Transporter menuju ke centre. Tapi malangnya 2-3 kali round pon xde parking kosong yg asalnya masa mula2 kami sampai byk yg kosong. Pusing punya pusing sampai dah naik bosan, we decided to end our trip in Luxembourg and bergerak ke Homburg, rumah Iu & arif, tempat kami nak menumpang bermalam pada hari itu.
Kami sampai di rumah Iu kira2 kul 6 ptg dan being Iu, dia dah siap masak mcm2. Ngan nasi beriani, ayam masak merah, acar, bingka gula hangus, puas sungguh kami makan mlm tu (sampai lupa nak snap gambar makanan!)
Terima kasih byk2 Iu & Arif atas layanan yg diberikan....
9 comments:
hehe, berbalik berkenaan entri sbelumnnya.
I wud luv jika tidak menyusahkan neny for u to survey the furla, if u terpergi lagi, hehehe
and sori coz didnt do my tagg since gambar ke 8 dri folder ke 8 adalah hudoh..
:)
oh, ingatkan luxen.....(taktahu nak eja) itu town, rupanya small country, nonetheless mmg cantik habis.
alahai, kesian nyer korang setting lari ek.. kami kalau berjalan (4 org je) suka lah jugak shortest distance tu ada byk scenery yg membolehkan budak2 tu tido dlm kete (sbb lama sangat.. hahaha)..
keep on writing.. btw, sorry aku tk update tag or blog lagi.. too many heartwrecking events after I came back from Langkawi (cite holiday tu pun aku tk update lagi).. nanti lah ye..
take care!
wah... lawa jugak luxemborg nih. Kesal rasa hati sbb tak sempat pergi
ahh..masa baca perenggan memule pon mmg harap ade setting yg salah. cuak gak kalo mmg betul2 garmin buat hal camtuh kat msia. lega2..for me too hehe he..
gambo last tu tuan umah tgh kira2 bil ke? agak2 ngan menu mabeles camtu siap ngan dessert skali brape ge'eh..bleh bukak kodai!
K.Dalia: Insyaallah, besar kemungkinan akan pegi lagi...hehehe. And for sure i'll survey not only for you but myself as well ;D..
It's ok about tag. Suka2 je tag tu...
Nana: Mula2 best la jugak laluan jln kampung ni...scenery mmg cantik sokmo. Masalahnya xde tempat nak berhenti utk toilet time ke, gas ke...paling gabra, tgk jalan mcm x penah org lalu je!
Thanks, u too take care ok!
Dal: Ler...x dapek la aku nak kata apa...mesti sebelum ni xde org promote kat ko keindahan Luxembourg kot. Xpe, x yah ralat, Luxembourg tu kecik bebeno...satu hari jalan dah habis dah kot semua tempat.
Jalak: Hehehe...sepanjang seminggu menggunakan garmin, byk la jugak benda kami discovered. Nantikan episod akan dtg cemana kami terkena lagi ngan Garmin :(
seronoknya jalan2 Luxembourg..cantik pemandangan kat situ kan..
neny lama lagi di sana?
ceh wah..tanya mcm nak g..hehe
x dapek den nolong..
sungguh cantik luxembourg ni,
pernah dengar tempat ni ingat kan ibu negara saja rupanya mmg sebuah negara. nampak sangat tak tahu menahu sejarah europe.. hehe sib baik ada blog neny ni..
seronok kan.. kalau kat malaysia belum tentu boleh jalan jalan mcm ni
tq singgah umah..
awat gamba last tu mcm muncung setaman je...hahaha..
lenkali jemput singgah lagi..
bru leni terdaye nk tgk blog kwn2 ...heheheh
norfatihah: insyaallah disini sampai awal thn depan. Kot2 nak dtg b4 sy balik, mari la!
azma: ok set, i citer pasal europe and hang citer pasal timur tgh!
Iu: sori la dek non...tu ja gambar ada, x sempat nak snap properly. tapi nak gak letak gambar tuan rumah dlm entry ni..
Post a Comment