Pages

Friday, August 21, 2015

Wedding Ngoh

Cik HB's niece, Ngoh dah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya few weeks ago. Ni the second cucu family Jalan Bayam yang berkahwin. Kakak kepada Ngoh, Long dah berkahwin in 2012 dan bakal jadi ibu November ini. So it's gonna be the first cicit in family Jalan Bayam!

Ngoh nikah 3 hari sebelum Ayoh meninggal. Kami tak balik pon masa ni dan tak plan pon nak balik kenduri Ngoh sbb cuti tahunan dah nak abis. We did plan nak pegi kenduri sebelah lelaki in September nanti sbb masa tu cuti sekolah. 

Tapi kebetulan Ayoh pula meninggal dan majlis kenduri Ngoh yg dah dirancang lama mmg jatuh 5 hari selepas tu. Jadi dapat la kami attend sekali.

Majlis nikah

Sehari sebelum kenduri, minah kecik ni sempat try pelamin...hehehe

Ngoh on the dais...i love the dais so much, design dia simple but so sweet

Our little family with the bride.

 Our family Jalan Bayam - tak semua ada ni...kalau cukup semuanya, rasanya x muat nak masuk gambar...hehehe

Pengantin and makcik2 kembar....mudah2an boleh dapat anak kembar juga ye Ngoh?

Utk Ngoh and Farid, Che Ros doakan semoga perkahwinan dipenuhi rahmah and mawaddah dan semoga bahagia dunia akhirat :).

Monday, August 17, 2015

Raya 2015

I know, I know....raya dah pon abis...apa nak buat, banyak sgt halangan nak update blog.

Tapi mokcik tetap nak buat entry Raya 2015. Sebab setiap tahun ada entry raya, mcm tak best xde entry raya utk tahun ini. Kenangan di masa hadapan. 

Giliran hari raya pertama tahun ini adalah di KB. Kami pulang few days early before raya sbb kebetulan cik HB ada urusan kerja di Gua Musang dan KB. Anak2 kami pontengkan sekolah 1 hari. Saya pulak mujur senang dapat cuti.

Trafik was good, maybe sbb balik awal. Tapi according to org2 lain trafik balik raya tahun ni tak seteruk tahun2 sudah. Ramai yg kata maybe ramai x balik kampung raya tahun ni. 

Kesan GST dan kenaikan harga barang?

Apapon, buat anak2 yang diperantauan, cuba la sedaya upaya pulang di hari raya kalau berkesempatan sbb banyak keberkatan menziarah ibu-bapa dan kaum keluarga nak2 pulak di hari raya. 

Tahun ni juga rupa2nya merupakan raya terakhir kami bersama arwah Ayoh yang selepas itu meninggal dunia kira2 dua minggu selepas raya. Jadi kami sangat bersyukur diberi kesempatan menjenguk Ayoh disaat2 terakhir kehidupannya.

Giliran saya buat juadah buka puasa, saya masak soto ayam dan asam pedas (asam pedas takde dalam gambar). Kami masak ikut giliran bergantung kepada siapa yang offer nak jadi ketua masak2 hari tu. Yang lain2 akan membantu. Seronok keluarga ni sbb mmg tak berkira dan saling bantu-membantu.

Family Jalan Bayam yang besar, mmg meriah bila berkumpul beramai2. Buka puasa bersama2 dan solat jemaah bersama2. 



Tahun ni tema sedondon kami warna biru. 


This is photo of me and biras2. Alhamdulilah punya ipar-duai, biras2 yang baik dan mesra. Cuma biras sulung saja yang takde masa ni sbb dia belum sampai. Yang atas paling kanan is my biras yang dulunya isteri abang ipar saya kedua, dah meninggal since 2010. Tapi walau macamana pon, hubungan kak Ni and family Jalan Bayam tetap mesra walaupun dah 5 tahun arwah meninggal dunia dan kak Ni pon dah kahwin lain. Dia tetap rajin menjenguk Mek Ayoh dan mesti datang setiap kali adanya majlis2 keluarga. Sangat pemurah dan mengambil berat hal2 keluarga. 

Kami tak kemana2 sangat sepanjang raya di KB sbb ramai sedara mara dan kenalan berkunjung ke rumah ziarah Ayoh. Gambar family beramai2 pon x sempat amik sbb lepas solat raya aje dah bertali arus org datang ke rumah. Gambar family sendiri dan bersama biras tu je yang ada dalam simpanan saya. We will try next time amik gambar family yang lengkap.

Raya ke-3 kami gerak balik ke Tg. Malim dan saya pulak demam keesokan harinya. So tak beraya ke mana2 jugak masa di Tg. Malim kecuali rumah kakak. 

That's all cerita raya 2015 :).

Monday, August 10, 2015

Al-Fatihah Buat Ayoh

Hampir sebulan rupanya saya tak update blog.

Sejak balik cuti raya dan beberapa minggu selepasnya, mmg saya agak sibuk. Urusan kerja, urusan rumahtangga, pulak tu laptop pulak selalu buat hal. Kadang2 hang. So mmg membantutkan hajat nak update blog.

Kami baru saja pulang dari KB smlm. Ayah mertua saya yg kami panggil Ayoh kembali ke rahmatullah seminggu yang lalu.

Mulanya pukul 2.30pm Isnin tarikh 3 Ogos itu, kami terima mesej di WA dari adik ipar yg minta kami semua pulang segera sbb Ayoh dah nazak. Saya baru je sampai opis waktu tu selepas jemput sikembar dari sekolah dan hantar diorg ke rumah. Then mula terima call sana sini dan terus balik Durian Tunggal, amik Insyirah dari babysitter, sambil2 call rumah suruh sikembar pack baju dan get ready.

Sampai dirumah around 3.15pm, main sumbat aje kain baju dalam beg, cik HB terima call mengatakan yg Ayoh dah pon meninggal.

Innalilahi wainna lilahi rojiun....

Juga diberitahu yang jenazah Ayoh akan disempurnakan dan dikebumikan secepat mungkin sbb mmg ini lah wasiatnya dari awal dia sakit dulu. Tak perlu tunggu siapa2. Ye lah, kalau nak tunggu, let say kalau yang memandu dari KL, ambil masa 7-8 jam jugak untuk sampai KB. 

Jenazah Ayoh selamat dikebumikan pukul 10.30 malam. Kami tiba pukul 1 pagi. Abang di Seremban juga berusaha nak sampai secepat mungkin, dia dan family amik flight tapi itu pon tak sempat nak melihat jenazah Ayoh sebelum dikebumikan. Kiranya 6 anak Ayoh tak sempat nak tengok Ayoh sebelum dikebumikan. Takpe lah, semua pon redho sbb dah tau keadaan Ayoh yang tersangat uzur sebelum ini dan menghormati permintaannya utk dikebumikan secepat mungkin. Lagipon kami semua dah balik menjenguk dia masa cuti hari raya 2 minggu sebelum itu.

Mengenali Ayoh selama 11 tahun sejak berkahwin dengan cik HB, Ayoh mmg ayah yang baik dan disayangi anak cucu. Lepas Ayoh dah meninggal, abang kakak cik HB duduk bercerita kisah2 Ayoh membesarkan anak2. Ada yang gembira, ada jugak kisah sedih tapi banyak yang menggembirakan bila bercerita kisah Ayoh. He has raised 11 kids, walaupun pendapatan tak seberapa tapi Ayoh sgt tegas mendidik anak2 terutama bab pendidikan. Me as menantu mmg respect lah dengan didikan Mek Ayoh sbb boleh dikatakan anak2 Mek Ayoh berjaya dalam pendidikan dan punya pekerjaan yang baik tapi tak lupa diri dan tak sombong dan masing2 sgt rapat dan bekerjasama dalam urusan keluarga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayoh dan dia ditempatkan bersama-sama para solihin dan mukmin. Ampuni lah dosa2nya dan lepaskanlah dia dari azab kubur dan seksa api neraka. Amin ya robbal alamin...

Gambar arwah Ayoh and cucu2 last year. Masa ni dah mula tak sihat tapi masih kuat lagi.

Friday, July 10, 2015

Catatan Ramadhan 3

Ramadhan 23.....

Haiyo...just few days lagi nak abis dah Ramadhan. Dipenghujung 10 mlm terakhir Ramadhan dimana kita digalakkan utk menambahkan lagi ibadah dan mengejar Lailatul Qadar, mokcik pulak kena 'cuti'. Takpelah, dah mmg fitrahnya gitu...tapi sempat lagi nak posa balik kot sebelum Raya. Insyaallah. 

Dah nak dekat raya persoalan yang selalu ditanya, dah siap ke persiapan raya?

Kami macam biasa, takde la persiapan beria2 sgt cuma tahun ni mokcik buat plan awal. Baju2 dah dibeli sebelum puasa bermula sbb tak kuasa nak membeli-belah tika berpuasa. Ada la lagi satu dua benda yg perlu dibeli so dalam sehari dua ni jengah2 la jugak shopping malls utk membeli. Kuih raya pon baru sempat buat 2 jenis, tu pon takat 1 adunan. Bukannya ada banyak masa nak mengadap buat kuih raya. Nak masak ari2 pon bercinta kan....sampai dah x tau nak masak apa dah.

Tu lah kita ni...punya la banyak rezeki Allah bagi sampai tak tau nak masak apa makan apa. Padahal mcm2 makanan ada. Tapi tu la...pi bazaar Ramadhan yg ada mcm2 makanan pon takde selera nak membeli. Tak nak beli kat bazaar Ramadhan, there are plenty of choices nak makan kat restoran mana2 pon boleh. Asalkan ada duit.

So syukur Alhamdulilah masih punya kehidupan yang baik. Cukup makan pakai dan dikeliling keluarga. Kadang ada jugak rasa nak mengeluh bila penat asik masak, kemas, masak, kemas. Tapi bila difikirkan ramai yang diluar sana tu nak makan pon x cukup, mungkin terpaksa berlapar siang dan malam dan ada pulak yg hidup bersendirian tanpa keluarga, cepat2 la insaf and tell myself to be grateful. 

Setiap saat kena bersyukur tau!



Wednesday, July 1, 2015

Catatan Ramadhan 2

Ramadhan hari ke 14....

Allahuakbar...cepat sungguh masa berlalu...tau2 dah nak abis dah separuh masa pertama Ramadhan. Even anak2 pon terkejut bila ckp dah 14 hari kita berpuasa. Diorg ckp "cepatnya ummi!".

Alhamdulilah, kembar masih berpuasa penuh buat masa ini. Minggu ni pon dah kurang nampak lembik dan merengek lapar. Minggu lepas ada satu hari tu merayu2 tak nak pegi sekolah agama sbb letih sangat. Izinkan jugak la dgn syarat only that day sahaja. No more ponteng2 lagi kalau takde sebab2 munasah. 

Bab buka puasa, so far masih masak sendiri mcm biasa. Cuma ada satu hari minggu lepas pegi PARAM kat Batu Berendam (dekat opis) sbb nak mencuba makanan2 yg jual kat situ. Memang x plan nak masak la kiranya hari tu. Saya beli 2 bungkus nasi kerabu utk saya n cik hB, 2 bungkus nasi ayam utk kembar, 4 biji karipap, 4 biji akok dan sekeping murtabak. 

Mmmm...kembar masing2 cuma mkn separuh aje nasi ayam, cik HB pon x abis nasi kerabunya. Karipap, saya makan 1 biji, 3 biji terbiar. Akok, cik HB makan sebiji, 3 biji lagi terbiar jugak. Murtabak je laku sikit. Tu yg malas nak membeli kat PARAM. Sebab nak jumpa makanan yang rasanya kena ngan tekak mcm payah sikit,  tambah pulak semua tu dah x fresh, sbb org menjual kat PARAM selalunya mungkin dah masak dari pagi. So baik la saya masak sendiri mcm biasa, simple2 pon rasanya family makan lagi banyak dr yang dibeli kat PARAM.

So far baru 2 kali berbuka luar. First, kat masjid sbb opis cik HB anjurkan majlis buka puasa kat situ. Then smlm my project team pulak belanja buffet Ramadhan kat Equatorial, Melaka. Saya dah x keen sangat nak berbuka puasa dengan konsep buffet sbb tahu banyak mana sangat yg kita mampu makan. Tapi sbb kerja kan, tambah pulak boleh bawak family, jadi kita pon pergi la. Mujur la tahun ni satu ni je invitationnya. Kalau tahun2 sebelum ni banyak kali jugak la sbb jaga projek besar, maka banyak la pihak2 yang menjemput ke majlis berbuka puasa. I'm no longer excited about buka puasa kat hotel2 besar. Awal2 keje dulu mmg rasa best sbb dpt makan mcm2 makanan special. Tapi bila difikir2kan patutnya puasa ni mendidik kita menjaga nafsu, tup2 bila buka puasa kita layan nafsu makan sepuas2nya. So mcm tak achieve tujuan berpuasa, ye dak? 

Anyway, tepuk dada tanya la iman masing2 ye....

Of Terawih, minggu lepas banyak hari2 yang malas. Sampai la terbaca sorang kawan pos di FBnya tentang makcik2 yg dah tua yang solat Terawih di masjid, nampak sangat bersemangat dan istiqamah. Kita yang masih muda ni rasa penat sikit dah malas nak pegi Terawih. Memang org perempuan boleh je solat Terawih kat rumah tapi tau2 je kalau mcm diri ini iman yang tak berapa nak kuat, memang chances tak buat adalah lagi tinggi dr buat. Lagipon kalau pergi masjid, rasa mcm lega, sbb balik2 masjid dah boleh tido. Kalau kata lepas Maghrib konon2 baring kejap, alamat tertido pastu tgh2 malam baru nak Isyak.

So kena bersemangat semula pergi Terawih. Kena lawan nafsu malas itu. Kena set in mind that malam2 bulan Ramadhan x sama dgn bulan2 lain jadi kena rebut peluang yang ada. Terutama 10 malam terakhir. Dah la cuma buat 8 rakaat, bukan 21 so kalau 8 pon x mampu nak dikerjakan, memang harus malu dengan diri sendiri. Insyallah, insyaallah, semoga istiqamah. Masak utk berbuka tu, x payah beria2, sbb kalau beria2 tu yang buat tambah penat tu.

Berdikit2 latih diri supaya biasa kan?

Monday, June 29, 2015

Garden Update: Jun 2015

Garden update this month is going to be very short. Sebabnya tak banyak update yang berlaku di halaman rumah. Tapi masih ada update yang perlu direkod dalam blog ini utk sejarah kebun saya...hihihi

The star this month: AMARYLLIS!!!


Dia jadi star bulan ini sbb berbunga utk pertama kali setelah ditanam pada April 2014. Saya ingatkan dia hidup segan mati takmo sbb ada 2 saja daun yg keluar. Benih saya dapat hasil daripada Give-Away gift by Kebun Bahagia Bersama. Dia datang bersama2 dengan bawang spider yang dah berbunga 2 bulan lepas.

Baru2 ni Kebun Bahagia Bersama iklankan jualan benih bawang spider dan amaryllis. Saya cuma beli benih bawang spider aje ataupun nama botanic nya Sacred Lily of Incas ( ye kan Diana?). Kalau la saya tau amaryllis pon berbunga cantik camni, mesti saya beli jugak amaryllis. Mungkin next time kot sbb saya plan nak beli banyak lagi pokok2 dari Kebun Bahagia Bersama tapi kena tunggu lepas raya sbb nanti cuti raya lama, silap2 tak survive pulak anak2 pokok.

Sebelum puasa bermula, saya sempat korek 'harta-karun' kat laman belakang. Mulanya nak mengemas aje garden bed tu, tau2 abis saya bongkar tanahnya mengorek kunyit2 yg punya la banyak. Seingat saya yg kunyit saya korek mak semai back in Disember 2014 setelah mak korek kunyit dari dalam pasu. Lepas tu makan tanam sikit dalam garden bed. 

Hasilnya dapat la dalam sebesen kecil. Makan sendiri tak abis, so saya agih2kan ke jiran2 yg dekat. Ada la dalam 3-4 rumah yang saya hantar kunyit hidup ni. Ni la seronoknya berkebun. Bukan saja boleh dapat hasil utk kegunaan sendiri, boleh sedekahkan lagi ke orang lain!



Tu je la laporan utk bulan Jun. Rasanya bulan Julai mungkin tak banyak jugak boleh update memandangkan bulan puasa dan juga menjelang raya, saya tak banyak masa nak kisahkan hal2 berkebun. Cuma curi2 masa jugak la menyiram sbb cuaca bulan Ramadhan mmg agak panas. Bila balik keje, tgk pokok2 renek abis terkulai layu.

Friday, June 26, 2015

Kun Anta: Be Yourself

Saya bukan la follow sgt trend muzik terkini. Dah bertahun kami laki bini dok buka IKIM.fm sbb banyak perkara baik yang dikongsi kat channel ni. Tapi kadang2 switch jugak la ke channel2 kalau IKIM.fm asyikkan dengan segmen promosi produk. Bosan weh! So dengar jugak la kekadang lagu Taylor Swift ke, ntah sapa lagi tah....

This Kun Anta song dah banyak kali juga dengar kat IKIM.fm. Tapi tak pernah pay attention. Walaupun rentaknya sedap tapi sbb dalam bahasa Arab, tak pernah la nak peduli lagu tu pasal apa. Cuma tau kalau masuk IKIM.fm tu mmg lagu yang membawa mesej yang bagus la sbb polisi IKIM.fm kan hiburan mendidik jiwa.

Sampai la kembar masuk Smart Tahfiz cuti sekolah hari tu, tetiba ari2 dok buka lagu Kul Anta kat Youtube. Rupanya ustaz group diorg nak anak2 didik dia guna lagu tu utk persembahan masa hari penutup. Beria2 la sikembar tu menghafal lagu bahasa arab tu. Bila saya join sekali tengok kat Youtube, baru tau lagu tu pasal apa. Menarik sangat maksud lirik dia bila dah diterjemah ke dalam BM/BI

Liriknya begini....


Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
Aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya

Jadi, aku boleh jadi seorang yang lain
Hanya untuk berbangga

Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

Tetapi yang ku perolehi hanyalah kerugian di atas perwatakan ku ini

Kita tidak memerlukan harta untuk menambah kecantikan,
Kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
Di dalam hati ia bersinar

Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada
Yang tidak sesuai dengan kita, 
Itulah kecantikan kita
Semakin bertambah hingga ke atas

Jadilah diri kamu sendiri
Pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

Sungguh aku menerima mereka
Tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

Melainkan apa yang telah aku terima itu aku telah redha

Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
Inilah aku

Hal ini kurasakan sudah cukup 
Dan aku sangat pasti

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
Aku tidak perlukan orang lain menerimaku

Aku akan jadi apa yang aku suka 

Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?

Mesejnya sangat mendalam kan? 

Pada siapa yang belum dengar, nah! Belanja lagu Humood Alkhudher ni: