Harijadi Abah yg ke 66 tahun sebenarnya semalam..tapi baru hari ni aku nak buat entry sempena harijadi Abah. Pagi semalam dah call, dah wish tapi kalau berckp ngan Abah mmg selalunya tak lama. Abah mmg jenis x byk ckp...apa yg kita tanya tu la yg dia jawab.
Mcm contoh kalau kita tanya " Abah sihat ke" dan dia akan jawab "sihat". Tu je la...sbb Abah mmg jenis x byk ckp.
Selalu kalau nak tau perkembangan apa2 kat kampung, mmg kena berckp ngan Mak. Dan mmg kalau Abah yg jawab phone sekalipon tetap Abah akan pass kat Mak dgn segera. Ngan Mak hal ehwal semasa dunia pon dia citer kat kita...hehehe.
Tapi pendiam2 Abah pon, kami anak2nya tahu dia sgt ambil berat hal anak2. Walaupon dia jarang sembang ngan anak2, selalunya dia akan tanya ngan Mak details khabar anak2. Dan dari dulu lagi walau susah macamana pon, bila anak2 nak sesuatu, duit ke...selalunya dia akan berusaha bagi. Sikit pon x merungut....
Kadang2 bila aku dah besar ni, fikir balik susah payah Abah cari duit nak membesarkan 9 orang anak, aku rasa kesian sgt ngan Abah. Masa aku kecik dulu (sekolah rendah), Abah berulang keje dr Tg Malim ke Kuala Kubu Bahru naik motor Honda Kapcai dia. Kalau skrg ni ngan kereta jarak Tg. malim -KKB tu xde la jauh mana, tapi masa tu aku rasa mcm jauh beno Tg. Malim-KKB tu. Kalau Abah x balik on time, aku naik risau...nak2 pulak kalau hari hujan. Sebab aku risau kalau2 Abah kemalangan ke apa ke...
Sebab tu skrg, apa2 dr segi kewangan atau pon bantuan, kalau aku mampu, aku hulurkan. Sbb sebenarnya apa2 pon yg kita boleh bagi, tetap tak terbalas jasa org tua membesarkan kita.

Buat Abah, selamat hari lahir ke-66. Semoga Allah s.w.t murahkan rezeki Abah, panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan dan memberikan kebahagiaan dunia akhirat kepada Abah.
2 comments:
hepi besday utk abah jugak... :)
dari : anak number 10.. :P
oh terbalik lak. sy lak slalu kecek ngan abah sebab abah jarang tanye isu2 'sensitip' yg sukar dijawap oleh anak bujangnya ahak2!
Post a Comment