Pages

Wednesday, May 12, 2010

Opel Zoo

Actually ini citer 2 weekends lepas....sy x sempat nak meng update kegiatan sy, family dan kawan2 dalm tempoh 2 minggu ni. Byk sgt benda nak buat (walaupun sy hanya surirumah). Kemudian ada kawan yg berkunjung ke rumah, anaknya pulak x sihat dan terpaksa dimasukkan ke hospital di kawasan sy utk seminggu. Jadinya sy pon turut sama berulang ke hospital utk 3 hari pertama, membantu apa2 yg patut. Then weekend baru ni Nabilah pulak x sihat. Dia cirit-birit dan muntah2 dan badan panas sedikit. Since it happened in the weekend dan xde klinik yg dibuka, kami cuma bg makan ubat dan monitor perkembangannya. Then yesterday sy lak kena simptom yg sama, cuma x cirit-birit aje.

Today I'm a bit ok, boleh la bangun dan uruskan apa2 yg patut walaupun all I want to do is to lie down. But I have to fight the feeling, sbb lagi sy layan rasa x larat tu, lagi la makin sakit sy rasa. So as long as I can get up and do things, I'll try to do my best (termasuk la blogging....hehehe).

Back to citer Opel Zoo, sy pegi ke sana with Iu and her family. Summer last year, sy ke Frankfurt Zoo and ada yg suggest that we should visit Opel Zoo because it is more interesting and bigger compared to Frankfurt Zoo. Tapi x tau apanya sibuknya last year, sy x sempat ke Opel Zoo. Then weather semakin sejuk, came autumn and winter, yg of course sgt x sesuai utk lawatan zoo.

Opel Zoo terletak di Kronberg, sebuah bandar located about 20 minutes of train ride from Frankfurt Am Main. So from my place, kena tukar S-Bahn dua kali then naik bas utk ke sana. Hari kami pegi hujan turun renyai2, suhu agak sejuk, so agak x best la berjalan dlm suasana camtu. Anyway budak2 happy je sbb ada byk jugak animals collection yg menarik perhatian. Dan kami bebas nak bg makan certain2 animals dgn carrot dan makanan khas yg dijual oleh pihak zoo. Sekejap aje 2 peket carrot yg kami beli kat entrance dihabiskan oleh anak2...dek kerana excited nak bg makan binatang dgn tangan sendiri.

Entrance

Berebut nak bg deer makan...

Gajah!

My own personal view, Opel Zoo ni kalau dibandingkan dgn Zoo Negara dan Zoo Melaka di Malaysia, rasanya zoo2 Malaysia lebih menarik kot. In terms of animal collection, Zoo Negara ada collection yg lebih besar dan lebih diversified. Maybe sbb negara kita beriklim tropika, maka lebih mudah menyediakan habitat utk haiwan2 berjenis safari berbanding dgn iklim 4 musim disini. Bila winter mesti pihak zoo bertungkus lumus menjaga haiwan2 ni supaya x jatuh sakit kot. Cuma yg sy amazed dgn Opel Zoo ni ialah keluasan yg diberikan kpd kandang2 haiwan adalah agak besar. So xde lah tensen sgt kot utk haiwan2 yg jenis suka berlari2 dok terkurung dlm kandang yg besar.

Lhama ni mcm suka je org snap gambar dia

Kambing busuk tu pon berebut nak pegang..hish2

Nabihah naik pony...agak murah disini, 1.50 Euro/ride. Tapi parent kena lead sendiri.

By 4pm kami bergerak keluar dr Opel Zoo. Malangnya sbb ada perlumbaan basikal dan jalanraya ditutup seketika, kami terpaksa tunggu bas ke bahnhof selama 1 jam...huhuhu. Nasib baik kanak2 semua x buat perangai....good kids!

3 comments:

iu rf said...

pendek je cite kak...ehehehe...

alhamdulillah..sume da sihat..:)

Neny said...

update blog tgh xde mood, nak bercerita pon malas tau iu...

Belum sihat lagi...arini mcm nak demam pulak dah...huhuhu

norfatitah said...

neny, u know where is in germany, pokok yang berbentuk kalimah 'Lailaahaillallah'?