Why oh why sy malas nak update blog?
Ok, let's do this b4 kemalasan sy mencapai tahap maksimum. No, xde sapa suruh sy update pon, just x best la tgk blog x ber update. Dah ler skrg laptop ada satu ja, n masa penggunaan sy adalah limited, so yes, let's do this fast!
Weekend baru ni, kami dijemput ke Juelich....majlis 3-in-1 anjuran Fatah & Ain sempena house-warming rumah baru diorg, then Elfi & Najib sempena kejayaan Elfi menamatkan pengajiannya dan juga majlis harijadi pertama Aiman Aqeel, buah hati Elfi & Najib. Aqeel ni, last sekali sy jumpa masa umur dia 3 bulan, waktu dia dan mak ayahnya berkunjung ke Frankfurt masa Ramadhan last year. Tup2 dah setahun dah budak ni....cepat betul masa berlalu.
Perjalanan ke Juelich mengambil masa lebih kurang 4.5 jam. Dek kerana kami bergerak ngan tiket Schoenes Wochenende (37 Euro utk kemana2 saja didalam Jerman utk 1 hari), maka kami hanya boleh naik local transport (means tanpa train laju/express mcm ICE atau IC). Jadinya utk sampai ke Juelich, kami telah naik-turun train yg berbeza sbyk 5 kali!
Anyway, perjalanan terasa kejap aje. Route train yg kami amik: Mainz-Koblenz meyusuri tepian sungai Rhein-Main dgn view yg sgt indah. Dan kebetulan kami jumpa sorang student Melayu dr Bayern yg dlm perjalanan menuju ke Evergreen, so occupied la masa berbual dgn mamat ni.
View along Rhein-Main
Twins and abg dr Bayern
Bertolak kul 2.30 pm dr Mainz (kami berlegar2 di Mainz dulu utk shopping serba sedikit sebelum memulakan perjalanan ke Juelich), kami sampai di Juelich pukul 7ptg. Selain kami yg bermalam disitu, Elfi & Najib pon turut sama bermalam. Jadinya malam tu dan esok paginya sungguh meriah kami bergotong-royong memasak juadah majlis.
Since Juelich terletak disempadan Germany-Holland, Fatah beli ikan2 segar dari Holland. Dah la segar, harga pon murah. Utk 3kg sardin cuma 5. ++ Euro. Kat Frankfurt harga camtu utk 1kg. Menu majlis adalah ikan bakar sumbat cili, tomyam campur, acar timun-karot, sambal belacan, cucur udang, burger malaysia, kek cokla, tiramisu.
Gotong royong bakar ikan (padahal sorang je yg urus ikannya...hehehe)
Close-up ikan bakar
Di majlis ni sy berkesempatan berkenalan dgn org2 Malaysia yg lain. Antaranya certain2 geng2 dr Aachen ada yg sy baru kenal dan juga Pak Rahim & Aunty Am dr Duesseldorf yg dah bermastautin di Germany lebih 30 thn. Juga Kak Sharifah dan suami Deutsch nya - York - yg boleh ckp melayu!
Antara tetamu yg hadir...
Birthday boy yg nak potong kek
Birthday boy tertido waktu upacara buka hadiah
Sebelah petang, since budak2 adalah restless sbb dah terlalu lama dok dlm rumah with space constraint and no activity, dan juga si kecil Aqeel needed his quality nap, sy bawa budak2 keluar for some space and air. Sempat la diorg bermain di Plazt Juelich yg comel itu dan ke tasik tgk itik.
@ Juelich Platz
Nabilah @ Juelich Lake
Menjelang Maghrib, tetamu2 pon beransur pulang dan kami tido lagi semalam di Juelich. Walaupun mlm sebelum tu dah tido kul 4 pagi, mlm tu sekali lagi stay-up sampai kul 4 pagi dek kerana seronok sembang2 dgn semua org. Yg bagusnya since dah terlajak sampai ke Subuh, maka dpt la solat Subuh berjemaah.
Kami bergerak pulang ke Frankfurt pukul 10.50 pagi, kali ini terpaksa melalui Siegen utk perjalanan yg cost effective. Dan since sepanjang hari adalah hujan, cuaca pon sejuk despite we are in May, budak2 tido most of time sepanjang jalan. Lega sbb x yah layan kerenah mereka yg pelbagai itu. Tapi malangnya sy yg x boleh tido. Kami sampai rumah kul 6ptg - penat dan mengantuk!
6 comments:
Happy Birthday Aqeel..
p.s
Neny bila pulak nak sampai KTown.. Perjalanan cuma 2jam aje kot.. heheheh
Nak pegi jugak kak azi, tunggu ye...sy kena lobi bos baek2 :)
wah diorg mau gak ikat rambut...aiyohhhh...qistina tanak ikat rambut...serabai
wa..rindunya nak naik RE guna SW karte!!best jek takyah tekan minyak..
sedapnya nampak ikan bakar tu nyum nyum
Ati: Qistina kena ada kawan kot baru nak ikat rambut...hehehe
Jalak: Eh..ingat dulu hang ckp 'bestnya kalau ada keta'. La ni x best lak ke bawa keta? :P
Azma: hang balik mesia nanti buat ikan bakar hari2 na...
Post a Comment