27hb 2010. hari Selasa pukul 8.30 mlm waktu Jerman (2.30am waktu Malaysia), kami menerima panggilan telefon dr Malaysia. Upon seeing no hp abangnya yg no.4 kat seremban , cik HB dah agak ini mesti ada bad news...sebabnya selama ni kami berhubungan dgn family di Malaysia samada menggunakan internet call atau Skype.
Seperti dijangka - it's a bad news....ianya adalah berita kematian abang no.2 cik HB, Abg Ming...dan waktu kami diberitahu, arwah baru sahaja meninggal 20 minit sebelum itu. Kematian dikatakan berpunca dr serangan jantung.
Kami mula call family di KB tapi waktu itu semua org sedang sibuk menguruskan jenazah. Cik HB mulanya bercadang utk balik ke Malaysia tp malangnya kebanyakan tiket flights dlm masa terdekat semuanya sold out. Kemudian bila kami berjaya call salah seorg abg cik HB, dia nasihatkan x perlu la balik sbb cik HB pon tgh dlm exam dan kalau balik sekali pon, x sempat nak melihat jenazah sebelum dikebumikan sbb perancangannya ialah nak kebumikan jenazah selepas Zuhur keesokan harinya.
Walaupun sedih, cik HB terpaksa akur. Kami hanya mampu mendoakan dr jauh semoga arwah dicucuri rahmat dan dimasukkan dlm golongan mereka yg beriman.
Arwah Abg Ming yg sy kenali, pendiam orgnya. Bapa kpd 4 org anak, berumur lebih kurang 45 thn (cik HB x berapa pasti umur arwah). Sy jarang berbual dgn dia tp arwah seorg yg suka senyum. Kali terakhir kami berjumpanya dgnnya sewaktu kami nak berangkat ke Jerman in September 2008. Tak sangka itu adalah pertemuan terakhir :(
Buat Kak Ni (isteri arwah) dan anak2a dan juga seluruh ahli keluarga KB, sy harap mereka tabah dgn dugaan ini.
Al-Fatihah...

Satu2nya gambar arwah yg ada dlm simpanan sy...waktu perkahwinan adik cik HB thn lepas.
5 comments:
takziah
takziah zul n family...alfatihah
salam takziah utk matju n keluarga
takziah untuk Zul keluarga .. semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat.
Nen.. Midon tanya bila korang balik?
Thanks kawan2...
Dal, kitorg dijangka balik bulan 3 thn depan...nape? midon nak belanja makan ke? kekeke....
Post a Comment