Pages

Monday, July 5, 2010

Shrek Forever - Family Values

Hari2 dok rumah dan mengadap keje2 rumah yg x penah abis dan layan kerenah anak2 yg kadang kala boleh buat sy sakit jiwa, mmg memenatkan. Kadang2 tu sy merungut gak dlm hati, walau tahu x baik merungut - x ikhlas namanya! Tapi hati kita ni kan kadang2 jahat...suka je mencetuskan kontroversi.

Baru ni sy tgk Shrek Forever - the last sequel of Shrek movies. Sy mmg dah naik hafal dah citer Shrek dr first sequel sampai third sequel, disebabkan berkali2 tgk demi melayan kerenah anak2 yg mcm x jemu aje tgk movie2 Shrek. So this fourth sequel is something that I looked forward to watch.

Mcm biasa, movie Shrek ada byk good values yg boleh dipelajari. Sesuatu yg menyentap perasaan sy sendiri. Kisah kali ni, Shrek yg telah dikurniakan anak kembar 3 bersama Fiona, menjalani kehidupan sbg bapa yg penuh dgn tanggungjawab dan rutin. Mula2nya Shrek excited, tapi lama-kelamaan Shrek mula jemu dgn kehidupannya yg sgt rutin dan hectic dan memenatkan...maklum la jaga anak kembar 3, sy yg jaga anak kembar 2 pon huru hara!

Shrek mulai terkenang2kan kehidupan ogre nya dulu - yg lone langer tapi penuh kebebasan. Dia rindu nak menjadi ogre yg digeruni ramai sbb by now semua org dah tak takutkan Shrek lagi, in fact ada yg siap mempermain2kan Shrek lagi.


image from here

Then, waktu harijadi pertama si kembar 3, Shrek menjadi terlalu tertekan dgn perasaannya dan hilang kawalan bila dia menjerit sekuat hati tetapi dianggap bergurau oleh rakan2 dan keluarganya. Dek kerana terlalu marah Shrek telah menghancurkan kek harijadi anak2nya dan membuatkan semua org terkedu.

Fiona dan Shrek bertengkar dan Shrek said something he would have regret later - Shrek berkata dia telah menyesal kerana menyelamatkan Fiona dan menyebabkan kehidupannya bertukar. Fiona yg sedih pulak berkata, dia tak faham kenapa Shrek tak bersyukur dgn kehidupan yg dia ada skrg. Ada isteri, ada anak, ada kwn2 dan disayangi semua. Fiona kemudiannya berlalu pergi.

Malangnya pertengkaran mereka didengari si Rumpelstiltkin. Mamat ni dulunya hampir membuat perjanjian dgn ayah Fiona (King of Far Far Away) utk membantu mengakhiri sumpah Fiona yg penah pd waktu malam bertukar menjadi ogre (sila rujuk Shrek 1)....dgn syarat King harus la menyerahkan takhtanya kpd Rumpelstiltkin. Tp by the time the King nak sign the contract, came the news that Fiona had been saved. From that on, hidup Rumpelstiltkin menjadi huru hara dan dia berdendam dgn Shrek kerana telah menyelamatkan Fiona sekaligus menghancurkan impiannya.

So Rumpelstiltkin telah membuat perancangan utk mengenakan Shrek. Rumpelstitkin telah berjaya memujuk Shrek utk menikmati kehidupan sbg ogre seperti dahulu dgn menandatangani kontrak dgnnya.

Shrek dpt kehidupan lamanya tapi kemudiannya sedar bahawa dgn kehendaknya itu, kehidupannya bersama Fiona dan anak2 tak penah wujud. Rumpelstitskin telah memporak-peranda kehidupan semua org mengikut kehendak hati dia. Fiona, Donkey, Puss semuanya wujud dlm dimensi hidup Shrek terkini tapi malangnya semua org tak kenal Shrek. Ini kerana Shrek wished that he never saved Fiona therefore all related characters tak mengenali Shrek.

Shrek mula panik dan nak semula kehidupannya bersama ahli keluarga. Dgn bantuan Donkey, Shrek mengetahui yg dia boleh menghapuskan kontraknya by True Love Kiss. Dan Shrek mencari Fiona sbb pd Shrek Fiona adalah his true love. Again, Fiona x mengenali Shrek dan Shrek terpaksa berhempas pulas to win Fiona's heart tapi masih gagal. Bagaimanapun Shrek dan Fiona bekerjasama menentang Rumpelstitskin.

Akhirnya, utk menyelamatkan Fiona, Shrek sanggup berkorban diri but before he vanished into the thin air, Fiona kissed him and miracle happened. Sedar2 Shrek telah kembali ke waktu majlis harijadi anak2nya - moment sebelum dia memecahkan kek harijadi. Bila tersedar, Shrek memeluk Fiona dan anak2nya dan sedar mereka adalah yg paling berharga dlm hidupnya.

END.

So, kesimpulannya, sayangi dan hargai la apa yg anda miliki dlm kehidupan. Kadang2 benda yg ada depan mata, people always take it for granted and realised how much important it is once it's gone.

5 comments:

:cahya schatz: said...

dah jadi mcm cerita kat kakak ngan adik malam2 daaa....

Neny said...

mlm2 umi la yg dgr citer adik ngan kakak...mcm citer dialam fantasi...hehehe

dari~ummie said...

bagusnya kak neny! hehehe...sebab tak payah la kita nak tonton shrek..dah tahu dah ceritanya..hihih

Neny said...

kena tgk sendiri ummi...yg akak citer ringkas sgt...sinopsis kata org...

Anonymous said...

shrek yg ini mmg best, haha, i felt for the love story, sgt romantik shrek trying to win fiona's heart back, hihiii