Pages

Saturday, October 9, 2010

Day 3: Schloss Neuschwainstein & Perjalanan ke Salzburg, Austria

Hari ke-3, kami terpaksa meninggalkan daerah Jungfrau yg indah dan bergerak menuju Füssen, dimana destinasi kami seterusnya adalah the famous Schloss Neuschwainstein - istana indah zaman King Ludwig yg menjadi inspirasi utk Disneyland Castle.

Rasa mcm x puas berada di bumi Swiss. Kalau la lama lagi dibumi Europe ni, mau je rasa nak plan percutian kat sini lagi. Stay utk seminggu dan bercuti secara santai, tak perlu terkejar2. Tapi agaknya harus la ada ribu2 Euro utk tujuan itu ^_^. Dah sampai ni pon dah kira bersyukur la.
view along the road in Swiss

View sepanjang perjalanan merentasi bumi Swiss mmg mengasikkan. Again, tgn asik snap kamera sana sini. Kalau la x kerana nak mengejar masa, rasa mcm nak suruh en. driver berhenti kat spot2 yg menarik utk bergambar.

Dlm perjalanan nak masuk balik Germany, kami merentasi 3 buah negara: Swiss, Liechtenstein & Austria. Terletak antara Swiss & Austria Liechtenstein ni first time sy dgr namanya dan menurut Wikipedia merupakan sebuah negara yg kaya. Kami x sempat pon nak stop dan melawat Liechtenstein ni, setakat take note the country from the highway signboards!

This is somewhere in Liechtenstein

Masuk Germany, daerah Bavaria to be particular, view pon sungguh mengasyikkan. Typical German countryside dgn lembu2 penuh ditepi jln (sebiji mcm iklan Fernleaf kat TV malaysia masa sy kecik2 dulu), rumah2 cantik tersusun dan sgt bersih! Cuma yg x best - bau sgt busuk ok!

Lembu2 Bavaria..

Countryside Bavaria...somewhere near Allgäu I believe

Bersih kan?

Jauh juga perjalanan dr Interlaken menuju Füssen. Tak semua laluan adalah highway, about 50% perjalanan kami adalah jln countryside. View mmg indah tapi after sometime kita pon bosan dan penat dok lama2 dlm kereta. Si kembar tu jgn ckp la...dah la susah nak tido, mulut asik dok tanya bila nak sampai!

menuju Füssen...

So at 2pm, about lagi 60km menuju Füssen, kami pon berenti utk lunch dan rehat (sebelum tu berenti jugak but for just a toilet break). Lepas spent 1 hour at the R&R, makan tapau-lunch, 3pm baru bergerak semula menuju Füssen and finally arrived at Schwangau, lokasi Schloss Neuschwaintein terletak at 4pm.

Schloss Neuschwainstein

Us..

Sampai2 aje kat info counter, we were informed that the ticket counter will be closed in 15 minutes. So berkejar ke ticket counter then decided we would not do the inside-the-castle tour sbb kami harus mengejar masa utk bergerak ke Salzburg hari tu jugak. So kami just decide utk naik ke Schloss dgn bas, pusing2 di atas sana (tanpa masuk kedlm castle), kemudian turun kembali ke bawah dgn kereta kuda.

Tambang bas utk naik ke Schloss adalah 1.80€/person dan agaknya sbb hari dah makin ptg dan schloss akan ditutup pd pukul 6pm, pemandu bas sumbat seramai yg mungkin dlm bas ni. Agak sesak nafas gak la dibuatnya tapi mujur la sekejap aje nak sampai ke atas tu...dlm 10 minit kot.

Bas yg sesak

First thing kami melawat Marien Brücke dulu. Marien Brücke ini adalah jambatan yg dibina utk Prince Ludwig menikmati keindahan kawasan schloss Neuschwainstein dan juga waterfall right beneath the bridge.

Marien Brücke info board

View of Schloss Neuschwainstein from Marien Brücke

The twins on Marien brücke

Then kami berjalan kaki ke Schloss yg agak jauh jugak la dr Marien Brücke tu. Tapi agak puas hati juga walaupun x dpt masuk ke dlm istana, pelancong2 tanpa tiket entrance guided tour dibenarkan masuk sampai ke perkarangan istana. Jadi la kan...

At the castle´s entrance


Kami sekeluarga at the castle´s yard

Marien Brücke - view taken from Schloss

By pukul 5:30pm kami bergerak turun bawah dgn kereta kuda pulak. Bayaran utk naik kereta kuda adalah 3€/person. Bayaran nak naik ke Schloss dgn kereta kuda pulak adalah 6€! That is why kami pilih naik kereta kuda waktu nak turun. Half price! Namun yg menyakitkan hati, walaupun kami kena bayar harga yg sama utk kembar, setiap seorg, kami disuruh riba pulak budak berdua utk memberikan seat kepada penumpang yg lain. Cik HB tried to argue tapi si driver kereta kuda adalah sgt arrogant dan tidak friendly, maka sy suruh cik HB sabar aje la sbb kang x pasal2 lak kami disuruh turun. Dah la itu last trip kereta kuda itu for the day and the twins dah excited dpt naik kereta kuda. Pulak tu ramai lak yg dok stand-by nak naik selagi muat....huhuhu


Kami atas kereta kuda sebelum berhimpit2

Muka tension cik HB & Nabihah sbb terpaksa berhimpit2....hehehe

Pukul 6:30pm, kami mula nak bergerak meninggalkan Schwangau dan nak singgah to any pasaraya terdekat utk membeli stok makanan sebelum nak bergerak ke Salzburg. Tapi malangnya bila cik HB on Garmin utk mendapatkan route perjalanan, it was notified that no data available for city map! Haih...sudah! Garmin buat hal pulak. Try on berkali2 pon x ok jugak. Mujur la Fattah ada GPS system dlm handphone dia tapi agak complicated sbb GPS fattah x boleh guna utk cross country. Since kami nak menuju ke Salzburg, Austria, maka kami harus tau alamat disempadan Germany-Austria dan hanya boleh key-in alamat hotel kami di Salzburg bila dah memasuki Austria....leceh kan? tapi alhamdulilah, at least ada jugak back-up GPS!

Finally kami bergerak meninggalkan Füssen pukul 7:30pm. Plan asal kami patut bergerak pukul 6 ptg utk sampai ke Salzburg pukul 9.30pm. Tapi nak buat cemana....

Perjalanan Füssen-Salzburg lebih memenatkan. Our drivers decided to use the countryside routes sbb perjalanan lebih menjimatkan milage...about 100km kata diorg. Tapi mak ai, mcm nak muntah dok dlm kereta dgn jalan yg berbengkang-bengkok. Nak2 pulak anak2 dah mula cranky, penat & lapar proper food. Kami pon dah x larat nak makan chips & coklat! Dah la malam, bukannya boleh menikmati pemandang pon.

Dah sampai Salzburg, satu hal pulak....nak cari hotel. Hotel yg sy book tu hotel baru, terlekat di outskirt Salzburg dan dr mula key-in alamat di Garmin, garmin x dpt nak identify alamat tu, so Garmin indicated the nearest address in the vicinity. Even bila guna GPS Fattah pon sama. Bila kami sampai ke alamat tersebut, bukannya hotel yg kami jumpa tapi dekat ngan universiti. Mula la kitorg suspen...dok fikir wujud ke tak hotel ni....hehehe. Anyway, mujur no tepon hotel ada, so after several phone calls asking for directions, kami pon sampai at Jess Hotel at 11.30pm. Memang hotel ni sgt baru...even the area pon nampak baru, maybe that is why alamat belum registered in GPS system.

Bersambung: Salzburg


7 comments:

areT said...

neny, husband hang nampak koros..napa?

Neny said...

dia mmg sedia kala kurus ati, jarang la nak dgr org kata dia gemuk (mcm x penah kot!) tapi sejak belajar ni aku rasa dia bertambah kurus kot sbb kalau dia tensen = kurang makan + kuat rokok!

Jalak Lenteng said...

haha..teserlah muke ketensenan.

areT said...

ic....takpe..lepas susah pasti ada kesenangan. Syok tgk vacation pics kau ni, cantik2...entah bila lah aku dpt p, sigh:(

Neny said...

jalak: well, u know him ^_^

areT: mudah2an...aku dulu pon byk berangan gak ati, alhamdulilah ada rezeki sikit, sampai gak aku...insyaallah ko pon..satu ari nanti...

fylla said...

waa..best2..baca entry ni recall semula trip ke bayern n salzburg..rs faham jek ble akak cerita jarak one place to another.. tp dila xsempat ke swiss..huhu..

Neny said...

dylla, lama x dgr kabar berita...xpe la, swiss sama mcm austria...view cantik. Ada org kata kalu dah sampai austria, x gi swiss pon xpe.

Tapi kan mana tau nanti phd pon buat kat europe gak...so boleh la pi...hehehe