Pages

Friday, October 22, 2010

Day 5: Road to Prague

Hari ke- 5 - tak byk boleh diceritakan pd hari ini. Sebabnya hari ini adalah hari perjalanan ke Prague, ibu negara Czech Republic. Dan setelah 4 hari kembara, dimana cuaca adalah begitu cantik dan nyaman, hari ini hujan turun dgn agak renyai2 mulanya tapi semakin lebat sepanjang perjalanan.

So bila hari hujan, x dapat la kami nak menikmati keindahan alam bumi Austria. Walaupun melalui Tasik Chimpsee yg menurut kata Ain & Fatah, merupakan tasik yg famous dan cantik, kami cuma nampak kabus aje disekeliling. Tapi kami berhenti juga buat seketika kat Tasik Chimpsee sbb our pilots nak kena set balik GPS. Bila nampak itik2 yg berenang ke arah kami, si kembar pon sibuk nak bg roti kat itik2 tu...dan bukan aje itik2 yg dtg, burung2 seagulls pon sama2 berduyun dtg berebutkan roti. Sgt best experience bg makan burung2 seagulls ni sbb diorg ni sgt pantas menyambar roti2 yg dibaling.

Sy sempat merakamkan experience bg mkn2 burung2 seagulls di Tasik Chimpsee ini:


Ikut plan asal perjalanan, tempoh perjalanan dr Salzburg ke Prague memakan masa 5 jam (direct journey la). Tapi sebaik saja masuk ke highway Jerman, jln adalah jem.....agak pelik sbb ianya adalah hari weekday, bukan musim perayaan ataupun ada construction sedang berjln. Berhenti kat R&R hi-way utk toilet pon agak tensen sbb queue nak masuk toilet punya la panjang, pulak tu kena bayar 0.70€ per entry (ini kat R&R yg ada diners and groceries stores)....huhuhu.

Mujur la pagi sebelum bertolak, dlm bilik hotel tu, sy sempat masak sardin, cendawan goreng & baked beans campur telur (semua masak guna rice cooker) utk bekalan makanan sepanjang perjalanan. So kami just makan dlm Transport aje waktu berenti kat another R&R yg cuma ada toilet.

Rasa sungguh lama perjalanan menuju Prague ni...dgn jem, dgn hujan lebat, maka x boleh la drive laju. Bertolak dr Salzburg pukul 9 pg, kami akhirnya sampai ke destinasi kami, Wenceslar Square, Prague pukul 6 ptg! Mujur la senang jumpa tempat penginapan kami. Dan amat la lega bila tgk apartment yg kami booked thru online, adalah sgt selesa dan serba lengkap. Sy membayangkan bila ianya adalah 1-bedroom apartment, ianya kecil utk kami 6 org. Tapi agak luas dan sleeping arrangement mmg cukup utk kami 6 org. Dgn harganya 190€ utk 2 mlm, ini adalah penginapan kami yg termurah dan terbaik utk trip ini.

Bedroom

Kitchen yg complete dgn fridge, microwave,
kettle, cooker, coffee maker, toaster, oven, dishwasher..
mesin basuh pon ada ye!

The living room complete ngan sofa bed

Another area in living hall, provided with 2-single beds

Lepas dah settle letak brg kat apartment, kami keluar meronda area Wenceslar Square ini. Seronoknya sbb apartment kami terletak ditgh2 Wenceslar Square atau dikenali as New Town. Merupakan salah satu point of attractions kat Prague. Dan disini penuh dgn kedai2 menjual pelbagai barangan. The ground floor of our apartment housed the famous UK clothes store - Mark & Spencer. Yang lainnya standard European brands - H&M, C&A, ZARA....

Waktu kami berjalan tu, cik HB & Fatah sibuk meninjau2 money changer outlets utk menukar duit. Czech ni yg lecehnya x guna matawang Euro (sama mcm Swiss), matawang diaorg adalah Krone (CZK). Depan satu money changer ni, ada satu lelaki tua approached kami dan sy dgr dia menawarkan tukaran duit dgn nilai yg lebih baik dr money changer. Sy buat dek aje dan terus berjalan. Sy x perasan yg lain2 masih dibelakang. Then sy nampak another money changer dan sy terus excited tunggu cik HB dan lain2 nak bgtau ada lagi money changer. Sekali cik HB kata, diorg dah tukar duit dgn pakcik tua tadi. And I was like ´hah?´. Seriously, sy x sangka lak diorg boleh layan pakcik tua sampai jadi tukar duit sbb knowing cik HB, dia selalu agak conscious nak berurusan dgn org yg x dikenali. I felt something fishy but then, it was already done!

Then kami masuk satu groceries store ni nak beli bhn2 makanan. At the cashier, masa nak bayar cik HB hulur la duit yg dia dah tukar ngan pakcik tua tu but then cashier tu geleng kepala dan kata duit tu x laku!

Hoh! Mmg sah kena tipu!

Kata cashier tu, jgn percaya dgn urusan tukar duit atas jalanan sbb yg buat keje2 tu semua org Mafia! OMG! Takutnya....

Luckily, cashier tu accept duit Euro, cuma x bestnya the value changed merugikan sikit la. Tu la, nak untung, sekali rugi banyak! Mujur la cik HB & Fatah tukar just 50€ in total. But then fikir balik, anggap saja la itu bukan rezeki kami. Baru je first day tu kitorg happy2 sbb ingat jimat 30€ sbb x payah bayar Swiss road tax and then dpt lagi reduction masa checked-in hostel kat Interlaken. Sekali kat Prague hilang 50€! Xpe la, ada hikmah tu...

Ni la duit yg x laku tu...nilai besar - 1000 tu
tp menurut Fattah tu duit negara east block mana tah...
x sampai 5€ pon katanya...huhuhu


Namun kejadian tu mmg buat mood kami spoilt. Nak jalan lama2 kat area Wenceslar Square diwaktu malam semakin lewat pon jadi takut. Lepas beli baju sikembar kat C&A (kes x cukup baju), kami terus pi makan kat satu restoran India Halal sbb dah kepingin sgt nak makan proper food. Sebabnya dah 5 hari kami dok makan express food yg dimasak sendiri (kecuali masa di Salzburg kami beli tapau food from Nordsee).

Restoran India ini agak mengecewakan dr segi service sbb masa menunggu makanan agak lama, tambah pulak kami semua mmg kelaparan. Tapi nasib baik nasi beriani ayamnya dan mango lassi adalah sedap dan portion agak banyak. Dan harganya agak pricey, total makanan kami mlm tu adalah 80€. Bak kata Fattah - total makanan kami sepanjang 5 hari sebelum dinner di restoran Indiatu pon x sebanyak itu. Tapi once in a while, xpe la.
Kami di restoran India

Lepas dinner, kami terus balik ke apartment despite earlier our planning nak jln2 menikmati keindahan Prague waktu malam. Takut ah....sbb tetiba baru la sy teringat masa dok buat online search pasal Prague ada reviews about pick pockets kat Prague particularly kat Wenceslar Square ni. Nak2 pulak dah dgr pasal Mafia!

Balik bilik, thanks to free Wifi, cik HB terus google `safety issues in Prague`and yes, byk kes jenayah dilaporkan di Prague dan pelancong diingatkan supaya berhati2 dgn pick pockets dan pemeras ugut. Alahai...kalau la baca aspek ni awal2, agak2 tertipu x kami dgn pakcik tua tu?

Malam tu bunyi diluar unit apartment kami agak bising la. Since malam minggu, tak tau org mabuk ke apa, tapi bunyi bergaduh2, bunyi ketuk2 mmg kedengaran sepanjang malam.

Ni la pro & cons nya bila menginap di tgh bandar!

Wenceslar Square di waktu malam - view dr tingkap apartment kami

Next episode: Around Prague

5 comments:

Jalak Lenteng said...

Ish3x..sibbaik 50 euro jerrr.mesti muke pakcik tua tu xnampak cam mafia pun

huessnaa said...

yep.belajar lagi kt mesir :P
best bc blog akak.:) teringin nk g europe jugak

Neny said...

jalak: sayang gak 50€ tu...patut buat souvenirs i pon xpe youuuu...

Huessna: thanks for visiting my blog n jadi follower ye. nanti akak follow awak balik :)

Chibi Maruko said...

masa cari hotel kat prague, me baca jangan ambil hotel tengah pekan, sbb bising, nasib baik ikut nasihat tu :), cantikkan prague, harap dapat datang semula ke sana...

Neny said...

ye, mmg bising chibi..tp since kami , nak stay sekejap aje kat Prague, and nampak menarik tgk harganya dan semua lokasi perlancongan within walking distance, so xpe la...

Prague mmg cantik, patut stay sana at least 3 hari baru puas hati. Tapi dah on budget, nak buat cemana kan? Takpe, chibi ngan husband mmg suka travel, mesti sampai lagi Prague tu :)

thanks dtg melawat blog ni :)