Pages

Sunday, November 14, 2010

Laternefest

Khamis lepas, kindrgarten si twins buat laternefest (lantern festival). Rasanya mcm sama dgn pesta tanglung masyarakat Cina. Laternefest ni pada asasnya sempena mengingati kebaikan seorg askar di zaman Roman yg sanggup meredah kegelapan malam dgn membawa lantern demi membantu org2 susah.

Lantern yg digunakan adalah hasil tangan ibu-bapa dan anak2. Dua minggu sebelum tu, ibu-bapa dijemput dtg ke kindy utk sama2 buat lantern. Sy yg agak kureng dlm crafting, agak kalut juga mulanya nak pegi sbb takut nanti lantern x jadi. Tapi sebenarnya sgt senang sbb lantern tu tinggal nak assemble aje dan decorate bagi cantik.

Ramai sungguh yg dtg. Bukan setakat parents dan kanak2 kindergarten saja, nampaknya mcm seluruh family pon dtg! In our case, Kak Liza, Cik Dee dan Awie sama2 dtg join the twins utk laternefest parade. Patut Liza and Liya pon join sekali tapi sbb Liya tido, maka x dpt la Liza join. Yg kelakar, tunggu parade nak mula punya lama, tapi parade berjln x xampai 300m. Dari kindergarten sampai ke rumah org2 tua yg mmg x jauh dr situ. Tapi mujur la x jauh pon sbb dlm dekat2 tu, mcm2 aksi boleh jadi. Lilin lantern terpadam la, ada yg lantern terjatuh la, ada yg menangis2 cari mak ayah la...kot2 jalan jauh lagi, x tau la apa yg jadi. Pulak tu cuaca pon x berapa bagus, sgt berangin dan ada tanda2 hujan mcm nak turun.



With Achik, Cik Dee & Abg Awie

With Luna & Leni

Ramainya!

Kelam kabut cikgu dia try to control the parade....

Dirumah org2 tua, kanak2 kindergarten ni menghiburkan org2 tua yg ada kat situ dgn menyanyikan lagu2. Org2 tua kat sini mmg kesian, hidup diorg mmg sunyi sbb byk masa dihabiskan kat rumah org2 tua saja especially yg dah x sihat dan duduk on wheelchair. So nampak la yg diorg happy sbb tgk kanak2 ni semua. Siap ada org tua tu dok usap2 kepala budak2.

at rumah org2 tua...

Tapi rumah org2 tua kat sini sgt cantik dan selesa. Ala2 hotel gitu. So dr segi penjagaan, mmg tip-top la cuma diorg sunyi la sbb rata2 xde anak & cucu2 dan kalau yg ada pon, jarang sgt la dpt berjumpa dgn ahli keluarga. Kesian kan?

Mudah2an nasib kita bila tua nanti x kesunyian mcm diorg.

Lepas nyanyi2 tu, habis lah sudah laternefest. By the time, hujan dah lebat. Mujur la rumah kami x jauh, x sampai 5 minit dah sampai rumah!

2 comments:

Jalak Lenteng said...

Nice culture..bleh implement kat msia
nih.
P/s: achik dah pakai hijab ke?

Neny said...

kita je la main lantern tu jalak..kang nak implement kang, sure kontroversi...

achik dah pakai hijab? Anda rasa? hik...hik...hik....

dia pakai camtu sbb nak cover kepala ngan telinga dr kesejukan...but who knows one day akan pakai sbb kewajipan...meh kita doa2kan...