Jiran atas kami, satu keluarga Turki. Si suami dan isteri baru pulang dr Mekah selepas menunaikan haji. Sebelum bertolak hari tu, diorg sempat dtg berjumpa kami dan bgtau diorg nak ke Mekah menunaikan haji dan minta kami doakan semoga semuanya baik2 shj utk diorg. Terharunya rasanya bila si isteri bersalam dan memeluk erat sy...inilah nikmatnya Islam menganggap semua umatnya bersaudara.
Keluarga ini mmg baik. Anak2 yg seramai 5 org itu juga baik2 dan sopan2 belaka. Dah la hensem2, cantik2 dan pandai2. The first three skrg semua sedang menuntut di universiti in engineering, medical dan pharmacy. Pada mata kasar sy, diorg ni satu keluarga yg alim. Yang perempuan semuanya bertudung dan selalu dgr org mengaji dr rumah diorg ditingkat atas. Kalau terserempak, mesti senyum dan bertanya kabar. Tapi masalahnya kekangan bahasa, menjadikan sy awkward nak berbual lama2 dgn diorg.
Tengahari tadi, si ayah dtg menghantar sedikit buah tangan dr Mekah. Hmmm...tak sangka walaupun duduk di bumi Deutschland pon kami merasa ole-ole org baru balik haji. Alhamdulilah! Ada kopiah, sejadah, tasbih, minyak atar, henna, buah kurma dan air zam-zam. Terharu kami sbb ingat juga diorg nak bg kami buah tangan.
Ole-ole dr Mekah
segelas air zam-zam dan sedikit kurma
Terima kasih Encik Tetik dan isteri. Semoga Allah s.w.t memberkati anda berdua. Doa2kan kami pulak akan sampai ke Tanah Suci Mekah menunaikan haji suatu hari nanti.
0 comments:
Post a Comment