Pages

Tuesday, July 30, 2013

Selamat Ulang Tahun Ratu Hatiku

Alhamdulilah, weekend lepas kami adik-beradik berkesempatan balik Tg. Malim utk berkumpul buka puasa sama2 dengan Mak Abah dan juga nak sambut birthday Mak yg ke 64 tahun jatuh pada 28/7/2013. Bukan senang kami 9 beradik nak berkumpul sejak 7 out 9 dah kawen dan merantau. Kadang2 masa raya pon x semua ada. Tahun ni pon raya majoriti akan beraya kat rumah mertua masing2 jadi kitorg berkumpul la masa bulan Ramadhan ini.

Saya balik paling awal sbb saya sponsor juadah utama buka puasa so malam Jumaat dah bertolak balik Tg. Malim. Pagi2 sabtu dah pegi pasar. Masak gotong-royong with my kakak sulung dan adik bongsu. Kami buat bihun sup utara, tomyam, popia goreng, kerabu mangga, ikan percik dan mcm2 lagi la. Mak pulak buat kuih lopes.

Penuh meja. Alhamdulilah semua habis, x membazir.

Bihun sup utara lawan ngan sup tulang

Ana sponsor kek SR utk Mak. Kami request keknya di campur2 
supaya boleh rasa mcm2 flavour, so ada banana-choc, black forest, Indulgence 
dan satu lagi tak tau...hahaha

Happy Mak bila anak2 dan cucu2 berkumpul sambut birthday dia

3 cucu je yg sempat diambik gambar, cucu2 lain went wild around the round...hahaha

I guess for parents yg anak2 dah besar dan merantau, having the family gathered together with grandkids and son/daughter in-laws mmg sgt bermakna. For Mak double happy la sbb kami balik masa birthday dia, masing2 bagi hadiah kat dia. Kira utk raya ni complete la barang persalinan Mak, dr tudung sampai la ke kasut. Saya je yg bg hadiah lain yg x melibatkan persalinan, saya bagi Mak Happy Call - the magic pan yg boleh bakar ayam/ikan & kek. Januari lepas pon kami ada buat sambutan hari jadi Abah, tp masa tu sy x dpt balik.

Untuk Mak, saya doakan semoga Allah sentiasa merahmati Mak, dimurahkan rezeki utk Mak baik dr segi kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Semoga Allah panjangkan umur Mak supaya kami semua dapat lagi menikmati kasih-sayang Mak dan juga keberkatan doa Mak. 

Sabda Rasullah S.A.W:

Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)



2 comments:

durra abd razak @ kocikin... said...

Happy birthday utk mak Nenny...
semoga makcik sihat2 selalu dan sentiasa di bawah RahmatNya

Neny said...

Terima kasih durra sbb sudi doakan utk mak aku :)