Pages

Tuesday, September 17, 2013

Dilema Ibu Menyusu Badan

My sister baru je dapat baby lebih kurang 3 bulan lepas. Sebelum deliver lagi, dia dah bersedia nak bagi anak dia menyusu secara ekslusif.

Now dia dah kembali bekerja selepas 3 bulan bercuti bersalin. Masalahnya keje dia byk melibatkan outstation. Itu satu hal, satu hal lagi bos dia sgt la tidak memahami situasi dia sebagai ibu yg memilih utk menyusu badan secara ekslusif walaupun bos dia seorg perempuan.

Belum pon kembali bekerja, dah disuruh outstation, yg tu dia managed utk minta bos dia tangguhkan sbb dia ckp dia baru nak serasikan anak dia dgn babysitter, kalau awal2 dah kena gi outstation, cemana la kalau babysitter bermasalag ngan baby dia.

Tapi x berapa lama lepas tu, menyusul lagi arahan outstation. Makanya adik saya takde pilihan, dia hantar baby dia balik kampung utk mak saya jaga. Tak sampai sehari semalam, baby dia tunjuk perasaan - tak mau minum susu perah dari botol. Dari petang ke malam dia x nak minum dan menangis melalak2. Dia agaknya dah terbiasa dgn jadual menyusu yg selepas waktu petang, no more bottles but straight dr breast mama dia.

Mak pon terpaksa la call adik saya dan tgh malam tu jugak dia balik Tg Malim (padahal esoknya kena outstation). Terpaksa la amik EL esok harinya dan tak pegi outstation  dan of course kena la marah dgn bos. 

Tup2 x sampai seminggu kena lagi outstation!

This time adik saya tinggalkan baby dia kat adik saya sorang lagi yg juga breastfeeding anak dia. Terpaksa import Mak Abah dr kampung utk jaga baby dia kat rumah adik saya sorang lagi. Alhamdulillah, since malam dia boleh breastfeeding, she was ok.

Tapi persoalannnya bape kali nak park kan anak dia kat rumah org, walaupun kakak sendiri?

Adik saya mengeluh. Sebabnya bos dia sgt tidak memahami. Sebenarnya boleh aje tak oustation kalau bos dia considerate sbb ada je staff lain yg boleh pegi, i.e yg bujang ataupun yg takde komitmen keluarga. Bukan la nak elak x nak outstation lamgsung tapi berpada2 la nak hantar outstation tu. Org ada anak kecik xkan setiap minggu nak hantar outstation.

Nasib adik saya la walaupun bos pompuan, tapi pompuan yg berkahwin takde anak. Agaknya tu yg dia susah nak faham. Dia boleh ckp "awak dah rehat 3 bulan, jadi dah cukup la tu...kena cover balik keje2 awak 3 bulan yg awak cuti tu, saya ni langsung x merasa cuti 3 bulan!".

Macam statement jeles eh?

Adik saya ada terfikir nak resign tapi disebabkan dia adalah bekas pelajar biasiswa JPA, maka dia terikat dgn kontrak utk berkhidmat sekurang2nya lagi 2 tahun. Kalau nak bayar penalty pon, x mampu sbb katanya dekat 100k nak kena bayar!

Ni la masalahnya dgn polisi negara kita. We don't have option for taking longer maternity leaves. Kecuali resign. Tapi x semua ibu2 mampu nak resign disebabkan keadaan ekonomi keluarga dan juga kontrak belajar mcm kes adik saya.

Kita mungkin terlalu jauh nak dibandingkan dgn Sweden, yg mana parents diberi 480 hari utk maternity leaves and fully paid! Bukan saja ibu, bapa pon berhak mendapat cuti ini. Wow!!!

Masa kat Jerman dulu pon, saya dgr ibu2 diberi pilihan utk menentukan berapa lama cuti bersalin yg nak diambil. Kalau x silap, the first 3 months, gaji mereka akan dibayar sepenuhnya tapi kalau nak panjangkan lagi, gaji akan dibayar ikut rate dalam 70%, 80% gitu dr gaji penuh. Which is not bade eh?

Kalau nak Malaysia camtu, mungkin jauh lagi la kot nak capai tahap itu. Dah upgrade 3 bulan cuti ni pon, ok la jugak kiranya walaupun setelah bertahun2 requestnya. Cuma sebagai ibu yg bekerja, kita berharap majikan akan lebih flexible and have empathy towards working mothers with babies. Bukan la nak special treatment but at least be considerate when it comes to outstation works and be flexible with time for mothers who want to pump milk.

Sebab kalau ibu2 ini diberi kemudahan dari segi mcm tu, Insyaallah diorg akan lebih perform lagi. Jangan la nak kata kalau sibuk sgt pasal anak, berhenti keje je la jaga anak kat rumah. Iye, option itu mmg lebih menarik dan terbaik tapi sekali lagi nak tekan kan, x semua ibu mampu berhenti keje. Lagipon amat la rugi jika ibu2 yg ada kepakaran dalam kepelbagaian bidang tak menyumbang kepada masyarakat dan negara. Just bagi la sedikit kelonggaran sesuai dengan keadaan.

Bila la agaknya kita kat Malaysia boleh bekerja in flexible time and reduced working hours?

0 comments: