copy paste
Isteri cantik pun kena cerai?
(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik
dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan
yang tak sabar aku nak jawab)
Soalan pembaca:
Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang
menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat
membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba
ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak
hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan
isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang
kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan
main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang
kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall,
bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang
kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini
cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang
cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki
memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai
isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang
cantik.
Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan
cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang
perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan
kepada Encik Hamka.
******
Hamka keretamayat jawab:
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat
aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik
dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik?
Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-
Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan
berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah
secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di
tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada
jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak
korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang
islam yang bertakwa. Amin.
Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga
jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku
dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku
yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan
akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru
yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan
bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan
artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan
mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam
artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
Kat mana tadi?
Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita
cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati
ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi
bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan
sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara
serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat
kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa
dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah
yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau
perasan cantik!
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah
tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan
tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang
patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang
boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli
barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu
hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja
lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah
atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua
hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu
berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan
yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai
perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat
BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah
kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga.
Sangat besar!!
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah
aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa
selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri
bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan
sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan
isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak,
anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi
kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah
satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah
bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan
menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani
syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara
berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan
seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut
suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara
membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak
berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum
memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia
meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan
sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk
uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak,
lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah
masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh,
mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik
tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau
meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia
kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam
puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah
membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau
tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku
makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku
tinggalkan seumur hidup.
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik
sekalian.
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah
menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di
waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika
lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam
kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi,
membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan
untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah
tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami
makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di
kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja,
mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa,
tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman,
lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan
bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan
Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak
bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh
atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua
faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks
dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata
puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut,
seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan
lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari
semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening,
sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir
seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang
belum kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka
keretamayat ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
Woha!
Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur
dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali
sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan
semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.
Chow!
Pps: Buku aku ada banyak lagi info berguna untuk laki bini,
InsyAllah.
POSTED BY HAMKA
As for me, Alhamdulilah bab makan dan hubungan intim insyaallah saya jaga sangat2. Sebab dari dulu lagi dah aware suami ni dua benda nak kena jaga : makan-minum dan keperluan batin.
I know ada certain isteri akan ckp, asik kita yg kena jaga itu ini, yg suami tak kisah kita pon. Ada juga yg penah ckp kat saya layan suami mcm nak rak, tup2 suami kawen lain juga. Tak payah la nak persoalkan apa yg suami x buat untuk kita, dan asik kita je yg kena jaga keperluan dia. Kita cuba la buat yg terbaik untuk suami kerana Allah, yg lain2 tu biar la Allah yg tentukan.
0 comments:
Post a Comment