Semalam, kat advertisement board nak masuk taman kami, developer dah tampal iklan baru new housing development. Maknanya taman kami akan bertambah besar la nampak gayanya.
Tetapi, harganya nampaknya semakin mahal (walaupun org Lembah Kelang sure kata MURAH!). Kalau ikutkan Durian Tunggal ni masih area kampung, jadi ingatnya harga rumah sepatutnya rendah lagi la. Well, nak kata apa...sure akan ada buyers jugak walaupun kita rasa ianya mahal.
Mesti la makin ramai org mengeluh dgn nilai rumah yg semakin mahal ni. Naik bukan takat 10k, 20k, by few months sampai 100k pon boleh jadi.
Alhamdulilah, kami dikira membeli rumah pada harga yg berpatutan dgn nilainya. We bought our house back in 2011 sebaik saja pulang ke Malaysia dan rumah siap sepenuhnya in 2012. Mujur la developer yg sememangnya punya track record yg cemerlang, menyiapkan rumah lebih awal dr yg dijanji.
Kakak saya beli rumah thn 2006 sampai skrg x siap2! Kes developer lari. Kesian kat abg ipar yg kesana-kesini minta tolong org kerajaan dan bukan kerajaan untuk selesaikan hal rumah dia. Dah masuk paper, masuk TV, akhirnya baru la ada pihak yg amik-alih dan sanbung pembinaan. Insyaallah bulan November katanya boleh la masuk. That makes about 7 years to be completed!. Kalau ada byk duit, boleh la pegi beli rumah lain tapi walaupun rumah x siap, installment dgn bank tetap jalan!
Kami dulu pon the first few years berkahwin, ada jugak ura2 nak beli rumah. Masa tu still menetap kat KL. Nak cari rumah mampu milik kena la mencari2 di area pinggiran bandar. Kami masa tu asalkan ada iklan rumah baru, ke Kajang, ke Rawang, Sg. Buloh gigih kami pi tengok. Ada rumah yg kalau nak book kena bayar RM50 la, RM100 la...jadi x jadi beli tetap no-refund! Ada satu rumah kat Kajang ni, kami dah berkenan dah, dah bayar duit booking bagai tapi fikir banyak sgt langsung x jadi beli. Fikir nak meredah jem nak pi keje KL, fikir juga tambahan kos utk petrol dan tol. Fikir jugak anak2 nak letak kat mana. Patut letak ngan tempat jagaan dekat opis ke or dekat rumah ke...pendek kata byk benda la fikir.
So we postponed the idea of buying house.
Adalah hikmahnya bila cik HB dpt keje kat Melaka. Dah pindah Melaka pon kami rajin jugak pi tgk show house tp masa tu kami x decide nak beli lagi sbb cik HB masih berbelah bagi nak menetap kat Melaka sampai tua ke tak...hehehe. Then kami pi Jerman sbb cik HB further study kat sana.
Balik Malaysia/Melaka, masa cik HB dok cari rumah sewa, dia jumpa projek rumah kitorg skrg. Jumpa developer, tgk show house, cik HB terus berkenan dan book terus. Pulak tu mmg rumah ni sgt laku, masa cik HB pi tgk, tinggal 5 unit je tinggal. Kalau lama sgt fikir, cik HB risau sold out terus. Pastu baru call saya bgtau dia dah book rumah nak beli. Terkejut gak mokcik...baru je balik sini x sampai sebulan, tau2 dah beli rumah?
But it was a good decision, sbb saya pon suka rumah ni. Kiranya menepati ciri2 rumah idaman la. Alhamdulilah, proses pembelian berjalan lancar, rumah pon siap lebih awal dr tarikh yg dijangka.
Tapi skrg ni proses nak dapatkan rumah yg mampu-milik dah semakin susah. Selain harga rumah yg semakin mahal x masuk akal, proses nak dapatkan pinjaman perumahan pon dengarnya semakin ketat. Kalau sebelum ni boleh dpt 90-95% loan, dgrnya nanti akan jadi 70% saja. Kalau betul, mati la camtu...kata la rumah harga 200k, kena ada cash 60k kat tgn, baru boleh beli rumah...huhuhu.
Harapannya, semoga kerajaan akan kawal selia harga2 rumah dan mudahkan la proses pinjaman perumahan. Ramai lagi org2 kat luar sana yg x mampu nk beli rumah sendiri dek kerana harga yg makin melampau2.

0 comments:
Post a Comment