Cuaca panas berterusan tanpa hujan sudah memasuki bulan ke-3, sampai bekalan air terpkasa dicatu disetgh2 negeri, ditambah pula dgn jerebu yg semakin teruk.
Dan juga misteri kehilangan penerbangan MH370 MAS Airlines yg masih tidak diketahui nasibnya :(.
Apa2 pon, sebagai umat Islam kita teruskan la berdoa dan perbaiki amal ibadat kita.
Seperti yg dipetik dr FB ustaz Ebit Lew:
Menangis dengar rakaman penuh kapten Norudin Abdul Majid yang kuat berjuang di jalan Allah ketika ini keluar di slot malam tadi di tv dan juga pagi tadi mengenai Mh370..'Kembalilah pada Allah dengan penuh rendah diri'..
Itulah percakapan dakwah semua Nabi-Nabi yang diceritakan dalam Al-Quran. Tiada tuhan melainkan Allah. Tiada yang berkuasa selain Allah..Allah jadikan dari seorang seorang dan ribuan orang yang mungkin cerdik.pandai, orang hebat, terkenal...semuanya sehingga lidah orang-orang yang keras untuk sebut Allah..mula keluar dari mulutnya 'Allah". Semua mula.menaip 'Allah'. Kerana tiada milik kita. Semuanya milik Allah. Kita bukan 'sesiapa' dan tiada apa-apa..bukan apa-apa...hakikatnya semuanya milik Allah, juga sebagai amanah untuk bawa kita kepada pencipta dan seluruh manusia kepada pencipta, HANYA ALLLAH. Tiada tuhan melainkan Allah.
Indahkan,terlalu indah hanya dengan mendengar namaNya membuatkan hati yang hilang harapan,kembali harapan...hilang punca, bertemu punca...pergaduhan,perselihan bertukar kepada kasih sayang..Nur dakwah kepada Allah..Ini semua rahmatNya.Rahmat Allah..
Ya Allah jadikanlah ia asbab hidayat kepada manusia seluruh alam mengenal bahawa segala yang berlaku nak bawa kita semua pada Allah.....Ya Allah jadikanlah setiap orang apa pun bidangnya akan letak 'Allah' nombor satu.
Wahai Allah kaulah kekasih kami. Kaulah segalanya. Tidak berhenti kebaikan yang kau beri pada kami. Ya Allah dulu kami tidak boleh bercakap kau yang beri kami bercakap. Ya Allah dulu kami tidak boleh melihat dan berjalan. Kaulah yang buat telah beri dan buat segalanya...
Ya Allah masukkanlah cintaMu dalam hati kami, keluarga kami, dan seluruh manusia seluruh dunia sebelum.kami tinggalkan dunia...ya Allah berilah hidayat kepada 7 bilion manusia dalam dunia ini. Kamilah orang paling bahagia jika mendapat hakikat cinta ini. Tiada yang lebih malang dari kehilangan cinta ini..
ya Allah temukanlah dan mudahkan segala urusan mh370 dan pelihara keluarga mereka dan cucuri rahmat dan kesabaran pada mereka...-ebit lew seorang hamba yang dhaif...
Takde pokok2/tanaman baru yg ada di kebun saya, cuma boleh update on the progress of some tanaman. Cuaca panas ini mmg agak mencabar la utk memastikan pokok2 dalam keadaan baik. Ada hari2 mmg tak tersempat nak menyiram, so kadang2 sampai kuning2 dah pokok jadinya. Nasib baik xde yg mati. Membaja pon tak tersempat, cuma harap siraman air semata2.
Pegaga semakin subur, sampai tak termakan...pudina pon gitu. Makin gemuk2 daunnya.
Sebab pudina dah makin subur, dan lebat maka boleh la buat infused water ni - guna lemon dan pudina. Letak air kosong dan ais. It's also called vitamin water. Am hoping dapat menanam lemon dan guna buah2nya satu hari nanti.
Labu dan kacang botor yg berkongsi patch. Labu tu mmg x berhenti berbunga tapi x nampak pon jadi buah. Takpe la, asalkan terus hidup dan provides oxygen to the world, itu yg penting :)
Pokok tomato yg dialihkan ke raised bed kira2 sebulan setgh lepas dah sebesar ini. Dah mula berbunga nampaknya!
Pokok tomato yg ditanam dalam pasu tak galak pertumbuhannya dibandingkan dgn dlm raised bed. Since2 dua2 x dibaja, I guess nutrients dalam tanah kat bed raised lagi bagus kot.
Pokok bayam ni pon slow pertumbuhannya. I noticed that yg planted dalam pots mmg x cantik pertumbuhannya walaupun saya guna tanah organik. But those yg dalam raised bed, Alhamdulilah, menjadi. Mungkin sbb raised bed tu dah diprep sekian lama dgn mcm2 buangan organik, jadi khasiat tanahnya lebih baik. Mungkin utk yg ditanam dalam pasu kena rajin bagi baja baru la dia naik cantik.
2 pokok terung yg berbeza tumbesarannya walaupun dialihkan dr bekas semaian serentak. Saya juga dah alihkan pokok cili ke raised bed.
Pokok bendi ni kecik lagi tapi dah mula berbuah. Alhamdulilah :)
That's it la for this month update. I wish I could plant more tapi dengan kekangan masa dan budget, terpaksa la dibuat ikut kemampuan saja.








2 comments:
best²...
kurik br pindah rumah.. cantik rumah dia.. siap ada garden besar.. dia pon dah start tanam² pokok..
very jeles..huhuuuhuu...
Oh, kurik dok area mana skrg?
Insyaallah, akan ada rezeki lebih baik for u n matt, n liya nanti..but in the meantime, start je dulu ngan tanam2 dalam pasu :)
Post a Comment